X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

4 min bacaan
Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Lihat bahan yang telah di sediakan oleh Sains dan Industri Muzium di Chicago, ia menunjukkan bagaimana dalaman anda melaraskan kedudukan setiap minggu.

Pernahkah anda terfikir bagaimana badan anda boleh menyediakan ruang untuk bayi yang beratnya lebih kurang tiga kilogram, ditambah lagi dengan kehadiran plasenta semasa mengandung?

Perut anda yang secara semulajadinya adalah elastik dan mampu membina ruang untuk ahli baru.

Semua organ ini akan bergerak dan menghimpit satu sama lain sementara uterus anda membesar.

Inilah salah satu punca simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman yang anda alami semasa hamil.

Proses kehamilan yang indah!

Walaupun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari luar, perubahan dalaman yang dialami badan anda semasa kehamilan adalah sangat menakjubkan!

Lihat bahan yang telah di sediakan oleh Sains dan Industri Muzium di Chicago, ia ada menunjukkan bagaimana organ dalaman anda melaraskan kedudukannya setiap minggu selama 9 bulan mengandung.

Mari mulakan dengan minggu ke 5 dan ke 8 kehamilan anda.

Anda mungkin tidak tahu yang anda sebenarnya hamil, namun pundi kencing anda sudah pun dipenyek. Dan ini menjelaskan mengapa anda ingin ke tandas setiap lima minit.

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Ia mula menjadi semakin menarik pada minggu ke 9 hingga ke 12. Jika perut anda mulai buncit, ianya masih dianggap kecil kerana uterus anda sedang melenyek usus anda!

Percepatkan masa ke 40 minggu, usus yang sama akan ‘hilang’ atau tersorok, yang menyebabkan sukar untuk anda makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Proses seterusnya sangat menakjubkan!

Pada pertengahan kehamilan, perut anda akan ditolak hampir 45 darjah ke atas sehingga sama tahap dengan usus anda.

Ini menyebabkan pedih ulu hati anda semakin terasa dan boleh menjadi teruk.

Di dalam trimester ke tiga, organ anda akan terus “menghilang” kerana hati dan paru-paru anda akan dipenyek oleh perut dan usus.

Inilah sebabnya mengapa anda mula merasakan yang nafas anda pendek, terutamanya bermula pada 31 minggu kehamilan.

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Bahan yang disediakan oleh pihak muzium tersebut juga menunjukkan perjalanan plasenta yang melalui pelbagai perubahan di dalam 40 minggu.

Bermula dari saat badan anda mula mencipta organ plasenta tersebut, dari tiada apa-apa untuk menampung bayi anda, sehinggalah ia sempurna terbentuk bagi melindungi bayi anda sehingga ke waktu kelahiran.

Anda juga boleh melihat bagaimana organ anda kembali kepada saiz, bentuk dan posisi asal semasa berpantang.

Ia juga menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh uterus anda untuk mengecil ke saiz asal. 

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Melalui grafik menarik ini, ia memberikan kepada anda perspektif terhadap perubahan yang terjadi di dalam badan anda.

Kini, anda akan mula faham dan tahu bagaimana rasa tidak selesa sepanjang kehamilan itu boleh terjadi. Ia adalah kerana badan anda terpaksa memberi ruang untuk bayi anda membesar!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Siapa sangka badan anda boleh membuat sesuatu yang sungguh menakjubkan, bukan?

Ia memberikan kita lebih sebab mengapa kita harus menghargai dan menjaga diri kita dengan baik.

Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Antara perkara yang anda mungkin alami semasa hamil:

  • Kerap ke tandas, anda akan rasa tandas merupakan tempat yang paling kerap anda kunjungi semasa hamil.
  • Mengalami rasa sakit pinggang. Badan anda berubah hanpir 360 darjah! Malah berat juga bertambah. Disebabkan itulah anda rasa sakit pinggang
  • Sembelit. Seperti rajah di atas, usus anda dihimpit dan dipenyek. Sembelit adalah salah satu perkara yang sering dialami ibu hamil. Minum air secukupnya.
  • Tanda regangan (strechmarks). Perut anda mengembang demi memberi ruang untuk bayi anda, tentu saja kulit anda merenggang. Namun, tidak mustahil untuk mengelakkannya.
  • Kekejangan kaki. Badan anda semakin berat dan kaki anda terpaksa menanggung beban yang lebih biasa. Salah satu punca mengapa kaki anda mudah kejang.

Tidak kiralah sama ada saiz badan anda kecil atau besar, semua wanita hamil akan mengalaminya.

Para suami, lihatlah secara visual apa yang dialami isteri anda. Ianya sungguh menakjubkan!

Sumber: whattoexpect, womenshealth 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham