Nak Jimat Dari Beli Pembasmi Kuman, Jom Buat DIY Hand Sanitizer Hanya Guna 2 Barang Sahaja!

Hand sanitizer habis dah kat rumah? Lepastu pergi kedai pun habis jugak! Okey, jangan risau kami ada jalan penyelesaian untuk anda dengan cara membuat DIY hand sanitizer ini. Semoga membantu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hampir empat bulan lamanya wabak corona virus atau COVID-19 mengahantui penduduk di seluruh dunia sampaikan bekalan pembasmi kuman turut kehabisan stok di farmasi atau kedai runcit. Jadi untuk membantu anda, kami ingin tunjukkan cara untuk DIY hand sanitizer yang cukup mudah ini. Ia dikongsikan oleh IR Abdul Rahman Bahasa.

Wabak coronavirus ini menjadi acaman besar bukan kata di Wuhan China sahaja tapi Malaysia juga turut menunjukkan peningkatan pesakit yang dijangkiti selepas pulang dari luar negara sama ada China, Jepun, Korea  dan lain-lain.

Sebab itu, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan hand sanitizer hingga ia menjadi produk ‘laku keras’ dan habis stok!

Permintaan yang tinggi itulah punca hand sanitizer ini mengalami kekurangan stok jadi apa yang boleh dilakukan adalah membuat DIY hand sanitizer di rumah. Malah ia cukup mudah dan cepat tanpa perlu belanja besar untuk membuatnya.

Apa kata kita lihat cara DIY hand sanitizer ini. Jom!

DIY Hand Sanitizer

Bahan-bahan yang perlu digunakan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Dettol
2) Sterile Water ( boleh beli dari farmasi)

Langkah demi langkah:

1- Campurkan 20 peratus Dettol dan 80 peratus sterile water.

Jika menggunakan sukatan 100ml hand sanitizer jadi ambil sukatan ini. iaitu 20 ml Dettol dan 80 ml sterile water.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau nak buat 50ml hand sanitizer, guna 10 ml Dettol dan 40 ml sterile water.

Anda boleh menyukat menggunakan picagari atau alat lain-lain dengan sukatan yang bersesuaian.

2- Selepas itu, letakkan dalam botol spray dan guna sahaja botol spray yang anda ada.

Walaubagaimanapun, ingin diingatkan bahawa formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas disebabkan faktor ketebalan kulit.

Malah kesan Dettol juga sedikit kuat dan bimbang jika ia boleh memberi kesan pada kulit kanak-kanak yang di bawah 10 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jimat dan murah

Boleh dikatakan DIY hand sanitizer ini jauh lebih murah jika dibandingkan membeli dari kedai atau farmasi.

Kos yang terlibat untuk buat sendiri hand sanitizer adalah hanya RM 11.70. Murah dan menjimatkan, betul tak?

Malahan dengan cara ini anda boleh buat 5 botol hand sanitizer dengan saiz 50ml.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau harga di pasaran semasa harga sebotol hand sanitizer adalah RM 8.00. Jadi jumlah lima botol adalah RM40.

Tapi kalau buat sendiri dengan formula yang dikongsikan tadi dapatlah anda jimat RM 28.30.

Selain daripada memakai hand sanitizer, anda juga digalakkan mencuci dan membasuh tangan dengan sekerap mungkin dan hindari dari berada di tempat- tempat awam yang mungkin boleh terdedah dengan wabak maut ini.

Nak lagi protection, anda juga disarankan menggunakan mask jika keluar dari rumah.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat sekaligus jauhkan diri kita dari sebarang penyakit berjangkit yang serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegunaan lain hand sanitizer

#1. Kilatkan permukaan bercermin

Sembur cecair pembersih biasa kerana ia mampu memberi kesan kilat pada cermin degan serta merta sekaligus mampu membersihkan skrin telefon dan kaca mata dengan mudah.

#2. Hapus kesan pen marker berdakwat kekal

Hand sanitizer mampu menghilangkan kesan dakwat kekal dari pen marker permanent yang sukar dibersihkan di papan putih biasa.

#3. Legakan bekas gigitan nyamuk

Nyamuk kalau gigit kulit badan memang rasa gatal dan miang, kan? Jadi jangan digaru nanti makin teruk. Apa yang boleh dilakukan adalah sapu hand sanitizer di bahagian tersebut dan pasti dapat hilangkan kegatalan itu.

#4. Sembuhkan parut

Kalau nampak parut baru tumbuh di kulit, anda boleh sapukan cecair hand sanitizer di bahagian tersebut. Ia memang boleh berkesan!

#5. Agen pencuci

Hand sanitizer ini bukan hanya boleh digunakan untuk tangan tapi ia juga boleh digunakan untuk pencuci bagi menghilangkan lekit di atas meja dan membersihkan tompok minuman tumpah serta kotoran yang lain. Kalau boleh guna hand sanitizer asli yang bebas aroma.

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comhand-sanitizer-adalah