Kebiasaannya seseorang wanita akan melakukan temujanji dengan doctor pakar sakit puan apabila memerlukan rawatan yang melibatkan kesihatan wanita tetapi tahukah anda apa perbezaan antara pakar obstetrik dan ginekologi?
Buat pengetahuan anda, doctor pakar sakit puan atau ginekologi lebih khusus dalam rawatan perubatan wanita dan sistem pembiakan manakala pakar obstetrik memberi tumpuan kepada kesihatan ibu dan bayi.
Seorang wanita boleh memilih untuk berjumpa doktor yang dikenali sebagai OB / Gyn, yang merupakan singkatan dari doktor yang pakar dalam bidang obstetrik dan ginekologi.
Isi Kandungan
Perbezaan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi
1. Obstetrik
Seorang pakar obstetrik adalah seorang doktor yang pakar di dalam penjagaan wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Pakar ini dilatih untuk menguruskan satu variasi komplikasi berpotensi atau situasi yang boleh berlaku sewaktu hamil dan proses melahirkan termasuklah:
- Kehamilan ektopik: satu kehamilan di mana janin membesar di luar rahim
- Tekanan pada janin: tanda-tanda sebelum dan sewaktu melahirkan yang mungkin memberi signal bahawa janin mungkin tidak dalam keadaan baik
- Isu plasenta
- Te+kanan darah tinggi: selalunya pendahulu kepada pra-eklampsia
- Pembedahan cesarean
Seorang pakar obstetrik juga boleh memberi panduan kepada seorang ibu dengan selamat menerusi pengalaman sepenuhnya dari sejak hamil ke proses melahirkan ke selepas pantang. Servis lain yang ditawarkan oleh pakar obstetrik termasuklah:
- Rawatan kesuburan
- Langkah diagnostik janin
- Penjagaan NICU (ini juga boleh diuruskan oleh seorang pakar pediatrik)
2. Ginekologi
Pakar ginekologi fokus pada aspek bukan hamil akan kesihatan reproduktif seorang wanita. Kaum wanita selalunya mula bertemu dengan seorang ginekologi pabila mereka menjadi aktif dalam aktiviti seks atau pada permulaan akil baligh jika diperlukan. Wanita bertemu dengan ginekologi mereka sewaktu proses menopaus dan selanjutnya.
Ujian biasa ginekologikal adalah penting untuk kesihatan wanita. Ginekologi akan melakukan ujian biasa, seperti Ujian Pap, dan ujian pelvik. Mereka juga boleh dilihat untuk mendiagnosis dan/atau merawat akan variasi kondisi, termasuklah:
- Kanser ovari, uterus, servik, vagina atau tiub fallopian
- Prolaps: satu kondisi di mana organ pelvik terkeluar ke depan atau ke belakang badan, selalunya selepas menopaus pada wanita
- Jangkitan yis atau bakteria
- Hubungan seks yang menyakitkan
- Haid tidak teratur atau sakit ketika haid
- Penyakit berkenaan dengan menopaus yang lain
- Endometriosis: satu kondisi di mana tisu rahim membesar di luar rahim
- Servikal dan vaginal polyps
- Fibroids: Ketumbuhan yang kompak, yang tercipta di dalam rahim
- Cyst pada ovari
Tambahan lagi, seorang pakar ginekologi boleh melakukan langkah surgikal ke atas organ reproduktif. Antara proses yang paling biasa termasuklah:
- Histerektomi: Proses membuang rahim
- Ooforektomi: Membuang ovari
- Salpingektomi: Membuang tiub fallopian
- Pengikatan tiub: Surgeri mencegah kelahiran kekal
- Cone biopsy: Membuang sel awal kanser daripada servik selepas satu sesi ujian Pap
- Labiaplasti: Surgikal membentuk semula genitalia luaran
Ramai pelatih memilih untuk menggabungkan keistimewaan obstetrik dan ginekologi untuk menyediakan lebih penjagaan wanita yang komprehensif.
Tip Memilih Doctor Pakar Sakit Puan Yang Serasi
DoctorpPakar sakit puan memainkan peranan penting dalam kesihatan seorang wanita dan ibu hamil ya! Jadi sentiasa bertanyakan cadangan kepada kenalan dapat membantu anda mencari doctor pakar sakit puan yang sesuai.
Selain itu, pertimbangkan beberapa perkara seperti di bawah:
1. Disyorkan
Salah satu kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada doctor pakar sakit puan patut dilihat ialah jika orang yang anda percayai – seperti penyedia penjagaan primer anda, rakan wanita dan saudara pernah mengesyorkan doktor tersebut.
2. Kelayakan/Pengalaman
Semak bio doktor di laman web yang sama yang memberikan ulasan, dan juga di laman web praktik mereka.
3. Menerima insurans anda
Periksa dengan rancangan insurans anda sama ada mereka menerima pelan insurans anda.
4. Keselesaan
Ingat ya, ini adalah doktor yang akan melakukan ujian ginekologi dan yang akan menanyakan soalan yang sangat peribadi mengenai kesihatan seksual.
5. Berafiliasi dengan hospital yang anda percayai
Pastikan hospital yang dikendalikan oleh doktor anda mengekalkan standard kualiti tinggi.
Bilakah Waktunya Anda Patut Berjumpa Dengan Pakar Obstetrik atau Ginekologi?
1. Obstetrik
Jika anda merancang untuk hamil, anda boleh secara preemptive mencari panduan akan seorang pakar obstetrik untuk membantu dengan fasa pra-kehamilan.
Ini boleh jadi penting untuk wanita yang lebih usia 35 tahun, wanita yang pernah mengalami keguguran pada masa lalu, wanita dengan sejarah komplikasi kehamilan, dan wanita yang berada pada risiko komplikasi.
Jika anda mempunyai kondisi ini atau isu kesihatan lain, anda patut pertimbangkan untuk bertemu dengan pakar obstetrik sebelum anda hamil:
- Epilepsi
- Diabetes
- Asthma
- Tekanan darah tinggi
Untuk ramai wanita, panggilan pertama mereka dengan pakar obstetrik adalah dalam respon kepada simptom kehamilan. Jika anda mengalami tanda-tanda hamil, anda patut membuat jadual untuk bertemu dengan doktor. Tanda ini termasuklah:
- Haid terlepas
- Penat
- Keengganan kepada sesetengah jenis makanan
- Peningkatan sensitiviti bau
- Mual dan muntah
- Payudara membengkak dan lembut
- Kerap kencing
- Nafas pendek
- Perubahan fizikal seperti warna vagina atau servik yang melembut
2. Ginekologi
Sebahagian peranan seorang ginekologi adalah untuk menyediakan rutin pemeriksaan. Dalam cara ini, mereka memastikan yang pesakit mereka kekal sihat. Ketika rutin pemeriksaan mendedahkan satu masalah, ia boleh dirawat dengan segera.
Pesakit selalunya mula bertemu dengan pakar ginekologi setiap tahun pabila mereka berusia 13 ke 15 tahun. Anda patut menjadualkan temu janji khas untuk bertemu ginekologi jika anda mengalami ketidakselesaan atau simptom yang membimbangkan.
Ginekologi mungkin berjumpa dengan sesetengah pesakit lebih sekali dalam setahun jika mereka menyediakan penjagaan untuk menguruskan penyakit kronik dan/atau kondisi yang berterusan.
Selalunya, seorang pesakit akan meneruskan untuk bertemu dengan ginekologi yang sama untuk tahun demi tahun. Ini melahirkan satu hubungan yang dipercayai antara doktor dan pesakit.
19 Doctor Pakar Sakit Puan di Sekitar Lembah Klang
Di sini kami menyenaraikan 19 doctor pakar sakit puan yang berdaftar di Malaysia, khususnya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Dr. Noor Azmi b Mat Adenan
Pakar Ginekologi dan Obstetrik Terbaik Dalam Kontraseptif & Pembedahan Laparoskopik
|
Hubungi di sini |
Dr. Ng Hock Oon
Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
|
Hubungi di sini |
Dr Lim Boon Kiong
Pakar Obstetrik serta Ginekologi Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
|
Hubungi di sini |
Dr Aizura Syafinaz Ahmad Adlan
Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Perubatan Pembiakan & Ginekologi Invasif Minimum
|
Hubungi di sini |
Dr Adzlina Jaaffar
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Terbaik Dalam Pembedahan Invasif Minimum
|
Hubungi di sini |
Dr Zalina Bt Salleh
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Terbaik Dalam Ginekologi Umum
|
Hubungi di sini |
Dr Adilah Ahmat
Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam PeruKebatan Reproduktif
|
Hubungi di sini |
Dr Noor Shaheeran Bt Abdul Hayi
Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Terbaik Dalam Kesuburan
|
Hubungi di sini |
Dr. Thokha bin Muhammad
Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam IVF
|
Hubungi di sini |
Dr. Teresa Chow Wai Ping
Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Kelahiran Bayi Dalam Air
|
Hubungi di sini |
Dr. Ida Lilywaty Md Latar
Perunding Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Uroginekologi
|
Hubungi di sini |
Dato' Dr. Siti Zaliha Zainal
Perunding Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Ginekologi Umum
|
Hubungi di sini |
Dr. Afida Sohana Awang Soh
Perunding Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Pendidikan Kesihatan Wanita
|
Hubungi di sini |
Dr. Mohd Faizal Ahmad
Pakar Klinikal & Pensyarah Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Reproduktif Endokrinologi & Onkofertiliti
|
Hubungi di sini |
Dato Dr. Ang Chin Guan
Doktor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Subfertiliti
|
Hubungi di sini |
Datuk Dr. Mahes Sittapalam
Doktor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
|
Hubungi di sini |
Dr. Jean Woo Lee See
Doktor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
|
Hubungi di sini |
Dr. Lim Lei Jun
Doktor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
|
Hubungi di sini |
Dato Dr. Sivamohan N
Doktor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
|
Hubungi di sini |
Dr. Noor Azmi Mat Adenan
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Ginekologi dan Obstetrik Terbaik Dalam Kontraseptif & Pembedahan Laparoskopik
Kepakaran Prof Dr Noor Azmi Bin Mat Adenan dalam O&G diakui ketika dilantik sebagai Pengerusi Bersama dan Pengarah Saintifik untuk Seminar Gynae-Onkologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pada tahun 2008. Beliau pernah menjadi Penyelaras Program dan kemudian, sebagai Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.
Pengkhususan:
- Ginekologi (Onkologi)
- Obstetrik dan Ginekologi
- Subkepakaran : Kontraseptif & Pembedahan Laparoskopik
Tempat bertugas:
- Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Jalan SS 12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Kelayakan:
- BSc Medical Science (St Andrews Univ, Scotland ) 1984-1987 MBChB (Glasgow Univ, Scotland) 1987-1990
- NSR 126059 (Obstetrics & Gynaecology, June 2009), NSR 126059 (Gynae-Oncology, Feb 2013)
Pertuturan:
- English
- Bahasa Melayu
Dr. Ng Hock Oon
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
Dr. Paul Ng adalah Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan di Pusat Perubatan Tropicana dan Hospital Pantai dengan kepakaran dalam bidang ginekologi onkologi iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada kanser sistem pembiakan wanita, termasuk kanser ovari, kanser rahim, kanser faraj, kanser serviks dan kanser vulva.
Sebagai pakar, beliau mempunyai latihan yang meluas dalam diagnosis dan rawatan kanser ini.
Pengkhususan:
-
Obstetrik dan Ginekologi
- Subkepakaran : Ginekologi onkologi
Tempat bertugas:
- Pantai Hospital Kuala Lumpur, No. A427 & No. A428, 4th Floor, Block A, 8, Jalan Bukit Pantai 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-22960714 Ext. 2714
+603-22960715 Ext. 2715
Kelayakan:
- MBChB (Leicester)
- FRCOG (London)
- Fellowship in Gynaecological Oncology (S’pore)
Pertuturan:
- English
- Mandarin
- Bahasa Melayu
Dr. Lim Boon Kiong
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik serta Ginekologi Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
Prof. Madya Dr. Lim Boon Kiong dilatih di London dan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Perubatan (O&G) di Universiti Malaya pada tahun 1995. Karya-karyanya banyak diterbitkan dalam jurnal akademik dengan yang terbaru adalah International Journal of Gynecological Cancer and the European Jurnal Obstetrik dan Ginekologi dan Biologi Reproduktif.
