Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

Diana Danielle telah mengejutkan orang ramai apabila dia dikatakan telah membuat permohonan cerai terhadap suami, Farid Kamil pada hari ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap rumah tangga pasti akan ada ujiannya. Tidak semua perjalanan dapat dilalui dengan senyuman, ada yang terpaksa membuat keputusan untuk berpisah seperti pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil.

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita Diana Danielle yang telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya atas beberapa alasan peribadi.

Diana Danielle failkan perceraian terhadap Farid Kamil

Memetik sebuah portal berita, pelakon cantik berdarah kacukan itu membuat permohonan cerai awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi tadi.

Dalam temu bual dengan sebuah portal awal tahun ini, Diana melahirkan rasa bersyukur suaminya seorang yang setia dan tidak pernah putus asa dalam rumah tangga.

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, dia sentiasa bersangka baik selain bermuhasabah untuk memperbaiki diri.

Akhir tahun lalu, Diana Danielle menyatakan rasa bangga dengan keberanian suaminya apabila merebut peluang melakonkan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem “Anwar The Untold Story” terbitan sebuah produksi dari Indonesia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diana Danielle dan Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

”Saya masih sayangkan Diana dan anak-anak”- Farid Kamil

Menurut laporan Harian Metro, Farid Kamil mengatakan isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan pendamaian selepas dia menolok untuk lafazkan cerai dan akui bahawa masih sayangkan keluarganya.

Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora. Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.

Ketika ditanya pihak Harian Metro apakah punca sebenar berlaku perkara ini, Farid Kamil minta bertanyakan soalan itu kepada isterinya.

Tanyalah Diana, apa masalah dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun berdepan konflik rumah tangga, Farid berkata, isu keretakan rumah tangga tidak langsung mengganggu emosinya.

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau apapun keputusan, sama-samalah kita berdoa agar pasangan selebriti ini dimudahkan urusan mereka.

Astro Awani, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

Baca juga: Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track

Baca juga: Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan