X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Boleh Dibaca Bila-Bila Masa, Lepas Solat Atau Sebelum Tidur- Ini Doa Untuk Ibu Bapa Yang Boleh Anda Amalkan

3 min bacaan
Boleh Dibaca Bila-Bila Masa, Lepas Solat Atau Sebelum Tidur- Ini Doa Untuk Ibu Bapa Yang Boleh Anda Amalkan

Doa untuk ibu bapa boleh yang ringkas dan mudah ingat ini elok diamalkan pada bila-bila masa bagi memohon kesejahteraan orang tua tersayang

Doa untuk ibu bapa merupakan satu ‘hadiah’ daripada si anak kepada orang tuanya. Umum sedia maklum, doa merupakan senjata buat para Muslim di dunia ini.

Berdoalah sehingga setiap hajat yang dipinta, didengari dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tak rugi berdoa ini, walaupun anda meluangkan masa yang panjang, ia seolah-olah ‘bercakap’ dengan Yang Maha Esa.

Hadis berkaitan doa untuk ibu bapa

Anak-anak di luar sana yang masih mempunyai ibu bapa di dunia ini mahupun yang sudah tiada lagi, jangan bimbang. Anda masih boleh memanjatkan doa buat orang tua. Malah, terdapat satu hadis berkenaan bacaan doa buat kedua-dua orang tua, berbunyi:

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Yang bermaksud:

“Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”- Riwayat Muslim (1631).

doa untuk ibu bapa

Selain itu, terdapat juga beberapa Surah yang mengandungi hal-hal berkaitan dengan doa kepada ibu bapa. Antaranya:

#1. Surah Ibrahim: Ayat 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Yang membawa maksud:

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

#2. Surah Nuh: Ayat 28

 

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Yang membawa maksud:

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”

Bacaan doa untuk ibu bapa dalam Bahasa Arab dan Rumi

doa untuk ibu bapa

  • Bahasa Arab: اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا
  • Bahasa Rumi: Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

Yang membawa maksud: Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.

Doa ini boleh dibacakan sekiranya bersendirian.

Walau bagaimanapun, jika beramai-ramai, boleh tukarkan bacaan kepada:

  • Bahasa Arab: اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
  • Bahasa Rumi: Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayana soghira

Yang membawa maksud: Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.

Berbaktilah kepada orang tua selagi mereka masih hidup

Selain daripada mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat, anak-anak juga boleh berbakti kepada kedua-dua orang tua. Cara-caranya adalah:

  • Membantu ibu bapa dari segi kewangan.
  • Memastikan ibu bapa mendapat tempat tinggal yang selesa.
  • Memberikan kasih sayang dan perhatian kepada mereka.
  • Cuba yang terbaik untuk memenuhi permintaan mereka.
  • Elak melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Allah SWT.
  • Mencari peluang dan meluangkan masa bersama mereka.
  • Bercakap dengan mereka dengan nada yang sopan dan lemah lembut.
  • Kongsi kegembiraan dengan mereka.
  • Kerap berhubung dengan mereka.

Kesimpulannya, jangan lupa untuk mendoakan kedua-dua ibu bapa dalam keadaan apa sekalipun. Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

ezqurban.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

Baca juga: Ingin Anak Membesar Lebih Beradab dan Pandai Hormat Ibu Bapa & Orang Tua? Guna Cara PASTI Berkesan Ini!

Baca juga: 5 Ilmu Penting Kena Ajar Anak Kita, Zaman Dah Berubah, Cara Ibu Bapa Kita Dulu Mungkin Dah Tak Relevan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Boleh Dibaca Bila-Bila Masa, Lepas Solat Atau Sebelum Tidur- Ini Doa Untuk Ibu Bapa Yang Boleh Anda Amalkan
Kongsikan:
  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

    Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

  • Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

    Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

    Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

  • Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

    Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.