Ibu bapa adalah pahlawan tanpa jubah yang sentiasa ada untuk kita, dari waktu kecil hingga dewasa, sumber kekuatan yang tak pernah habis, menjadikan mereka orang yang paling penting dalam hidup ini. Jadi doa ibu bapa kita diampunkan dosa, diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia serta akhirat.
Isi Kandungan
Kenapa Kena Doakan Ibu Bapa?
Memang tak ternilai pengorbanan ibu bapa kita, kan? Mereka sanggup berhempas pulas, mengorbankan banyak perkara demi memastikan kita membesar dengan baik.
Sebab itu, Allah SWT suruh kita berbuat baik kepada ibu bapa, terutama bila mereka dah berusia dan perlukan perhatian lebih.
Dalam Surah al-Isra’ ayat 23, Allah dah jelaskan betapa pentingnya kita berbakti kepada mereka.
Allah juga larang keras kalau kita buat derhaka atau sakiti hati mereka. Jadi selagi ada kesempatan, jangan lepaskan peluang untuk tunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita pada mereka. Inilah amalan yang paling disukai Allah!
Bagaimana Jika Ibu Bapa Sudah Meninggal Dunia
Walaupun ibu bapa dah meninggal dunia, sebenarnya kita masih boleh terus berbakti kepada mereka.
Bukan hanya dengan doa, tapi juga dengan melaksanakan wasiat mereka, menjaga hubungan dengan sahabat-sahabat mereka, berwaqaf atas nama mereka, bersedekah, dan pastikan hutang-hutang mereka diselesaikan.
Macam kata hadis riwayat Abu Hurairah, bila seseorang meninggal, amalannya terputus kecuali tiga perkara: sedekah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.
Jadi, walaupun mereka dah tak ada, kita masih boleh buat sesuatu yang membawa pahala berterusan untuk mereka, dan doa kita tu sangat bernilai!
Cara Berdoa Yang Betul Untuk Ibu Bapa
Berikut adalah cara doa ibu bapa yang betul boleh anda praktikkan:
- Menghadap kiblat
- Mengangkat tangan
- Penuh harapan pada Allah
- Yakin doa akan dikabulkan
- Ulang doa tersebut
- Tidak tergesa-gesa
Doa Untuk Ibu Bapa Ampun Dosa & Selepas Solat
Ada beberapa doa ibu bapa diampun dosa sesuai untuk diamalkan setiap kali selepas solat.
1. Doa Ampun Dosa & Kesejahteraan Ibu Bapa
للَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.
2. Doa Panjang Umur Ibu Bapa
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا. وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، َاْلاَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ، وَتَابِعْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ، رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya itu sebagaimana beliau berdua merawatku ketika aku masih kecil, begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua orang yang beriman, laki-laki maupun perempuan yang masih hidup maupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah ampun dan belas kasihanilah karena Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Mu.”
3. Doa Kesembuhan Ibu Bapa
“Ya Allah, Rabb Manusia dan alam semesta, hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan, Engkau Dzat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”
4. Doa Keimanan Kepada Ibu Bapa
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. – Surah Nuh 28
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat
Baca juga: 15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)
Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan