Air zam zam adalah air suci yang berasal dari telaga zam zam yang terletak berhampiran Ka’abah, yang jaraknya hanya sekitar 38 hasta. Air ini memiliki makna dan keistimewaan tersendiri bagi umat Islam dan digalakkan untuk mengamalkan bacaan doa minum air zam zam.
Isi Kandungan
Himpunan Doa Minum Air Zam Zam
1. Baca Basmalah
Sebelum minum air Zamzam, digalakkan membaca basmalah terlebih dahulu. Membaca basmalah merupakan adab yang baik dalam setiap aktiviti yang dilakukan termasuklah ketika meminum air Zamzam.
Ini juga merupakan anjuran dari Nabi Muhammad saw. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh sahabat Abu Hurairah ra:
َحْمنِ الرَّحِيْمِ فَهُوَ أَبْتَرُ
Maksudnya: “Setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan ‘bismillahirrahmanirrahim’ , keberkatan amalan itu terputus.” (HR. Al-Khatib)
2. Doa Untuk Kesembuhan
أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقَامٍ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Doa Minum Air Zam Zam Rumi: Allahumma inni as-aluka i’lman naafi’an, wa rizqan waasi’an, wasyifaa-an min kulli daa-in, wa saqamin birahmatika yaa arhamarraahimiin.
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari tiap penyakit dengan rahmatMu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
3. Doa Mohon Rezeki
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Doa Minum Air Zam Zam Rumi: Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’an, wa rizqan tayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pengetahuan yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.”
4. Doa Memohon Rahmat Allah
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ، وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ
Rumi: Allahumma inni as’aluka min fadhlika wa rahmatika fa innahu la yamlikuha illa anta.
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari karunia-Mu dan rahmat-Mu, karena tidak ada yang memiliki karunia dan rahmat itu kecuali hanya Engkau.”
5. Doa Keberkatan
اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْمَاءَ تَبَرُّكًا وَسَلَامًا وَنُورًا وَهُدًى
Rumi: Allahumma zid haadza al-maa tabarrukan wa salaaman wa nuuran wa hudan.
Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah berkah, keselamatan, cahaya, dan petunjuk dalam air ini.”
Selain daripada doa yang telah disebutkan sebelum ini, anda juga boleh menambah doa mengikut keinginan atau hajat anda. Berikut adalah beberapa contoh doa yang boleh anda panjatkan selepas minum air Zamzam:
-
Doa untuk Kesihatan: “Ya Allah, anugerahkanlah kesihatan yang sempurna kepada tubuhku dan jauhkanlah aku dari segala penyakit.”
-
Doa untuk Kebahagiaan Keluarga: “Ya Allah, berikanlah kebahagiaan dan keharmonian kepada keluargaku serta jauhkan kami dari perselisihan.”
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you! -
Doa Perlindungan: “Ya Allah, lindungilah aku dari segala bahaya dan bencana, serta jauhkan aku dari kejahatan dunia dan akhirat.”
-
Doa untuk Hidayah: “Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar dan terangi hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu.”
-
Doa untuk Kejayaan dalam Pendidikan: “Ya Allah, permudahkanlah proses pembelajaranku dan berikanlah aku pemahaman yang baik dalam setiap pelajaran.”
-
Doa agar Dipermudahkan dalam Urusan: “Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan setiap langkahku dalam mencapai cita-cita yang baik.”
Adab Minum Air Zam Zam
Air Zamzam mempunyai kedudukan Istimewa dalam Islam, oleh itu terdapat beberapa adab yang dianjurkan agama ketika meminumnya.
Antara adab minum air Zam Zam adalah:
1. Niat
Sebelum meminum air Zamzam, niatkan dalam hati untuk memanfaatkan kebaikan air ini dan berdoa agar mendapat keberkatan daripadanya.
2. Mulakan dengan Bismillah
Mulakan dengan menyebut “Bismillah” (Dengan nama Allah). Ini adalah sunnah dalam semua perkara yang baik, termasuk ketika minum.
3. Minum Dalam Tiga Tegukan
Minumlah air Zamzam dalam tiga tegukan, bukan sekaligus. Nabi Muhammad (SAW) minum air dalam tiga tegukan dan bernafas di luar bekas. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: “Nabi Muhammad (SAW) minum dalam tiga tegukan, bernafas di luar bekas.”
4. Tidak Bernafas ke Dalam Bekas
Bernafaslah di luar bekas ketika minum. Ibn Qatadah (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) melarang bernafas ke dalam bekas ketika minum.
5. Duduk Atau Berdiri Ketika Minum
Seboleh-bolehnya, duduklah ketika minum air Zamzam. Nabi Muhammad (SAW) mengajar kita untuk duduk ketika minum. Namun sesetengah berpendapat disunatkan untuk kita minum sambil berdiri berdasarkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas RA katanya,
“Aku pernah menuangkan air untuk Rasulullah SAW di sumur zam-zam, lalu Baginda minum. Padahal beliau sedang berdiri.” – (Hadis Riwayat Muslim)
6. Menghadap Kiblat
Menghadap kiblat ketika minum air Zamzam adalah satu amalan yang dianjurkan. Ia menambah keberkatan dan menunjukkan kesungguhan kita dalam mematuhi sunnah Nabi Muhammad SAW.
7. Berdoa Sambil Minum
Ketika meminum air Zamzam, berdoalah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Banyak ulama mencadangkan doa seperti: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan penyembuhan dari segala penyakit.”
Dengan mengamalkan doa ini, kita sebagai umat Islam berharap dapat meraih keberkatan dan kerahmatan yang melimpah dari Allah SWT. Semoga bermanfaat.
Kelebihan Air Zam Zam
Berikut beberapa kelebihan air zam zam mengikut laman mufti Wilayah Persekutuan:
- Memiliki 12 Nama: Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam.
- Minuman Terbaik Di Dunia: Air zam zam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41).
- Dari Mata Air Syurga: Air zam zam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia adalah dari syurga”.
- Kurniaan Pada Nabi: Air zamzam adalah kurniaan daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS.
- Tanda Kemulian Dan Kemajuan Mekah: Air zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam ibn al-Daiba’ al-Syaibani. Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.
- Tanda Keimanan Umat Islam: Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya).
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari
Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik
Baca juga: 5 Doa Untuk Orang Sakit, Ringkas & Senang Hafal Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW