X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah

12 Oct, 2017
Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah

Kuat dan tabah sungguh azam ibu terkecil di dunia ini. Beliau masih tetap ingin hamil walaupun berisiko mengalami jantung dan paru-paru yang pecah!

Ibu terkecil di dunia selamat bersalin

Dulu, azam wanita terkecil di dunia ini adalah untuk memiliki 3 cahaya mata walau betapa besar risiko yang ditanggungnya.

Malah, doktor juga tidak menggalakkan Stacey Herald, 35 tahun untuk hamil kerana ia boleh mengancam nyawa.

Namun, tiada apa yang mampu menyekat impian dan azam ibu terkecil ini. Kini, beliau memiliki 3 anak seperti yang diimpikannya.

Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah

Kredit: Gamelist

Beliau dipetik mengatakan –

“Saya tak rancang pun ingin ada sampai 3 anak. Tapi, saya tahu anak-anak ini adalah anugerah Tuhan yang paling tidak terhingga.

Selepas bersalin kali pertama, saya tahu saya ingin lebih banyak anak, saya ingin beri mereka kasih sayang, walaupun sukar untuk saya hamil.”

Ibu terkecil di dunia ini menghidap sejenis penyakit rare

Nampaknya keazaman ibu ini tidak sekecil saiz badannya. Puan Herald hanya memiliki ketinggian sebanyak 71 cm (bersamaan 2 kaki 4 inci) saja.

Beliau menderita sejenis penyakit rare bernama Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang dan paru-parunya terbantut lalu tidak berkembang dengan sepenuhnya.

Doktor menjelaskan jika Puan Herald hamil, dia boleh maut.

Advertisement

Ini kerana bayi yang membesar dalam rahim beliau akan membuatkan paru-paru dan jantungnya pecah!

Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah

Tapi ibu ini sungguh bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecelakaan seperti yang diramal oleh doktor. 

Akan tetapi, beliau kerap kali terlantar sakit di atas katil dan tak berupaya untuk mendukung anaknya (ketika hamil kali kedua).

Nasiblah si suami, Will Herald banyak membantu. Will bekerja sebagai seorang pelatih paderi dan mempunyai ketinggian normal iaitu 5 kaki 9 inci.

Melawan semua jangkaan buruk yang diberi padanya!

Pasangan ini bertemu pada tahun 2000 lalu ketika bekerja di sebuah pasaraya berhampiran rumah mereka.

Pada tahun 2004, mereka melangsungkan perkahwinan. Namun, doktor meminta agar Stacey tidak hamil.

“Patah hati saya apabila doktor kata saya tak boleh ada anak.

Selama ini, ibu bapa saya beritahu yang saya boleh melakukan apa saja, sama seperti orang normal lain.

Tapi sekarang, ada doktor yang mengatakan saya tak boleh ada keluarga. Saya sangat kecewa!”

Namun, 8 bulan kemudian, berita gembira merawat duka hati beliau. Puan Herald didapati hamil.

Akan tetapi, anak sulung mereka mewarisi penyakit rare yang sama seperti ibunya. Bayi itu bernama Kateri.

Namun, anak kedua Puan Herald normal dan sihat. Kini, anak ketiga mereka, seorang lelaki juga telah selamat dilahirkan. 

Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah

Kredit: Gamerlists

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

Malachi, anak lelaki tersebut dilahirkan dengan cara pembedahan caesarean secara menegak yang sangat rare. 

Malachi didapati menghidap hernia yang boleh mengancam nyawa dan terpaksa menjalani pembedahan pada minggu ke-4 selepas lahir.

Tapi semuanya sudah selamat kini. Walaupun mengharungi pelbagai cabaran, keluarga Herald telah berjaya mengharunginya dengan berani.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana yang mungkin menghadapi pelbagai cabaran ketika hamil.

Moga Tuhan sentiasa melindungi mereka dan anda sekeluarga.

Sumber rujukan: NTD.tv dan The Telegraph

Kredit gambar: NTD.tv

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-selamat-lahir-ibu-mati-54-hari/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ibu Terkecil Di Dunia Ini 3 Kali Hamil Walau Berisiko Jantung Dan Paru-Paru Pecah
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham