X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu

3 min bacaan
Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu

Apabila seorang wanita berkahwin, dia bukan sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya. Tetapi dia harus menerima keluarga lelaki itu yang belum tentu boleh menerima gaya hidupnya yang kebiasaan.

Terlafaznya akad nikah, bermulalah satu pengorbanan isteri yang rata-rata suami tidak sedar sebenarnya.

Pengorbanan isteri yang dimaksudkan adalah menerima keluarga si suami yang cara kehidupannya mungkin sama sekali tidak sama dengan cara keluarganya sendiri.

Mungkin ada yang mempertikaikan yang suami juga menerima keluarga si isteri, jadi kenapa isteri yang lebih berkorban? Kita sedia maklum yang apabila pasangan berkahwin, si isteri lebih terdorong mengikut suami berbanding sebaliknya. 

Pengorbanan Isteri Bila Bersama Keluarga Si Suami

Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu

Kredit: Unsplash

Tiada isteri yang sempurna, namun rata-ratanya ramai yang tersenyum dan terima sahaja apabila berlaku perbezaan pendapat. Mereka boleh bertolak-ansur untuk memastikan keluarga bahagia.

Tapi ada juga yang bermasalah dengan mentua dan ipar duai. Sudahlah berkecil hati, si suami pula seolah tidak mahu mempedulikan perasaan isteri kerana baginya, isteri patut ikut cara keluarga suami setelah berkahwin!

Berikut sedikit perkongsian menarik dari Puan Farizal Radzali berkaitan isu ini.

Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dgn mak mentua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak mmg tak boleh la kan. Tak psl2 dpt status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri. Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka mmg tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal. Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dgn mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah? Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dgn mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Perlu diingatkan, si isteri dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara yang berlainan dari si suami. Bukankah sebaiknya kita serba menerima cara masing-masing, bukannya mendera emosi isteri dengan memaksa dia mengikut cara anda sepenuhnya.

Kekalkan Hubungan Yang Baik Dengan Semua Pihak

Berikut adalah 3 ciri-ciri utama dalam mengekalkan hubungan yang baik dalam hubungan menantu dan keluarga mertua.

#1 Lain Lubuk, Lain Ikannya

mertua suka pilih kasih

Kredit: Nextavenue.org

Bila anda di rumah mertua, tidak salah untuk anda mengikut peraturan keluarganya. Sama juga sekiranya mertua menziarahi rumah anda, keluarga mertua haruslah mematuhi cara anda pula.

Tetapi ingat ya, saling hormat menghormati dan bertolak ansur, itu kunci utama.

#2 Peranan Suami

Suami memainkan peranan yang sangat penting sebagai orang tengah dalam hubungan isteri dan keluarganya.

Suami bertanggungjawab besar dalam menjaga hati kedua pihak dan yang pastinya, sekiranya ada kegusaran dalam hati isteri, suamilah yang seeloknya berdepan dengan keluarganya untuk mengelakkan salah faham.

#3 Elakkan Mengungkit

bergaduh depan anak

Apapun yang terjadi, elakkan berkira atau mengungkit tentang apa jua keburukan dan jasa anda kepada keluarga mertua. Kan lebih elok jika anda melakukan dengan ikhlas. Lagipun keluarga suami ibarat keluarga sendiri bukan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Jenis Ibu Mertua Yang Mencabar Dan Cara Menghadapi Kerenah Mereka

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham