Eczema flare kerap menyerang pesakit-pesakit menjelang raya atas banyak faktor. Tapi alangkah baiknya kalau eczema flare ini dapat dikurangkan sedikit menjelang raya ini. Barulah seronok kan nak beraya.
Tidak kiralah sama ada anda atau anak anda yang menghidapi simptom ini, jom baca dan ikuti perkongsian daripada Dr Lyana Kamal mengenai tips terbaik untuk kurangkan eczema flare.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Eczema flare dan tips-tips untuk anda cuba
Eczema flare dan tips-tips untuk anda cuba
#1. Pakai pelembab dengan kerap
Anda wajib pakaikan pelembab pada badan anda atau anak anda pada tempat yang mudah mendapat eczema. Sekurang-kurangnya pakailah 3 kali sehari.
Untuk mudahkan anda bawa pelembab ke mana-mana, anda boleh bawa pelembab dalam bekas kecil. Tak ada lah nanti berat bag tu disebabkan pelembab sahaja.
#2. Bawa bersama krim steroid
Krim steroid sangat membantu dalam mengurangkan kemerahan atau kegatalan. Jika anda lihat badan anda seperti sudah tergaru-garu, naik gatal-gatal.
Cepat-cepatlah sapu krim steroid ini. Bawa bersama sebagai satu alat simpan kecemasan. Dan ingat, pastikan anda sendiri ingat krim steroid ini untuk apa, jangan sampai anda sendiri terpakai.
#4. Jangan mencuba produk lain atau baru
Ini penting untuk anda yang mengalami masalah eczema atau anak anda, jangan pula anda nak mencuba produk baru untuk memulihkan eczema flare pada hari Raya.
Seeloknya cuba dahulu awal-awal. Jangan pula cuba pada hari tersebut. Sekiranya anda mengalami alergik atau simptom yang lebih teruk, ianya akan menyukarkan anda di hari raya nanti.
#5. Elak pakai pakaian ketat dan basuh siap-siap baju
Dalam keghairahan menyambut raya dan memakai busana baru, lupa pula yang anda ada eczema.
Pastikan anda tidak memakaikan baju yang ketat kerana ia akan membuatkan anda mudah berpeluh. Malah, siap-siaplah basuh baju sebelum pakai lagi-lagi untuk anak anda. Jangan main pakai sahaja.
#6. Mandi dengan kerap
Tak perlu sampai berkubang. Cukuplah dalam 5 ke 10 minit sahaja dengan air suam kuku. Ini bagi mengelakkan peluh lama dekat badan.
#7. Elak suhu ekstrim dan cahaya matahari terik
Elak daripada berada dalam suhu yang terlalu panas ataupun terlalu sejuk kerana ia akan membuat eczema flare bertambah teruk. Begitu juga dengan cahaya matahari yang terik.
Dalam banyak-banyak tips, yang paling penting anda kena kekal ceria dan bergaya di hari Raya. Jangan stress kerana ia juga boleh menyebabkan eczema anda semakin teruk. Senyum sahaja okay. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!
Baca Juga: Pantang Larang Ekzema, Ibu Kena Elak Mandikan Si Manja Dengan Air Suam & Sabun
Baca Juga: Ruam Gatal @ Ekzema Boleh Ditenangkan Dengan Sabun Yang Betul, Ini Senarainya!