Kandungan semakin membesar. Tak percaya betul, badan anda pun berubah. Tiba-tiba, air ketuban pecah dan kalian kelam-kabut ke hospital! Dan… lahirnya cahaya mata yang memberi sinar ini.
Selepas bersalin, anda mula berpantang dan ingin memiliki tubuh badan seperti dulu kembali. Mungkin ada sesetengah wanita bertuah – kembali langsing selepas beberapa bulan.
Tapi kebanyakan wanita di luar sana menghadapi masalah sama — stretchmark, perut menggelebeh dan berat badan meningkat.
Memang wanita boleh mengamalkan beberapa senaman mudah yang boleh mengembalikan bentuk badan asal. Tapi, kenapa mereka diberi tekanan sekarang? Penat mengandung dan melahirkan bayi pun masih belum habis, tahu!
Perkara itu yang disuarakan penyanyi Pink, baru-baru ini.
Penyanyi Pink Bersuara Untuk Wanita/Ibu
Pink, atau nama sebenarnya Alecia Beth Moore telah membidas “body image” yang ditekankan kepada wanita selepas bersalin. Malah, Pink juga mengajak semua wanita di luar sana untuk “menjauhi penimbang dan fokus pada bagaimana badan anda kelihatan dan rasa.”
Dalam post di Instagram itu, Pink dipetik mengatakan —
“Would you believe I’m 160 pounds and 5’3″?” By ‘regular standards’ that makes me obese. I know I’m not at my goal or anywhere near it after Baby 2 but dammit I don’t feel obese. The only thing I’m feeling is myself. Stay off that scale ladies!” “Percaya tak, berat saya 160 paun dengan tinggi 5’3. Kalau mengikut “standard biasa”, saya mungkin obes. Walaupun saya jauh daripada misi badan bergetah selepas bersalin dua kali. Tapi, saya tak rasa obes langsung! Saya rasa seperti diri sendiri. Jauhi penimbang, semua wanita!“
Akhirnya, ada artis bersuara untuk apa yang semua ibu rasa! Tapi… kami ada satu berita gembira untuk anda sebenarnya.
Menurut kajian — kebanyakan masalah bentuk badan selepas bersalin akan pulih dan hilang secara semulajadi dalam beberapa minggu/bulan pertama selepas bersalin!
Jadi bersabarlah, dan mari kendali masalah ini dengan bijak.
Cara Kendali Masalah Bentuk Badan Selepas Bersalin Dengan Bijak
1. Beri badan anda masa
Helo, anda tak boleh hilangkan berat badan selama sembilan bulan hamil itu dalam sekelip mata! Dr Jennifer Wider menyatakan wanita sering “memberi tekanan pada diri mereka sendiri”!
Jadi berhenti bandingkan imej badan anda dengan apa yang dilihat dalam media. Jangan percaya semua perkara tidak realistik itu!
2. Amalkan senaman mudah di rumah
Siapa kata tiada cara atau amalan mudah untuk kembali langsing pula? Ada, okay!
Anda boleh mengamalkan yoga, senaman pergerakan badan dan pelbagai senaman mudah lain yang boleh menurunkan berat badan. Tak percaya ada amalan mudah? Baca artikel ini.
3. Bersyukur dan hargai anak-anak
Jika anda lupa — badan anda telah melahirkan anak. Ia satu peristiwa yang luar biasa dan anda harus kagum dengan diri sendiri. Ingat itu!
Sama seperti atlet, anda telah melatih badan dan menunjukkan prestasi fizikal yang hebat. Selama sembilan bulan, pula itu! Jadi, apalah sangat kesan strechmarks kan? Lagipun ada cara semulajadi untuk menghilangkannya. Jom cuba!
4. Berfikiran positif
Memanglah cakap lebih mudah daripada melakukannya. Tapi, fikiran anda memainkan peranan penting, tahu? Cuba berfikiran positif.
InsyaAllah, anda akan mampu bertenang dan mengatasi atau mengendali masalah berat badan selepas hamil dengan lebih mudah jika anda positif.
Lagipun, anda juga yang rugi jika dikaburi dengan fikiran negatif!
5. Jangan hilang nafsu seks!
Selepas menguruskan hal menyusu tengah-tengah malam, lampin yang sentiasa kena tukar dan tangisan bayi, anda pasti penat. Kami faham itu.
Tapi, jangan jadikan penat sebagai alasan! Kalau anda kurang yakin, cuba tukar posisi atau malamkan lampu sedikit. Romantik gituu…
Lagi satu, Dr Wider menyarankan wanita untuk lebih terbuka dengan pasangan. Beritahu mereka apa yang anda rasa atau takut.
Dan, jangan jadikan isu “imej badan selepas bersalin” membuatkan anda tak gembira tentang badan anda! Tiada siapa yang menghukum pun!
Janji anda dan pasangan bahagia, ditemani anak-anak yang menjadi penyeri rumah tangga. Okay lah, kan?
Stay strong, semua wanita!
Sumber rujukan: The Bump, Today.com, Instagram, Cara Mengatasi Stretchmarks Ketika Hamil dan Amalan Mudah Kembali Langsing Selepas Bersalin