Buat para isteri amalkan doa untuk suami bekerja ini walau di mana jua anda berada. Jika anda menghantar suami ke muka pintu bukan hanya lambaian saja, titipkan doa ini dalam hati untuk kesejahteraan suami pergi bekerja.
Isi Kandungan
Doa Untuk Suami Bekerja, InsyaAllah Sentiasa Dimurahkan Rezeki
Seperti dikongsikan seorang wanita, menjadi amalannya berdoa setiap hari untuk suaminya.
“Ya Allah, peliharalah suamiku pergi dan balik kerja, limpahkah rezeki buat kami seperti air zamzam, berikan kami rezeki yang berkat, jauhkanlah suamiku dari kemalangan, nasib malang, kecuaian dan kecelakaan.”
“Ya Allah, ya Rahman, ampunkanlah dosa kami, kedua ibubapa kami, kaum kerabat kami. Himpunkanlah kami di syurga firdaus-Mu.”
Doa Untuk Suami Berkaitan Rezeki
Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperolehi suamiku ini supaya membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa Untuk Suami Setia dan Mendapat Rahmat Allah
Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih. Jadikanlah aku dan suamiku berada di antara orang-orang yang memohon keampunan. Jadikanlah suamiku sebagai hambaMu yang soleh dan suami yang setia.
Doa Agar Suami Dilindungi
“Ya Allah, jagalah suamiku yang sedang menjemput rezekiMu. Berikan suamiku perlindungan serta keselamatan. Aamiin.”
Doa Memohon Kebaikan Untuk Suami
“Ya Allah berikanlah kebaikan kepada suamiku, di mana pun suamiku berada.”
Doa Untuk Suami Diberi Keselamatan Dunia Akhirat
“Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka dan ampunkanlah dosa-dosa kami.
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat
Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan
Baca juga: 15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)