Pengkhususan:
- Obstetrik dan Ginekologi
- Subkepakaran : Ginekologi onkologi
Tempat bertugas:
- UM Specialist Centre, UMSC Building, Lot 28, Lorong Universiti, Lembah Pantai,50603 Kuala Lumpur
Email:
- bklim@um.edu.my
Kelayakan:
- MBBS (University of Malaya, Malaysia) 1990
- MRCOG (Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, United Kingdom) 1996
Pertuturan:
- English
- Bahasa Melayu
Dr. Aizura Syafinaz Ahmad Adlan
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Perubatan Pembiakan & Ginekologi Invasif Minimum
Dr. Aizura Adlan pakar dalam operasi laparoskopi, prosedur pembiakan dan pemeliharaan kesuburan serta melakukan histeroskopi pejabat, ultrasonografi panggul dan program pemeriksaan kesihatan wanita secara umum.
Dr Aizura Adlan sering diundang untuk memberi kuliah dan membincangkan mengenai isu laparoskopi pada pertemuan ilmiah nasional dan antarabangsa.
Pengkhususan:
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : Perubatan reproduktif dan ginekologi invasif minimum
Tempat bertugas:
- UM Specialist Centre, UMSC Building, Lot 28, Lorong Universiti, Lembah Pantai,50603 Kuala Lumpur
Kelayakan:
- MOG (UM)
- MBBS (UM)
Pertuturan:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dr. Adzlina Jaaffar
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik dan Ginekologi Terbaik Dalam Pembedahan Invasif Minimum
Dr Adzlina Jaaffar bersemangat dalam mempromosikan amalan penyusuan susu ibu dan telah memberikan kaunseling untuk pesakit dan latihan tenaga perubatan. Dan mempunyai minat khusus dalam pembedahan invasif yang minimum dan dapat melakukan Histerektomi Laparoskopi Total, Cystektomi Ovari Laparoskopi, dan Myomektomi Laparoskopi.
Pengkhususan:
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : Pembedahan invasif minimum
Tempat bertugas:
- Specialist Clinic, 6th Floor, Block B (New Block), Gleanagles Hospital Kuala Lumpur
- 03-4141 3251 / 3252 / 3253
Kelayakan:
- MBCHB – University of Birmingham
- Masters – Universiti Sains Malaysia
Pertuturan:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dr. Zalina Bt Salleh
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik dan Ginekologi Terbaik Dalam Ginekologi Umum
Dr. Zalina adalah pakar dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan dia memulakan latihan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri berkuat kuasa pada Mei 2010. Beliau memperoleh Doktor Perubatan, MD (UKM) pada tahun 1989 dan Sarjana dalam bidang Obstetrik & Ginekologi MOG (UKM) pada tahun 2002 .
Pengkhususan:
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
Tempat bertugas:
- KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
Kelayakan:
- MD – UKM
Pertuturan:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dr. Adilah Ahmat
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Perubatan Reproduktif
Dr Adilah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah menamatkan perkhidmatan rumahnya di Hospital Seremban, Dr Adilah bertugas di banyak tempat termasuk Hospital Taiping, MCHC di Shah Alam, Hospital Kuala Lumpur, Hospital TAR Klang, dan HUKM.
Di HUKM, dia mengikuti latihan O&G Pascasiswazah dan berjaya memperoleh Sarjana dalam O&G pada tahun 2002.
Pengkhususan:
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : Perubatan reproduktif
Tempat bertugas:
- No. A432, Tingkat4, Blok A, 8, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Jalan Bukit Pantai 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
- +603-2296 0714 / 15 Ext. 2714/15
- +603-2298 9836 Ext. 8836
Kelayakan:
- MD – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- MOG – Universiti Kebangsaan Malaysia
- Fellowship in IVF (Germany)
Pertuturan:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dr. Noor Shaheeran Abdul Hayi
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Terbaik Dalam Kesuburan
Noor Shaheeran Abdul Hayi adalah Pakar Obstetrik dan Sakit Puan dab mempunyai pengalaman 12 tahun dalam bidang ini. Dia menamatkan MD – Obstetrik & Ginekologi dari USM pada tahun 2004, MRCOG dari Royal College Of Obstetricians And Gynecologists, London, UK pada tahun 2011 dan MBBS.
