"Diuji Belum Ada Rezeki - Berdosa Ke Saya Terasa Dengan Soalan "Bila Nak Ada Anak"?"

Ramai pasangan yang menghadapi dugaan tiada zuriat lagi. Namun, soalan "bila nak ada anak" selalu dilemparkan pada mereka. Berdosa ke jika mereka terasa?

Orang ramai selalu bertanya soalan “bila nak mengandung” atau “bila perut nak ada isi” pada mana-mana pasangan yang masih tiada anak. Namun, kita sendiri tak tahu dugaan tiada zuriat yang dihadapi pasangan tersebut. 

Tidakkah soalan “bila nak ada anak” itu akan mengguris hati dan perasaan mereka? Kepada anda yang selalu bertanya soalan ini, kalian pasti akan berhenti tanya soalan yang sama selepas membaca kisah ini.

Mari kita hayatinya…

Dugaan tiada zuriat

Kredit : Portugal resident.com

Saya berumur 20 tahun dan sudah berkahwin. Kami memutuskan untuk mempunyai anak dan bermulalah perancangan ke arah itu.

Hampir setiap bulan kami mencuba. Tapi tetap gagal. Namun, kami tidak patah semangat kerana dari sumber bacaan, saya menemui pasangan suami isteri mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk berjaya hamil

Hampir setahun kami mencuba, namun keputusan tetap sama. Tiada dua garis yang ditemui pada alat ujian kehamilan itu. Hampa rasanya…

Setelah itu kami menemui pakar kesuburan dan doktor mendapati ia berpunca dari saya sendiri

Dugaan tiada zuriat – Kami sentiasa cuba dan rancang untuk miliki anak 

Kredit : Alo Dokter

Pelbagai cara sudah dibuat tapi tetap gagal. 

IUI. Gagal. IVF gagal, gagal dan gagal! Dua tahun kemudian, masih tiada tanda-tanda positif hamil. 

Sekarang, saya buntu dan hilang harapan untuk memiliki anak sendiri. 

Kami memulakan kaedah alternatif lain seperti yang dicadangkan doktor iaitu naturopathy dan akupuntur bagi membersihkan sistem ovari saya. Kemudian, kami kembali melakukan proses laparoskopi bagi memeriksa sistem pembiakan

Proses laparoskopi mendapati saya ada pertumbuhan ovari atau endometriosis yang menjejaskan kualiti telur. 

Dalam tempoh tersebut, saya menjalani penuh kesukaran dengan padangan masyarakat dan masalah kewangan kerana kos IVF yang menelan belanja yang mahal.

Kemudian saya lihat blastocyct bayi dipindahkan ke dalam rahim saya dan dapat tahu ia tidak dapat bertahan lama. Betapa luluh hati ini. 

Bila nak ada rezeki anak? Persoalan berduri yang anda TAK PATUT tanya pada seorang wanita 

Kredit : Tribunnews

Selama dua tahun ini, tiada siapa yang tahu kami cuba untuk mendapatkan zuriat. Namun, soalan menjengkelkan “bila nak ada anak” tetap ditanya. 

Bila orang tanya, saya jawab dengan ketawa atau jenaka. 

Namun, apabila orang tetap bertanya soalan ini, ia membuatkan saya emosi dan sedih. Bagaimanakah saya nak menjawab soalan ini? 

Kepada anda yang suka mendesak wanita jawab soalan tersebut, saya perlu memberitahu ini: BERHENTILAH! 

Mungkin wanita itu sebenarnya belum bersedia untuk mempunyai anak atau tidak pernah memikirkannya. 

Mungkin dia berfikir untuk memberi tumpuan bagi membina kerjayanya selama beberapa tahun lagi. 

Mungkin dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk sara kehidupan anaknya nanti atau mungkin dia tidak mahu hamil kerana dunia ini sudah banyak tercemar dek perkara negatif. 

Adakah anda yang suka bertanya itu pernah berfikir? 

***************************************************************

Persoalan itu sungguh menyakitkan terutama bagi wanita yang sedang berjuang untuk hamil

Anda perlu tahu, apabila bertanyakan soalan itu, tentunya dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab kerana hidupnya seolaholah kosong tanpa zuriat. Bukannya dia tidak berusaha, tapi rezeki masih belum tiba.

Siapa kita untuk menyoal rezeki yang dianugerahkan pada kita?

Jadi anda di luar sana tak kira sahabat baik, saudara, ibu mentua, kakak ipar mahupun keluarga sendiri, sila fikir dua kali untuk bertanyakan soalan ini. 

Memutuskan untuk mempunyai bayi adalah keputusan yang sangat peribadi dan tidak sepatutnya menjadi perhatian kepada orang lain. 

Ingat, anda hanya melihat tapi tidak tahu ceritanya. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar : Your Health Matters 

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrezeki-anak-ada-atau-tiada/