Doa Nabi Sulaiman yang diabadikan dalam Al-Quran mempunyai manfaat yang sangat besar. Doa ini boleh digunakan untuk menjinakkan binatang buas, mengusir jin serta melancarkan rezeki yang halal serta diberkati.
Doa Nabi Sulaiman juga merupakan doa yang baik untuk mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Dikatakan Nabi Sulaiman meminta ilham untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan beramal yang diredhai-Nya.
Anda boleh beramal dengan doa-doa ini, semoga bermanfaat!
1. Doa untuk menjinakkan haiwan
Nabi Sulaiman dikurniakan banyak mukjizat daripada Allah SWT, salah satunya ialah dapat bercakap dengan binatang. Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan burung dan semut dan memahami apa yang haiwan ini inginkan daripada manusia.
Berikut adalah doa Nabi Sulaiman untuk menundukkan binatang yang dianjurkan untuk dibaca ketika berhadapan dengan binatang buas yang berbahaya. Doa ini juga boleh dibaca sejurus sebelum menyembelih haiwan bagi memudahkan proses penyembelihan. Berikut bacaannya.
بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ , اَلَّا تَعْلُوا عَلَىَّ وَاْتُونِى مُسْلِمِيْنَ
“Bismillah hirrahmani rahiim, allaa ta’luu alayya wa’tuunii muslimin.”
Artinya: “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bahwa janganlah kamu berlaku sombong kepadaku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
2. Doa memohon melancarkan rezeki
Nabi Sulaiman dikatakan memohon kepada Allah SWT agar diberikan harta yang melimpah ruah. Doa ini boleh diamalkan untuk memohon kelancaran rezeki kepada Allah SWT.
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta lwahhaab.”
Artinya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak patut (dimiliki) oleh seorang pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
3. Doa menghalau jin
Selain harta yang melimpah ruah dan kebolehan bercakap dengan binatang, Nabi Sulaiman juga mempunyai mukjizat kerana dapat berkomunikasi dengan jin. Seperti yang diketahui, kewujudan jin boleh menjadi gangguan kepada manusia. Nabi Sulaiman membaca doa untuk menghalau jin. Doa ini juga digunakan untuk orang yang dirasuk jin sehingga hari ini.
يَعْمَلُونَ لَهُۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَٰرِيبَ وَتَمَٰثِيلَ وَجِفَانٍ كَٱلْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَٰتٍ ۚ ٱعْمَلُوٓا۟ ءَالَ دَاوُۥدَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ
“Ya’maluna lahu ma yasyaú mim mahariba wa tamasila wa jifaning kaljawabi wa qudurir rasiyat, I malu ala dawuda syukra, wa qalilum min ‘ibadiyasy-syakur.”
Artinya: “Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Amal Doa Perlindungan Untuk Anak Dan Tawakal Kepada Allah Anak Di Bawah Jagaan Pengasuh
Baca juga : Ramai Terasa Sempit Sangat Sekarang Ini, Amalkan Doa Ini Rezeki Datang Tak Disangka