Pengkhususan:
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : Kesuburan
Tempat bertugas:
-
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, East Wing-Level 3, Suite No.4
-
03-42895000 ext 3397
Kelayakan:
- MD – Obstetrik & Ginekologi – USM, 2004
- MRCOG – Royal College Of Obstetricians And Gynecologists, London, Uk, 2011
- MBBS
Pertuturan:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dr. Thokha bin Muhammad
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam IVF
Sering menjadi pilihan pasangan suami isteri seluruh Malaysia yang mahu menjalani prosedur In-Vitro Fertilization (IVF) meskipun kliniknya terletak di Johor, Dr Thokha juga sering berkongsi video-video kejutan di Instagram miliknya yang menyentuh hati yang dilakukan terhadap beberapa pasangan suami isteri yang berjaya dalam prosedur IVF walaupun ada yang hampir berbelas tahun menunggu kehadiran cahaya mata.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : IVF
Tempat Bertugas :
- Ground Floor, Clinic C1, Regency Specialist Hospital
1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia - 0126176914/073886269
Kelayakan :
- Doctor of Medicine (University Kebangsaan Malaysia, Malaysia)
- Master of Medicine (Obstetrics & Gynaecology) (University Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia)
- National Specialist Register (Obstetrics And Gynaecology (O & G))
Pertuturan :
- Bahasa Inggeri
- Bahasa Melayu
- Bahasa Indonesia
Dr. Teresa Chow Wai Ping
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Kelahiran Bayi Dalam Air
Berpengalaman lebih 29 tahun dalam bidang perubatan, beliau adalah pakar dalam proses melahirkan anak dalam air, iaitu bakal ibu yang berada dalam tahap akhir kontraksi kehamilan perlu berendam dalam air untuk kelahiran normal yang dilakukan di dalam air.
Dr. Chow juga pakar dalam rawatan feto-maternal iaitu untuk pesakit yang mengalami kehamilan yang berisiko tinggi. Sebagai seorang pakar dalam dua bidang ini, Dr. Teresa adalah seorang yang sangat penyabar dan selalunya sangat tenang.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : Feto-maternal
Tempat Bertugas :
- Suite 606, 6th Floor, Medical Consultation Suites Block, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
- 03-4141 3265 03-4253 4460 03-4253 4461
Kelayakan :
- M.B.,Ch.B.(Liverpool)
- M.R.C.O.G.(UK)
- RCOG/RCR Joint Diploma in Advanced Obstetric Ultrasound(UK), Doct.Med(Mal).
Pertuturan :
- Bahasa Inggeris
- Mandarin
- Kantonis
- Hakka
Dr. Ida Lilywaty Md Latar
Doctor Pakar Sakit Puan: Perunding Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Uroginekologi
Sering menulis artikel-artikel berkenaan dengan masalah hamil dan wanita di surat khabar, Dr. Ida juga berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang subkepakarannya iaitu Uroginekologi atau masalah lantai pelvis termasuk prolaps organ pelvis dan inkontinensia kencing dalam kalangan wanita.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Subkepakaran : Uroginekologi
Tempat Bertugas :
- Pantai Hospital Cheras, Level 4, Suite 9, No. 1 Jalan 1/96A, Taman Cheras Makmur 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
- 03-9145 2983
-
Pantai Hospital Ampang, Jalan Perubatan 1, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
-
03-42892828
Kelayakan :
- MBBS (Malaya), MObGyn (UM)
Pertuturan :
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
Dato’ Dr. Siti Zaliha Zainal
Doctor Pakar Sakit Puan: Perunding Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Ginekologi Umum
Dato’ Dr. Siti Zaliha Zainal sangat popular dalam kalangan bakal ibu. Ramai daripada mereka lebih mempercayai beliau untuk menjadi doktor mereka kerana beliau sangat profesional dalam kerjanya dan berpengalaman luas.
Beliau dikenali dengan sikapnya yang penyayang dan seorang yang akan memberi penjelasan terperinci. Dato Dr. Siti mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya kepadanya. Disebabkan beliau sangat popular, untuk mendapatkan temu janji dengannya agak susah dan biasanya penuh untuk 2 hingga 3 bulan berikutnya.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
Tempat Bertugas :
-
Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Jalan SS 12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
-
03-56391212
Kelayakan :
- MBBS, University of Malaya, Malaysia, 1977
- Training on Basic and Advanced Operative Gynaecological Endoscopy, Bangalore, India, , 1999
- Registrar, in Obstetrics and Gynaecology , University Hospital Kuala Lumpur, 1979 – 85
- Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, United Kingdom, MRCOG (UK) 1984Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, United Kingdom, FRCOG (UK) 2003
Pertuturan :
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
Dr. Afida Sohana Awang Soh
Doctor Pakar Sakit Puan: Perunding Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Pendidikan Kesihatan Wanita
Minatnya yang begitu mendalam terhadap pendidikan kesihatan wanita, menjadikan beliau salah seorang kurator aktif di @MedtweetMy iaitu portal rasmi gabungan para doktor dan petugas kesihatan di Twitter yang berkongsi info-info kesihatan semasa & menjawab soalan-soalan berkaitan kesihatan.
Pernah bertugas di New Zealand selama 14 tahun dan kembali ke Malaysia 3 tahun yang lalu, beliau berusaha untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada wanita untuk belajar tentang tubuh mereka dan meletakkan diri mereka yang terbaik setiap hari.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
Tempat Bertugas :
- Senior O&G Registrar
-
Hospital Umra Shah Alam
Kelayakan :
- MBChB (Otago), PGDipObs (OTAGO)
Pertuturan :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dr. Mohd Faizal Ahmad
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Klinikal & Pensyarah Obstetrik & Ginekologi Terbaik Dalam Reproduktif Endokrinologi & Onkofertiliti
Dr Mohd Faizal Bin Ahmad adalah pakar klinikal dan pensyarah Pakar Obstetrik & Ginekologi di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM), yang mengkhusus dalam Reproduktif Endokrinologi & Oncofertility.
Beliau kini bertugas sebagai salah seorang pakar pembiakan di Pusat Reproduktif Lanjutan (ARC) HCTM UKM. Turut mempunyai minat tertentu dalam endometriosis. Selain perubatan pembiakan, beliau juga meminati bidang onkofertilitas.
Juga merupakan salah seorang kurator di @MedTweetMy, beliau aktif menyebarkan ilmu-ilmu mengenai pembiakan dan kesuburan suami isteri kepada umum.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi
- Subkepakaran : Reproduktif endokrinologi & onkofertiliti
Tempat Bertugas :
- Pakar klinikal dan pensyarah Pakar Obstetrik & Ginekologi
-
Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM)
- 012-2152401
Kelayakan :
- MD (Universiti Putra Malaysia, Malaysia) 2008
- DrObGyn (Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia) 2016
Pertuturan :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Dato Dr. Ang Chin Guan
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Subfertiliti
Kepada pasangan yang bakal jadi ibu bapa dan ada bajet kewangan rendah, Doktor Ang Chin Guan sangat sesuai untuk anda kerana beliau mengenakan bayaran yang berpatutan terhadap setiap masalah yang dihadapi pesakit.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi
- Subkepakaran : Subfertiliti
Tempat Bertugas :
- Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Jalan SS 12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
- +603 5639 1212
Kelayakan :
- MBBS, University of New South Wales, Australia, 1990
Pertuturan :
- Tidak dinyatakan
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
Beliau brpengalaman dalam bidang sakit puan dan perbidanan sejak tahun 1999. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Hospital Johor Bahru sebelum berkhidmat selama 17 tahun di Damai Hospital yang terletak di Jalan Ipoh.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi
Tempat Bertugas :
- Damai Service Hospital
- +603-4043 4900
Kelayakan :
- AM (Mal) MBBS FRCOG (Lond) Cert in Asst. Rep. (Aus)
Pertuturan :
- Tidak dinyatakan
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
Dr Jean Woo Lee See dari Hospital Glenagles, Ampang adalah seorang doktor yang amat cekap dalam mengesan dan mendiagnos masalah yang dihadapi pesakit walaupun pesakit datang bertubi-tubi.
Tambahan pula, beliau adalah seorang yang berterus terang dalam menerangkan masalah yang dihadapi pesakit. Sifat telus dapat memberikan maklumat adalah salah satu sebab mengapa beliau disukai dan disayangi pesakitnya. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan masalah kesuburan dan perbidanan.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi
Tempat Bertugas :
-
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Suite 217, 2nd Floor, Medical Consultation Suites Block
Kelayakan :
- MBBS (Melb), MRCOG (London, United Kingdom), FRCOG
Pertuturan :
- Inggeris
- Bahasa Malaysia
- Kantonis
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
Dr. Lim Lei Jun bekerja di Sunway Medical Center dan Sunfert Fertility Center. Untuk pasangan terutamanya perempuan yamg selesa berdampingan dengan doktor perempuan, beliau adalah pilihan terbaik.
Beliau sangat berpengalaman dalam membantu pesakit yang mempunyai masalah kesuburan.
Walau bagaimanapun, beliau mengenakan bayaran sedikit mahal berbanding doktor yang lain. Tetapi ini amat berbaloi bagi pasangan yang menginginkan khidmat doktor pakar sakit puan/tuan yang terbaik. Beliau juga berpengalaman bekerja di hospital kerajaan berpuluh tahun.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi
Tempat Bertugas :
- Sunway Medical Centre, B-2-20, 2nd Floor, Tower B
- 603-7491 9191 (Ext. 16550/16549)
Kelayakan :
- MBBS (Manipal), MRCOG (UK)
Pertuturan :
- Inggeris
- Bahasa Malaysia
- Mandarin
Doctor Pakar Sakit Puan: Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan Terbaik Dalam Ginekologi Onkologi
Dato Dr. Sivamohan N adalah seorang Perunding Obstetrican & Ginekologi (sub khusus dalam sakit puan-Onkologi) di Hospital Pakar Damansara. Selain daripada penglibatan beliau sekarang, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Perubatan / Consultant Obstetrian & Ginekologi (subspeciality dalam sakit puan-Onkologi) di KPJ Klang. Beliau sangat peramah dan selalu menjelaskan keadaan pesakitnya dengan menyeluruh dan penuh kesabaran.
Pengkhususan :
- Obstetrik & Ginekologi
Tempat Bertugas :
-
KPJ Damansara Specialist Hospital, G-05
-
603-7718 1000 ext 1180
Kelayakan :
- MBBS, MRCOG, FICS, AMM, FRCOG, MSC (HEALTH CARE MANAGEMENT), FAMM
Pertuturan :
- Tidak dinyatakan
Perbandingan Kepakaran Khusus Doctor Pakar Sakit Puan di Sekitar Lembah Klang
Nama | Kepakaran Khusus | Hospital |
Dr. Noor Azmi Mat Adenan | Kontraseptif & pembedahan laparoskopik | SJMC |
Dr. Ng Hock Oon | Ginekologi onkologi | Pantai Hospital Kuala Lumpur |
Dr. Lim Boon Kiong | Ginekologi onkologi | PPUM |
Dr. Aizura Syafinaz Ahmad Adlan | Perubatan reproduktif dan ginekologi invasif minimum | PPUM |
Dr. Adzlina Jaaffar | Pembedahan invasif minimum | Gleneagles Hospital Kuala Lumpur |
Dr. Zalina Bt Salleh | Ginekologi umum |
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital |
Dr. Adilah Ahmat | Perubatan reproduktif | Pantai Hospital Kuala Lumpur |
Dr. Noor Shaheeran Abdul Hayi | Kesuburuan | KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital |
Dr. Thokha bin Muhammad | IVF | Regency Specialist Hospital |
Dr. Teresa Chow Wai Ping | Feto-maternal | Gleneagles Hospital Kuala Lumpur |
Dr. Ida Lilywaty Md Latar | Uroginekologi | Pantai Hospital Cheras |
Dato’ Dr. Siti Zaliha Zainal | Ginekologi umum | SJMC |
Dr. Afida Sohana Awang Soh |
Pendidikan Kesihatan Wanita |
Hospital Umra |
Dr. Mohd Faizal Ahmad | Reproduktif endokrinologi & onkofertilit | HCTM UKM |
Dato Dr. Ang Chin Guan | Subfertiliti | SJMC |
Datuk Dr. Mahes Sittapalam | Obstetrik & Ginekologi | Damai Service Hospital |
Dr. Jean Woo Lee See | Obstetrik & Ginekologi | Gleneagles Hospital Kuala Lumpur |
Dr. Lim Lei Jun | Obstetrik & Ginekologi | Sunway Medical Centre |
Dato Dr. Sivamohan N | Obstetrik & Ginekologi | KPJ Damansara Specialist Hospital |
10 Sebab Penting Untuk Anda Temui OB/GYN Doctor Pakar Sakit Puan
Untuk ramai wanita, membuat satu temu janji dengan seorang pakar obstetrik atau ginekologi boleh jadi menakutkan, dan sesetengah akan mengelak untuk bertemu dengan pakar. Hakikatnya, melawat OB/GYN adalah penting untuk semua wanita.
