Buah Pinggang Isteri Penyembuh Sakit Suami, Lelaki Menangis Saat Diberitahu...

Buah Pinggang Isteri Penyembuh Sakit Suami, Lelaki Menangis Saat Diberitahu...

Isteri mana yang sanggup melihat suaminya terlantar sakit, apa saja sanggup dilakukan bagi melihat suami sihat semula termasuklah derma organ sendiri.

Hidup berumah tangga segalanya dikongsi, sama ada suka atau duka. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya terlantar sakit, apa saja sanggup dilakukan bagi melihat suami sihat semula termasuklah derma organ sendiri.

Mendermakan organ ini bukan calang-calang pengorbanannya kerana jika tidak serasi, ia boleh membawa kemudaratan kepada penderma dan juga penerima. Bagaimanapun, demi insan tersayang, ramai yang sanggup mendermakan organ, malah untuk yang bukan ahli keluarga pun sudah ramai melakukannya.

Derma organ bukan lagi suatu yang pelik dalam masyarakat kita, malah sudah ramai yang mendaftar sebagai penderma organ kerana memikirkan mereka yang memerlukan. Memang bukan satu keputusan yang mudah, ia mungkin keputusan terbesar yang perlu dibuat sepanjang hidup.

Seperti kisah suami isteri ini yang dikongsikan mStar, demi melihat suaminya sihat semula, dia sanggup mendermakan buah pinggang kepada suami yang menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Derma organ demi lihat suami sihat

derma organ

Berkongsi cerita bersama mStar, wanita berkenaan Norhasnizah Hanidin berkata suaminya disahkan menghidap buah pinggang kronik tahap 5 pada September 2018.

Kedua-dua buah pinggang suaminya rosak dan menyukarkan lelaki berkenaan untuk membuang air kecil dengan sempurna selain perlu mendapatkan rawatan dialisis.

Mereka yang menetap di Pitas, Sabah ketika itu terpaksa berulang alik ke Kota Kinabalu dengan perjalanan tiga jam setiap kali pergi yang mana akhirnya mereka terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur.

Risau dengan keadaan suaminya, wanita ini bertekad mahu mendermakan sebelah buah pinggangnya dan suaminya menangis ketika diberitahu malah menjadi terlalu risau sehingga stress.

Lebih tekad lepas dengan cerita bapa saudara derma organ

Katanya, hasratnya juga disokong keluarga walaupun suaminya risau dengan keadaannya. Malah, katanya beliau menjadi lebih tekad selepas ayahnya menceritakan bahawa bapa saudaranya juga ada mendermakan buah pinggang kepada anaknya dan hidup sehingga umur 80 tahun.

Jadi katanya, tiada sebab untuk dia tidak mendermakan buah pinggang kepada suaminya.

Beliau juga sempat berpesan kepada masyarakat supaya tidak takut mendermakan organ malah kesedaran mengenai kepentingan perkara itu perlu dipupuk.

Derma organ bukan baru di Malaysia

derma organ Kredit foto: mynewshub

 

Derma organ bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di negara kita.

Pendermaan organ atau tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut.

Selepas pemindahan organ, seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik.

Organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia

derma organ

#1. Organ

  • Jantung
  • Paru-paru
  • Hati
  • Buah pinggang

#2. Tisu

  • Injap jantung
  • Mata (kornea)
  • Tulang
  • Kulit

Jenis penderma

#1. Penderma hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja.

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja.

Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

#2. Penderma kadaverik

Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma.

Pandangan agama

Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang mulia. Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan.

Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan hukum harus pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970.

Ianya diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan  iaitu tiada unsur jual beli.

Kaedah rawatan transplantasi juga diharuskan sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mStar, myhealth

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner