Sejak munculnya kes jangkitan penyakit Covid-19 atau sebelum ini dikenali corona virus atau virus wuhan di negara China, Malaysia telah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi
membendung wabak ini kerana kini sudah ada kematian dicatatkan di Malaysia.
Apatah lagi, pemantauan yang lebih rapi telah dibuat dari semasa ke semasa dan pelbagai pihak turut melakukan usaha yang terbaik bagi mencegah penularan wabak coronavirus ini di Malaysia.
Setakat semalam, jumlah kes keseluruhan yang dilaporkan sebanyak 2626 kes sementara pesakit sudah sembuh seramai 479 serta 37 kematian dicatatkan.
Disebabkan kerajaan ingin membendung wabak ini dari terus meruncing dalam negara, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 16 Mac yang lalu sehingga 14
April 2020.
Selain daripada pesakit covid-19 yang sedang berjuang melawan penyakit berjangkit itu, namun kita tidak lupa jasa barisan hadapan kita seperti doktor, jururawat, staf perubatan, polis, askar dan lain-lain yang sanggup
melupakan seketika istilah ‘cuti’ demi memberi perkhidmatan dalam merawat pesakit covid-19.
Dato Dr’ Sheikh Muszaphar Shukor kasihan lihat perjuangan isteri, Dr Halina
Sebut saja namanya, tentu ramai yang kenal dengan sisi dan rupa manis isteri kepada Dato Dr’ Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr Halina.
Apatah lagi,sejak hari pertama menerima pesakit coronavirus, isteri Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr Halina Mohd Yunos sudah mula menjalankan kerja penyaringan ke atas pesakit covid-19 di hospital.
Lebih membimbangkan, barisan hadapan seperti doktor ini merupakan individu yang paling terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 yang boleh dijangkiti daripada pesakit.
Oleh sebab itu, Angkasawan Negara ini cemas bila melihat kondisi isterinya yang secara tiba-tiba mengalami simptom batuk dan sakit tekak.
Dr Halina tunjuk simptom batuk dan sakit tekak
Lantas Dr Sheikh Muszaphar berkongsi di laman Instagram miliknya di mana sebaik sahaja pulang dari hospital, isterinya mula menunjukkan simptom sakit tekak dan batuk.
Kemudian, selepas mengambil ujian swab Covid-19, Dr Halina dikuarantin sendiri di rumah.
Sementara menunggu keputusan keluar, Dr Halina akan bersendirian dalam bilik di rumah mereka.
” Tentunya sebagai suami, saya sedih melihat keadaan isteri yang terpaksa duduk jauh daripada anak-anak. Memang tak boleh dibayangkan bagaimana dia mengharungi ujian 8 jam itu.
” Teringat semasa dia menghubungi saya dari hospital, dia tidak tahu kemana harus dituju kerana tidak mahu virus itu menjangkiti saya dan anak-anak.
” Walaupun keadaannya tengah sakit, dia masih risau dengan orang lain terutama saya dan anak-anak, ” katanya.
Terus bekerja walaupun sakit
Terdahulu, pasangan suami isteri ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki yang merupakan adik beradik kembar.
Akhirnya, Dr Halina mendapat keputusan dari hasil swab yang dilakukan di mana beliau negatif Covid-19 dan bersyukur dengan keputusan itu.
Dr Sheikh turut berkongsi, walaupun sedang dalam kesakitan, namun isterinya yang juga doktor itu tidak mengalah malah terus tekad untuk pergi kerja.
“Itulah Dr Halina. Bukan disebabkan dia isteri saya tetapi dia juga seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain. Malah sedia berkorban demi merawat pesakit. Walaupun tahu besar risikonya.
Justeru, diharap semua fronliner khususnya kepada doktor dan jururawat agar terus tabah dan berani dalam menjalankan tugas setiap hari.
Doa kami sentiasa ada untuk kalian.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar FanClub
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Teknik Keibubapaan Yang Menarik Untuk Ibu Ayah Cuba