Di sini kami kongsikan beberapa sebab penting untuk seorang wanita bertemu dengan OB/GYN:
1. Kesihatan fizikal menyeluruh
Pakar mengesyorkan wanita untuk membuat lawatan dengan OB/GYN kerana jika sesuatu yang separa serius menjadi serius berlaku di dalam tubuh anda dan anda tidak tahu tentangnya, satu pemeriksaan dengan seorang OB/GYN boleh membuatkan satu perbezaan.
2. Lawatan berkaitan dengan hamil
Pakar Obstetrik, atau penyambut bayi, adalah sebahagian penting kepada mana-mana kehamilan.
3. Haid tidak teratur
Jika seorang wanita mempunyai kebimbangan tentang kitaran haid, ia penting untuk anda membuat temu janji dengan OB/GYN dengan segera. Jika masalah itu dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah reproduktif di kemudian hari.
Jika haid anda terhenti, menjadi tidak teratur, habis lebih lama atau anda mengalami satu perubahan di dalam peredaran darah, seorang wanita perlu memberitahu OB/GYN mereka dengan segera dan dalam perincian.
4. Pemeriksaan payudara
Ujian pemeriksaan payudara adalah yang paling biasa disyorkan kepada wanita lebih 40 tahun, biarpun, jika satu sejarah akan kanser payudara ada di dalam keluarga, jadi pemeriksaan lebih awal diperlukan.
5. Pemeriksaan Pelvik
Wanita berusia 21 tahun dan ke atas perlukan melakukan ujian pemeriksaan pelvik tahunan. Ia bukanlah satu temu janji yang disukai oleh setiap wanita, tetapi ujian pelvik adalah amat diperlukan untuk kesihatan wanita secara menyeluruh.
6. Pap Smear
Untuk kekal bebas daripada kanser atau kondisi kesihatan yang lain, satu ujian pap smear adalah penting untuk setiap beberapa tahun. Wanita berusia 21 tahun dan ke atas perlu melakukan lawatan kerap untuk proses yang mudah dan cepat ini, sama penting seperti ujian payudara.
7. Kawal kelahiran
Tatkala seorang wanita menjadi aktif dalam seks dan tidak bersedia untuk hamil, dia perlu melakukan lawatan dengan pakar untuk kawalan kehamilan dan nasihat untuk perancang kehamilan.
8. Perubahan di dalam cecair yang dikeluarkan vagina
Seperti mana yang disebutkan di atas, pengeluaran cecair vagina adalah sesuatu yang yang perlu diperhatikan jika anda seorang wanita.
Jika wanita mencari solusi kepada masalah itu tanpa mendapatkan pertolongan daripada OB/GYN, masalah itu akan dengan pantas menjadi teruk, jadi ia penting untuk membuat temu jadi.
9. Darah di dalam urin
Ketika pergi ke bilik air, jika anda merasakan kesakitan ketika membuang air, atau kelihatan darah, satu lawatan ke OB/GYN adalah penting untuk mengenal pastik jika ada sebarang kerisauan pada kesihatan.
Selalunya darah di dalam urin tidak menaikan mana-mana bendera merah secara segera tetapi ia berterusan meningkatkan masalah itu sehingga perlu melakukan diagnos untuk bertemu jika rawatan diperlukan.
10. Kesakitan ketika seks
Semua orang mempunyai tahap toleransi pada kesakitan yang berbeza, tetapi seorang wanita adalah selalunya mengambil pil tahan sakit untuk kekejangan, atau ketika seks menjadi tersangat sakit, doctor pakar sakit puan dapat bantu.
Namun ia tidaklah baik untuk kesihatan pabila anda hidup bersandarkan pada ibuprofen setiap tahun, ia boleh merosakan hati pesakit tersebut dan boleh jadi satu masalah ketika seks ia merasakan kesakitan.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 23 Tip Kesihatan Buat Wanita Dari Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat
Baca juga: 3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak-kanak yang terkenal di Malaysia
Baca juga: Senarai Pakar Sakit Puan (Ginekologis) Yang Disarankan Di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor