Doa Untuk Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Beserta Tips Kepada Ibu Bapa Untuk Latih Si Kecil Berjauhan Dari Anda

Doa untuk anak tidak mahu ke sekolah penting kerana ia dapat membantu ibu bapa melembutkan hati anak agar mereka mau belajar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa untuk anak tidak mahu ke sekolah penting bagi ibu bapa agar anak anda lebih mudah untuk ke sekolah. Terkadang, ia sukar bagi ibu bapa untuk memujuk anak untuk ke sekolah, lagi-lagi jika anak baru sahaja mengenali sekolah. Kali ini, kami kongsikan beberapa doa untuk anak tidak mahu ke sekolah.

Doa Untuk Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

Ibu bapa perlu memberikan usaha yang banyak untuk memberikan galakan agar anak mahu menghadiri hari persekolahan. Memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak penting demi kecerdaasan mereka. Bagaimanapun, terdapat segelintir anak-anak yang belum memahami kepentingan ini dan tidak mempunyai keinginan untuk ke sekolah.

Oleh itu, ibu bapa perlu mencari alternatif lain agar anak mahu ke sekolah. Selain usaha dari ibu bapa sendiri, anda juga boleh memohon bantuan daripada Allah SWT untuk melembutkan hati anak anda. Berikut merupakan doa yang anda boleh amalkan.

اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqih-hu fid diini wa ‘allimhut ta’wiila.

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kepahaman baginya dalam urusan agama, dan ajarkanlah dia ta’wil (ayat-ayat Al-Qur’an).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa lain yang anda boleh amalkan adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ فَرُدُّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي إِلَيْهِ، وَلاَ تَنْسَنِيهِ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Allahumma inni istaudi’uka maa allamtaniihi fardudhu ilayya ‘inda haajati ilahi walaa tansaniihi yaa robbal ‘aalamin

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku titipkan kepada-Mu apa yang telah Kau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya, dan janganlah Kau buat aku lupa padanya, wahai Tuhan yang memelihara alam.” Doa ini boleh dibacakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, anda juga boleh membaca doa ini:

اللَّهُمَّ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِي فَهْمًا، وَاجْعَلْنِي مِنَ الصَّالِحِيْنَ

Robbi zidni’ ilmaa, warzuqni fahma waj’alnii minash shoolihin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa ini bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rezeki akan kefahaman, dan jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang saleh.” Doa ini boleh dibacakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sebelum mereka memulakan pembelajaran.

Tips Menggalakkan Anak Pergi ke Sekolah

1. Konsisten

Ramai ibu bapa menarik anak mereka keluar dari kelas apabila mereka memberontak. Untuk ibu bapa, ini sepatutnya tidak dilakukan kerana ia mengajar anak anda untuk tidak menghadapi cabaran disamping menganggap pembelajaran itu penting.

Ibu bapa harus secara konsisten menghantar dan menjemput anak-anak mereka setiap hari. Latih anak anda terlebih dahulu supaya mereka tidak merasa takut atau risau. Apabila berpisah, jangan berlama-lama mengucapkan selamat tinggal dan beritahu anak bahawa anda akan menjemput mereka kemudian. Lakukan perkara yang sama secara konsisten setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Guru Harus Terlibat

Sebelum memulakan persekolahan mereka, pastikan anda memaklumkan kepada guru tentang kebiasaan anak anda agar mereka dapat menjangkakan apa yang boleh berlaku dengan anak anda. Beritahu guru tentang jadual ke tandas anak, warga kegemaran, aktivit yang disukainya dan paling penting, alahan anak. Semua perkara ini akan membantu anak anda berasa selesa ketika berada di sekolah.

3. Jangan Tinggalkan Anak Secara Tiba-Tiba

Anak-anak akan merasa lebih takut apabila ibu bapa mereka tiba-tiba menghilang. Apabila anda tiba di sekolah, jangan biarkan anak anda sibuk dengan anda dan mainannya. Bantu anak anda berkenalan dengan persekitaran sekolah dan rakan-rakannya. Ini akan membantu mengalihkan perhatiannya. Sebelum pergi, tidak ada salahnya mencium dan memeluk mereka sebagai isyarat bahawa mereka akan baik-baik saja.

4. Jangan Bandingkan Anak Dengan Orang Lain

Sebagai ibu bapa, jangan bandingkan anak anda dengan anak orang lain yang tidak menangis ketika ditinggalkan ibu bapa di sekolah. Hormati proses yang sedang dilalui oleh anak anda. Ini kerana setiap anak mempunyai kemampuan masing-masing.

Ia tidak salah jika anak anda menangis ketika kali pertama mereka memasuki sekolah. Ini adalah perubahan yang perlu mereka lalui dan selalunya proses ini boleh memakan masa sehingga tiga bulan.

5. Sediakan Barang Kegemaran Mereka

Ibu bapa boleh meletakkan barang kesukaan anak anda ke dalam beg seperti jaket atau barang lain. Jika barang tersebut tidak dibenarkan di sekolah, sediakan makanan kegemaran mereka. Ini membantu anak-anak untuk berasa lebih selesa kerana terdapat barang yang dikenali dari rumah. Cara ini biasanya akan membantu anak-anak untuk tidak menangis ketika ditinggalkan di sekolah.

Dengan mengamalkan doa-doa dan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan persekitaran yang positif disamping memberikan keyakinan kepada anak anda untuk memulakan perjalanan dalam pendidikan mereka. Ingat, kesabaran dan konsistensi adalah kunci bagi hal ini disamping memohon bantuan daripada Ilahi dengan mengamalkan doa untuk anak tidak mahu ke sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 20 Individu Dengan Autism Yang Terkenal & Berjaya Dalam Hidup, Tak Jadikan Gangguan Ini Penghalang

Baca juga: Senarai 402 Sekolah Masalah Disiplin Pelajar, Ibu Ayah Sila ‘Take Note’!

Baca juga: Tak Rugi Hantar Anak Ke Sekolah Agama, Cara Didik Anak Tentang Ajaran Islam

Penulis

Anis