Nak Rezeki Melimpah Ruah? Amalkan Membaca Doa Murah Rezeki & Amalan Mustajab Ini

Apabila kekurangan duit, jiwa mula rasa gelisah dan resah. Selain usaha dan tawakal, amalkan doa murah rezeki supaya hilang rasa susah hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila dibelenggu hutang, rasa susah hati dan biasanya baru tengah bulan duit dah habis, ada baiknya amalkan doa murah rezeki serta amalan penarik rezeki.

Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

“Jika kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang.”

Seandainya kita sudah berusaha, memperbanyakkan doa murah rezeki serta bertawakal sepenuhnya kepada Allah, rezeki tidak pernah salah alamat.

Yang membezakannya cuma cepat atau lambat sahaja.

Amalan Mustajab Untuk Penarik Rezeki Selain Doa

Soal rezeki, jodoh, ajal dan maut sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak kita berada di dalam kandungan lagi. Sebagai manusia yang beriman, tugas kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan menjalankan semua perintah dan menjauhi yang dilarang.

Berikut merupakan amalan mustajab nak rezeki melimpah menurut al-Quran dan hadis:

  1. Memperbanyakkan istighfar dan zikir
  2. Tidak meninggalkan ibadat kepada Allah
  3. Tidak melakukan dosa dan menghindari zina
  4. Berbuat baik dan sering mendoakan kebaikan ibu bapa
  5. Amalkan semua doa murah rezeki
  6. Memperbanyakkan sedekah bagi yang memerlukan
  7. Sentiasa memberi pertolongan atau menolong mereka yang lemah
  8. Memudahkan urusan orang lain atau tunaikan hajat mereka
  9. Berbuat baik sesama insan dan menjaga silaturahim
  10. Sentiasa memuliakan tetamu yang datang bertandang
  11. Menunaikan solat dhuha setiap hari tanpa henti
  12. Sering bersyukur dengan setiap pemberian Allah
  13. Tidak berputus asa untuk berdoa
  14. Bertawakal kepada Allah SWT

Doa Murah Rezeki Yang Mudah Dan Ringkas Untuk Dijadikan Amalan Harian

1. Doa Nabi Sulaiman

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi”

2. Doa Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Amalan ayat seribu dinar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq dari ayat 2 & 3.

Maksudnya: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Amalkan surah ayat seribu dinar setiap kali selepas solat Subuh, tetapi lebih baik diamalkan setiap kali selepas habis solat fardu.

Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Doa Nabi Musa

Ayat ini dipetik dari surah al-qasas dari ayat 24

رَبِّ إِنِّى لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk sentiasa bersyukur dengan setiap yang berlaku dalam hidup kita sama ada memperoleh kelebihan atau kekurangan.  

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina

Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu, Ringkas & Lengkap Berserta Maksud Yang Senang Dihafal

Penulis

Noorhidayah