Doa seorang anak kepada ibu bapa adalah tanda penghargaan dan kasih sayang, memohon kesejahteraan, kesihatan, dan kebahagiaan untuk mereka yang telah membesarkan kita. Doa untuk ibu bapa dan keluarga tanda kita menyayangi mereka seikhlasnya.
Isi Kandungan
Kenapa Kena Doakan Ibu Bapa?
Kita perlu mendoakan ibu bapa kerana mereka telah berkorban banyak untuk membesarkan kita. Doa adalah cara untuk menghargai jasa mereka dan menguatkan hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Selain itu, doa anak yang soleh dapat menarik rahmat dan keberkatan dalam hidup ibu bapa, serta memohon kesihatan dan kesejahteraan untuk mereka. Doa untuk ibu bapa dan keluarga juga memberi pahala berterusan, terutama selepas mereka tiada, serta membantu menenangkan hati dan menjaga hubungan yang penuh hormat.
Bagaimana Jika Ibu Bapa Sudah Meninggal Dunia
Jika ibu bapa sudah meninggal dunia, kita masih boleh mendoakan mereka dengan memanjatkan doa, membaca Al-Quran, dan melakukan amal jariah atas nama mereka. Menghormati dan mengingati pengorbanan mereka juga merupakan cara untuk terus memberikan manfaat kepada mereka walaupun mereka telah tiada.
Cara Berdoa Yang Betul Untuk Ibu Bapa
Cara berdoa yang betul untuk ibu bapa termasuk niat yang ikhlas, memilih waktu mustajab, menyebut nama mereka dalam doa, bersyukur atas pengorbanan mereka, memohon keampunan, dan menutup doa dengan salawat ke atas Nabi Muhammad. Ini akan menjadikan doa lebih bermakna dan berkesan.
Doa Untuk Ibu Bapa Ampun Dosa & Selepas Solat
1. Doa Ampun Dosa & Kesejahteraan Ibu Bapa
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.
2. Doa Panjang Umur Ibu Bapa
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا. وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، َاْلاَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ، وَتَابِعْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ، رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Ertinya: “Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya itu sebagaimana beliau berdua merawatku ketika aku masih kecil, begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua orang yang beriman, laki-laki maupun perempuan yang masih hidup maupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah ampun dan belas kasihanilah karena Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Mu.”
3. Doa Kesembuhan Ibu Bapa
“Ya Allah, Rabb Manusia dan alam semesta, hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan, Engkau zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”
4. Doa Keimanan Kepada Ibu Bapa
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. – Surah Nuh 28
Kesimpulan
Kesimpulannya, berdoa untuk ibu bapa adalah amalan yang penting dan bermakna, yang menunjukkan rasa syukur dan penghargaan terhadap pengorbanan mereka. Dengan mengikuti cara berdoa yang betul, kita dapat memohon kebaikan, rahmat, dan ampunan untuk mereka, sekaligus mempererat hubungan kasih sayang walaupun mereka telah tiada.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat
Baca juga: 20 Doa Untuk Anak Setiap Hari, Amalkan Agar Anak Berjaya Dunia Dan Akhirat!
Baca juga: Doa Nabi Yunus/Zikir Nabi Yunus Ketika Ditimpa Kesusahan & Kesempitan, Amalkan Selalu Setiap Hari