Doktor Ini Berkongsi Tentang Hari Tersedih Buatnya

Setiap doktor yang kendali proses bersalin akan berdoa untuk merahmati ibu-ibu yang akan melahirkan anak ini. Tiada yang lebih sedih selain melihat seorang ibu berkorban...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari tersedih dalam hidup seorang doktor

Proses bersalin adalah perjuangan di antara hidup dan mati seorang ibu.

Proses ini juga disaksikan oleh para suami, doktor dan jururawat. Dan seringkali, momen ini adalah momen yang paling menggembirakan.

Tapi, ia tidak terkecuali menyedihkan.

Tanggungjawab seorang doktor dalam proses bersalin sungguh besar.

Ia bermula sedari saat kehamilan lagi dengan memastikan keselamatan si ibu dan bayi.

Seorang doktor di Pakistan telah berkongsi tentang hari tersedih buatnya. Dan perkongsiannya itu sungguh menyentuh hati. Mari kita lihat tafsiran perkongsiannya itu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian doktor ini tentang hari tersedih dalam hidupnya

****

"Sebagai seorang doktor, saya telah mengendalikan banyak proses bersalin dan setiap kali bersama mereka dalam bilik bersalin, saya berdoa Tuhan merahmati ibu-ibu ini.

Kesakitan yang mereka laluan semasa proses bersalin tidak dapat digambarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan ini belum lagi termasuk cabaran 9 bulan kehamilan. Mereka lalui semua ini, hanya untuk melahirkan nyawa baru ke dunia.

Dan hari ini, saya menangis, kerana kami kehilangan seorang ibu dalam proses bersalin.

Kami tidak pernah meminta sesuatu seperti ini terjadi. Mengapa kes wanita ini sungguh melukakan hati saya?

Sudah 14 tahun wanita ini mandul. Kami telah mencuba IVF dan pelbagai kaedah lain yang ada untuk membantunya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya Tuhan telah merahmati beliau. Dia hamil walaupun mempunyai ovarian cysts dan fibroid yang banyak.

Selepas 9 bulan, suaminya membawa beliau ke hospital. Saya sanggup tinggal semua benda demi untuk membantunya.

Selama 7 jam beliau kesakitan dalam bilik bersalin sebelum kami membuat keputusan untuk membedahnya.

Tapi...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami kehilangannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, sambil memeluk bayinya yang selamat, beliau tersenyum sambil berkata "Tuhan itu Maha Hebat".

Saya sungguh sedih.

Saya pergi menyampaikan berita tersebut pada suaminya, dan suaminya pengsan.

Hari yang indah bertukar gelap. Kami kehilangan satu nyawa untuk menyambut satu nyawa.

Seorang wanita dan ibu sungguh berharga

Tolonglah hormati wanita kerana mereka melalui saat kematian untuk bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hargai isteri anda! Hamil 9 bulan bukanlah satu jenaka, melahirkan adalah satu pengorbanan yang besar.

Saya berdoa kepada Tuhan untuk melindungi semua yang membaca perkongsian saya ini, terutamanya ibu hamil, letakkan mereka di dalam doa anda.

Wahai para suami, sekali lagi saya ulang, hargai isteri anda, kerana mereka benar-benar pemberi nyawa.

Semoga semua wanita hamil diberikan kekuatan dan dapat melahirkan anak dengan selamat. Jangan abaikan mesej ini, kongsikan kerana wanita di dalam hidup kita harus disanjung!"

****

Benar apa yang dikongsikan oleh doktor ini, proses bersalin ialah proses antara hidup dan mati.

Bagi mereka yang menganggap proses bersalin ini tiada apa-apa, berhenti dan fikir semula.

Wanita terutamanya ibu dan isteri anda, wajar mendapat penghargaan kerana pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Sayangilah mereka sebelum terlambat.

Sumber: twitter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah

Praeklampsia: Tanda, Risiko Dan Cara Pencegahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Risiko Penyakit Legionnaire Apabila Bersalin Dalam Air

 

Penulis

Aqma