Diskriminasi Kehamilan: Kebenaran Yang Tidak Diceritakan

Disebabkan mengandung, saya kehilangan kerja 10 tahun lalu. Begitulah diskriminasi kehamilan yang terjadi, kebenaran yang tidak diceritakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana diskriminasi kehamilan, saya kehilangan kerja 10 tahun yang lalu. 

Saya tak sabar untuk menyertai satu syarikat baharu dalam beberapa bulan apabila saya mendapati diri saya hamil.

Saya kemudian membuat keputusan untuk memaklumkan kepada kakitangan bahagian sumber manusia terlebih dahulu.

Sejak itu, situasi tersebut tidak menyebelahi dan ia bertambah buruk.

Diskriminasi kehamilan yang hadapi

Saya dituduh berbohong tentang kehamilan saya sewaktu sesi temu duga kerja.

Saya diberitahu, produktiviti saya akan menurun terutama sebulan sebelum saya melahirkan bayi.

Malah, saya juga dimaklumkan bahawa cuti bersalin 2 bulan akan menjadi tempoh kritikal kepada syarikat.

Saya diberitahu bahawa apabila kembali daripada cuti bersalin, saya mungkin tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja disebabkan kelahiran bayi saya.

Kesudahannya, saya menerima mesej iaitu, “maaf untuk pemakluman anda, pihak pengurusan memutuskan untuk tidak meneruskan tawaran ini”.

Saya terkejut, ini bukan tawaran sama sekali, ini adalah kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Jelas sekali ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bertindak failkan aduan

Pada akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memfailkan aduan kepada Pejabat Perhubungan Perusahaan. Melalui pengantaraan, saya ditawarkan RM10,000 oleh syarikat, di mana saya tolak tawaran itu.

Kes saya tidak dapat didengar di Mahkamah Perusahaan dan kemudian, saya memfailkan saman sivil di Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun, tidak ada perlindungan undang-undang terhadap diskriminasi kehamilan dalam Akta Pekerja 1955 bagi sektor swasta. Perlindungan tersebut hanya disediakan untuk sektor kerajaan seperti yang digariskan dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu-satunya menjadi harapan saya ialah  Malaysia menandatangani Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Bagaimanapun, ia tidak cukup bagi saya untuk memenangi kes ini di mahkamah.   

Selepas itu, saya memutuskan untuk menghubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan bermulalah perjalanan kami membawa perubahan terhadap hal ehwal awam, advokasi dan usaha melobi.

Perjuangan tercapai

10 tahun kemudian, akhirnya saya berasa sangat gembira apabila Parlimen pada 21 Mac meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 yang melarang pemberhentian kerja sewaktu kehamilan.

Malah selama bertahun-tahun, kami menyokong supaya lebih banyak hak untuk ibu bapa di tempat kerja. Hari ini ia menjadi kenyataan iaitu dari 60 hari kepada 98 hari cuti bersalin selaras dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari 0 kepada 7 hari cuti paterniti dan hak untuk mendapatkan waktu kerja yang fleksibel, tertakluk kepada budi bicara majikan. Ini adalah kemenangan untuk perjuangan saya.

Berdasarkan kaji selidik Suara Wanita Malaysia Terhadap Diskriminasi Dan Gangguan di Tempat Kerja yang dijalankan pada 2020 oleh WAO dengan kerjasama agensi penyelidikan Vase.ai, lebih seaparuh daripada wanita di negara ini (56 peratus) telah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk diskriminasi jantina di tempat kerja.

Ini adalah keadaan sebenar dan statistik tersebut mungkin lebih tinggi.  Itulah kebenaran yang tidak diceritakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KETAHUI HAK ANDA.

BANGKIT UNTUK MEREKA.

Sekiranya anda menghadapi diskriminasi kehamilan atau pemecatan yang tidak adil di tempat kerja, anda boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di talian 03-88865460 atau jppm@mohr.gov.my. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.jpp.mohr.gov.my.

Artikel ini diterjemah daripada tulisan Tan May Lee untuk theAsianparent Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau ialah Rakan Kongsi dan Pengarah Eksekutif dan Strategi Perspektif serta bekas Exco WAO.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda-Tanda Awal Kehamilan 2 Minggu Yang Jarang Disedari Oleh Ibu, #3 Paling Konfius!

Baca juga: 7 Buku Panduan Kehamilan Yang Terbaik Untuk Bakal Ibu, Jom Siapkan Diri Sebelum Tiba EDD!

Baca juga: Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan