Sejak kebelakangan ini, buah donut peach semakin tular di laman sosial terutamanya di laman TikTok selepas ramai influencer membuat review mencubanya.
Pantang ada makanan sedap yang dikongsikan mereaka, pasti menjadi trending di media sosial.
Buah pic donat yang dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach merupakan salah satu jenis buah pic yang wujud dan berbentuk oblate.
Donut peach mempunyai bentuk yang lebih rata daripada jenis buah pic yang lain. Kulitnya berwarna kuning dan merah manakala, bahagian dalam buah ini kelihatan putih.
Buah ini mula menjadi bualan dalam kalangan warganet kerana bentuk dan sifatnya yang agak unik. Orang ramai dilihat mula menyerbu pasaraya terdekat mereka untuk mendapatkan buah tersebut.
Namun tahukah anda, donut peach mempunyai pelbagai khasiat semula jadi. Jom kenali khasiat buat ini menerusi penjelasan daripada Dr. Rizal Abu Bakar dalam sebuah perkongsian.
Paling padu, donut peach lebih wangi, lebih manis, lebih juicy. Dan lebih rendah acidity berbanding peach biasa.
Padat vitamin A, C, potassium dan fiber. Selain tinggi beta-carotene, zat besi, lutein, zeaxanthin dan beta-cryptoxanthin.
- Nak elak risiko kanser payudara, kanser kolorektal
- Nak baiki tekstur kulit
- Nak kulit auto glowing cantik
- Nak kurangkan hair loss
- Nak seimbangkan tekanan darah
- Nak kempiskan perut
- Nak boost kesihatan jantung
- Nak baik pulih penglihatan
Maka, bolehlah amal makan donut peach.
Untuk ibu hamil, lagi elok amal. Selain legakan sembelit dan cegah kontraksi pramatang.
Donut peach ni ada pada akhir musim panas saja. Beli dekat Jaya Grocer harga RM24.90 untuk 500g. Boleh buat ghaso ghaso sekali setahun. Cubalah!
Tips Pilih Buah Yang Manis
Jika anda ingin mencubanya, bolehlah ikuti tips ini sebelum membeli buah peach.
1. Pilih buah yang sudah berwarna merah baldu. Rasanya akan lebih manis dan extra juicy!
2. Jika membeli buah yang belum merah, anda perlu peram terlebih dahulu selama dua atau tiga hari sehingga warna bertukar lebih gelap.
3. Apabila sudah masak sepenuhnya, buah peach akan mengeluarkan haruman wangi.
4. Kebanyakan peniaga akan jual yang belum masak sepenuhnya kerana buah diimport dari pelbagai negara.
Anda boleh juga menikmati buah pic yang separuh masak kerana tekstur rasanya lebih rangup tetapi sedikit masam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Selain Bantu Tingkatkan Hb, Ini 7 Khasiat Buah Naga Untuk Ibu Hamil!
Baca juga : Khasiat Buah Manggis Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Buatkan Wajah Awet Muda
Baca juga : Air Rebusan Daun Durian Belanda Mujarab Membantu Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan