X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Terasa Sempit Sangat Sekarang Ini, Amalkan Doa Ini Rezeki Datang Tak Disangka

5 min bacaan
Ramai Terasa Sempit Sangat Sekarang Ini, Amalkan Doa Ini Rezeki Datang Tak Disangka

Untuk mendapat rezeki yang melimpah cuba amalkan 5 doa tidak putus rezeki ini secara istiqomah. Insya Allah rezeki datang melimpah-limpah.

Usaha itu penting, namun kebergantungan kepada Allah juga amat penting kerana rezeki itu datang dari-Nya. Untuk mendapat rezeki yang melimpah cuba amalkan 5 doa tidak putus rezeki ini secara istiqomah. Insya Allah rezeki datang melimpah-limpah.

Dengan ekonomi yang masih tidak menentu ketika ini menjadi ujian terbesar bagi kebanyakan orang kerana ada segelintir yang kehilangan punca pendapatan dan ada juga yang sedang mencari pekerjaan baru untuk menampung kehidupan.

Doa yang menjadikan diri kita semakin kuat dan tenang menghadapi ujian. Jangan ditinggalkan doa terutamanya doa untuk diberi rezeki yang melimpah ruah dan mencukupi.

Doa Tidak Putus Rezeki

Antara doa tidak putus rezeki yang boleh diamalkan adalah:

1. Doa Berlindung Dari Kemiskinan

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْقِلَّةِ وَالذِّلَّةِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ

Rumi: Allaahumma innii a’udzubika minal faqri, wal qillati, wadz dzillati, wa a’uudzubika min an adzhlima aw udzhlaama

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan dan aku berlindung kepadaMu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.” (HR Ahmad, no. 8053)

2. Doa Meminta Kecukupan Rezeki

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَىْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَىْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَىْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Rumi: Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Maksud: “Ya Allah, tuhan yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkaulah yang awal, sebelumMu tiada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tiada sesuatu. Engkaulah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin, tidak ada sesuatu yang luput dariMu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR Muslim, no. 2713)

3. Doa Meminta Rezeki Yang Halal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Rumi: Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Maksud: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)

4. Doa Dijauhkan Dari Harta Haram

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Rumi: Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak.

Maksud: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.” (HR Tirmizi, no. 3563)

5. Doa Perbanyakkan Harta

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

Rumi: Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa athil hayaatii ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii

Maksud: “Ya Allah, tambahkanlah harta dan anakku dan berkatilah pemberian yang Engkau berikan. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan kepadaMu dan perbaikilah amalku dan ampunilah dosaku”. (Disusun berdasarkan HR. Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480)

6. Doa Rezeki Lancar

اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَامُغْنِيْ أَغْنِنِيْ غِنًى أَبَدًا وَيَاعَزِيْزُ يَامُعِزُّ أَعِزَّنِيْ بِإِعْزَازٍ عِزَّةَ قُدْرَتِكَ

وَيَامُيَسِّرَاْلأُمُوْرِ يَسِّرْ لِيْ أُمُوْرَ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ يَاخَيْرَ مَنْ يُرْجَى يَا اللهُ

Rumi: Alloohumma yaa ghoniyyu yaa mughnii aghninii ginan abadan wa yaa ‘aziizu yaa mu’izzu a’izzani bi-i’zaazin ‘izzatia qudrotika, wa yaa muyassirol umuuri yassir lii umuurod dun-yaa waddiini yaa khoiro man yurjaa yaa allooh.

Maksud: “Ya Allah, Dzat Yang Maha Kaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Maha Mulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”

7. Doa Rezeki Bertambah

اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُوْهِنَا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَاٰثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Rumi: Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.

Maksud:“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”

8. Doa Agar Rezeki Berkat

اَللّٰهًمَّ اَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيْ وَوَسِّعْ لِيْ فِيْ دَارِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْ رِزْقِيْ

Rumi: Alloohumma ashlihli lii diinii wa wassi’lii daarii wa baarik lii fii rizqii.

Maksud: “Ya Allah perbaikilah agamaku (yang menjadi pokok urusanku) lapangkanlah tempat tinggalku, dan berikanlah keberkahan pada rezekiku.”

9. Doa Agar Dikurnia Rezeki Yang Tak Disangka

رَبَّنَا اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا ِلاَوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ

Rumi: Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.

Maksud: “Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”

 

Zayan Hijabista

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 5 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini

Baca juga : Selalu Dipanggil Untuk Baca Doa Di Depan Orang Ramai?Ini Doa Majlis Ringkas Untuk Dibacakan

Baca juga : Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Ramai Terasa Sempit Sangat Sekarang Ini, Amalkan Doa Ini Rezeki Datang Tak Disangka
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham