Doa Untuk Balik Ke Kampung, Agar Selamat Pergi & Balik

Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri amalkan doa balik kampung ini, mohon selamat perjalanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbaki sehari lagi untuk menyambut Syawal, ramai warga kota sudah berpusu-pusu balik ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang. Jangan lupa amalkan doa balik kampung memohon keselamatan pergi dan balik.

Doa Balik Kampung

1.Membaca Doa Tawakal – Doa Balik Kampung

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Bacaan Rumi : Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksudnya: Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

(Hadis Riwayat Tirmidzi dari Anas bin Malik)

2.Membaca Doa Keluar Rumah 

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bacaan Rumi : Allahumma inni a-‘udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya.

Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.Membaca Ayat Kursi

Amalan ini pernah dipesan oleh Rasullah SAW kepada Saidina Ali agar tujuan perjalanan kita tertunai. 

4.Membaca Doa Menaiki Kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bacaan Rumi : Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun

Maksud : Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

(Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga: Doa Banyak Susu Badan, Ibu-Ibu Boleh Amalkan Selalu Untuk Meriahkan Susu Ibu

Baca juga: Jangan Takut, Ibu Boleh Amalkan Zikir & Doa Mudah Bersalin Supaya Kekal Tenang

Penulis

Lala Annuar