Resepi Dimsum Guna Kulit Popia Vietnam, Mudah & Menjadi Anak-Anak Pasti Suka!

Dimsum sering menjadi makanan ‘favourite’ anak-anak kerana rasanya yang lazat, buat sendiri di rumah lagi jimat dan puas hati guna resepi ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak suka makan dimsum? Hidangan brunch makanan cina ini mengandungi bahan-bahan sihat seperti campuran daging, sayuran dan rempah memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan.

Cara buat dimsum menggunakan kulit popia Vietnam ini dikongsikan oleh Kak Her di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini sangat menarik untuk ibu-ibu cuba di luar sana. Boleh sesuaikan bahan mengikut citarasa masing-masing. 

Resepi Dimsum Simple Halal

Bahan-bahan:

  • Kulit popia Vietnam
  • Ayam kisar Ramly 400g (nak tukar isi udang pun boleh)
  • Crab stik (Optional)
  • Carrot (diparut)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Suhun – Rendam air panas. Biar lembut gunting halus. (Optional)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, gaul rata semua bahan di atas kecuali kulit popia.
  2. Gunting kulit popia macam dalam gambar mengikut keperluan sedikit demi sedikit.
  3. Rendam setiap 4 hingga 6 helai ke dalam air sejuk. Jangan rendam banyak-banyak nanti lembik melekat. Buat sikit-sikit lebih baik.
  4. Bila kulit dah agak lembut terus ambik inti ayam kemudian balut macam dalam gambar.
  5. Buat sehingga habis kulit yang direndam tadi, kemudian ulang langkah di atas sampai habis inti.
  6. Lumur sedikit minyak masak atas pinggan supaya dimsum tadi tak melekat. Lumur setiap biji dimsum dengan minyak.
  7. Seterusnya, kukus dimsum sekali dengan pinggan mengikut muatan saiz periuk.
  8. Kukus dalam 15 minit. Atau nak goreng macam biasa pun boleh sehingga kulit kekuningan.
  9. Siap untuk dihidang.

Bahan untuk membuat sos cicah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sos cili Thai
  • Kicap manis
  • Sedikit minyak bijan
  • Biji bijan (tambahan)
  • Air Suam

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sukatan kicap hendaklah kurang dari sukatan sos. Contohnya sekiranya sukatan sos 3 sudu, jadi sukatan kicap sudu.
  2. Gaul sebati semua bahan.
  3. Letakkan cili padi jika suka pedas.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Makanan Tradisional Cina Popular, Homemade, Dijamin Halal & Sedap!

Baca juga: Rindu Makanan Cina? Ini Resepi Pan Mee Halal Yang Sedap Guna Bahan Yang Ringkas

Baca juga: Cara Membuat Yee Sang Halal Di Rumah, Makanan Seisi Keluarga Paling Sempurna

Penulis

Noorhidayah