Doa ibu adalah doa paling mustajab yang mudah diangkat oleh Allah. Jadi sebagai ibu, haruslah doakan yang baik-baik untuk anak. Selalu doa untuk anak jadi bijak.
Sebut yang baik-baik, doakan yang baik-baik untuk anak anda. Jika mereka buat sesuatu yang menimbulkan kemarahan anda, cuba untuk bertenang dulu dan diam.
Jangan keluarkan kata-kata ketika anda sedang marah kerana ia ibarat doa anda kepada anak. Gunakan kesempatan 10 malam terakhir Ramadan ini untuk doa anak supaya anak jadi bijak dan dipermudahkan hidupnya di dunia dan akhir.
Doa untuk anak bijak, ibu kena rajin
Jika nak sesuatu, kita perlu berusaha untuknya. Ia bukanlah tiba-tiba datang bergolek. Sama juga jika mahukan anak jadi bijak, ibu perlu rajin berdoa.
Malah bapa pula perlu rajin jalankan tanggungjawab dan memastikan rezeki yang dicari yang diberi kepada anak dan isteri adalah rezeki yang halal dan diberkati.
Jangan malas dan jangan berputus asa untuk berdoa kerana doa itu adalah senjata terbaik untuk orang Mukmin. Jadi teruskanlah berdoa dan jangan putus asa.
Kali ini kami kongsikan tips doa anak jadi bijak. Nak anak jadi bijak? Amalkan perkara ini.
Tips doa untuk anak jadi bijak, cerdik, dengar kata
a) Baca Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha ayat 1-5 (1 kali)
Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.
Atau baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Atau ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Tips untuk yang bakal bergelar ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat. Doakan kejayaan anak.
Rahsia pemakanan ilmuan Islam
Pemakanan dipercayai akan mempengaruhi perkembangan otak anak, jadi tidak salah ibu bapa untuk menjaga pemakanan anak mereka.
#1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
#2. Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
#3. Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
#4. Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat.
#5. Halia
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
#6. Buah delima
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Sumber: Genius al-Falah
Baca juga: Amalkan Doa Ini Elak Anak Terjebak Perkara Buruk, Baca Semasa Bersedekah