7 Doktor Pakar Sakit Puan Yang Popular Dan Bagus Di Malaysia

lead image

Bagi pasangan yang ada masalah kesuburan, di sini ada beberapa doktor pakar sakit puan/tuan yang boleh dirujuk untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan dan melahirkan zuriat atau untuk pemeriksaan kesihatan, di sini ada beberapa doktor pakar sakit puan yang boleh dirujuk untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Doktor pakar sakit puan #1 Dr Ang Chin Guan

Kepada pasangan yang bakal jadi ibu bapa dan ada bajet kewangan rendah, Doktor Ang Chin Guan sangat sesuai untuk anda kerana beliau mengenakan bayaran yang berpatutan terhadap setiap masalah yang dihadapi pesakit.

Doktor ini masih bekerja di Subang Jaya Medical Center.

Doktor pakar sakit puan #2 Dr Siti Zaleha

Dr Siti Zaleha juga rakan sejawatan Dr Ang Chin Guan di SJMC. 

Oleh kerana ketelitiannya dalam memberi cadangan dan rawatan, beliau mengambil masa sedikit lama untuk memberi khidmat nasihat bagi memastikan khidmat nasihatnya kepada pesakit telus dan tepat.

Pesakit yang hendak membuat ujian kehamilan dengan beliau mestilah berjumpa dengannya jika kandungan sudah memasuki 6 bulan. Untuk setiap khidmat rawatan hanyalah dikenakan bayaran sebanyak RM 80 sehingga Rm 150.

Doktor pakar sakit puan #3 Dr Mahes Sittapalam

Beliau brpengalaman dalam bidang sakit puan dan perbidanan sejak tahun 1999. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Hospital Johor Bahru sebelum berkhidmat selama 17 tahun di Damai Hospital yang terletak di Jalan Ipoh.

Doktor pakar sakit puan #4 Dr Chong Kuo Hsiang

Dr Chong Kuo Hsiang merupakan rakan sejawat Dr Mahes Sittapalam yang bekerja di hospital yang sama, iaitu Damai Hospital. Beliau sangat menggalakkan pesakit untuk bersalin secara normal.

Mempunyai isteri yang bekerja dan pakar dalam bidang pemakanan dan Nutrisi susu ibu juga menyebabkan beliau menyokong bakal ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu badan.

Doktor pakar sakit puan #5 Dr Jean Woo Lee See

Jean Woo Lee See

Dr Jean Woo Lee See dari Hospital Glenagles, Ampang adalah seorang doktor yang amat cekap dalam mengesan dan mendiagnos masalah yang dihadapi pesakit walaupun pesakit datang bertubi-tubi.

Tambahan pula, beliau adalah seorang yang berterus terang dalam menerangkan masalah yang dihadapi pesakit.

Sifat telus dapat memberikan maklumat adalah salah satu sebab mengapa beliau disukai dan disayangi pesakitnya. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan masalah kesuburan dan perbidanan.

#Doktor pakar sakit puan #6 Dr Lim Lei Jun

Image result for dr lim lei jun

Dr Lim Lei Jun bekerja di Sunway Medical Center dan Sunfert Fertility Center. Untuk pasangan terutamanya perempuan yamg selesa berdampingan dengan doktor perempuan, beliau adalah pilihan terbaik.

Beliau sangat berpengalaman dalam membantu pesakit yang mempunyai masalah kesuburan.

Walau bagaimanapun, beliau mengenakan bayaran sedikit mahal berbanding doktor yang lain. Tetapi ini amat berbaloi bagi pasangan yang menginginkan khidmat doktor pakar sakit puan/tuan yang terbaik. Beliau juga berpengalaman bekerja di hospital kerajaan berpuluh tahun.

Doktor pakar sakit puan #7 Dato Dr. Sivamohan N

Dato Dr. Siva adalah seorang Perunding Obstetrican & Ginekologi (sub khusus dalam sakit puan-Onkologi) di Hospital Pakar Damansara.

Selain daripada penglibatan beliau sekarang, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Perubatan / Consultant Obstetrian & Ginekologi (subspeciality dalam sakit puan-Onkologi) di KPJ Klang.

Beliau sangat peramah dan selalu menjelaskan keadaan pesakitnya dengan menyeluruh dan penuh kesabaran.