Jangan Makan 10 Benda Ini Jika Anda Sedang Beri Susu Badan Pada Si Manja!

Ibu yang beri susu badan perlu diet seimbang. Apa yang anda makan boleh menjejaskan bayi. Jadi, jom elak 10 makanan yang mengurangkan susu badan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada makanan yang mengurangkan susu badan

Proses memberi susu badan pada si manja memang bukan mudah. Ibu tahu tak ada makanan yang mengurangkan susu badan? Ha, inilah cabaran untuk ibu-ibu baru. Apa nak buat jika susu badan kurang? 

Susu badan terbukti amat berkhasiat dan disyorkan oleh pakar untuk diberi pada bayi sehingga mereka berusia 6 bulan. Malah, susu badan juga digalakkan menjadi sumber makanan utama buat si manja hingga mereka berusia kira-kira 1 tahun!

Malangnya, kadang-kadang susu badan tersebut tak berkhasiat kerana pemakanan ibu. Ya, betul! Pemakanan anda boleh menjejaskan kualiti susu badan yang diberi pada si manja.

Sebab itu… anda kena elak daripada makan 10 benda ini!

10 makanan yang mengurangkan susu badan dan ibu perlu elak

1. Kopi

Kafein yang diminum anda akan masuk dalam susu badan dan ke si manja. Malangnya, tubuh mereka tak mampu untuk mengumuh kafein!

Jadi, mereka akan lebih cepat meragam dengan denyutan jantung yang tak teratur dan mengalami insomnia.

Ha… satu lagi – jangan ingat kafein dalam kopi saja, ya! Kafein juga ada dalam teh, minuman bertenaga, soda dan coklat!

Jika anda nak minum juga, hadkan agar ia tak lebih daripada 200mg sehari, kira-kira dua cawan kopi.

2. Alkohol

Alkohol telah terbukti mampu mempengaruhi tidur si manja. Ia mengakibatkan mereka lebih cepat mengantuk, lemah, peningkatan berat badan yang tak normal dan tidak mahu minum susu. 

Malah, alkohol juga salah satu makanan yang mengurangkan susu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Merkuri

Merkuri terkandung dalam sumber protein terkenal, iaitu ikan.

Jadi, cuba elakkan ikan yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi seperti ikan kembung, tuna putih, tuna albacore dan tilefish.

4. Racun perosak

Memanglah anda takkan makan racun perosak. Tapi, ia ada dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran! Racun perosak ini antara makanan yang mengurangkan susu badan.

Antara buah yang  mengandungi jumlah racun perosak yang tinggi adalah buah epal, strawberi, anggur, pic, sayur saderi, bayam, lada benggala, timun, tomato ceri, ubi kentang, kacang snap dan buah beri biru! 

Jika anda ingin makan semua ini, beli yang organik (walaupun agak mahal).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Makanan mentah

Jangan makan makanan mentah dan produk tenusu yang tidak dipasteur.

Kebanyakan makanan mentah memiliki risiko tinggi untuk terkena pencemaran bakteria seperti salmonella, E.coli dan listeria.

6. Makanan yang buat alergik

Jika anda alergik dengan makanan umum seperti susu lembu, telur, gandum, soya, kerang dan kacang – anda tak perlu makan semua itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Makanan ringan & makanan segera

Makanan ringan adalah makanan yang diproses dengan kandungan gula dan natrium yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik!

Malah, ibu yang kerap makan makanan ringan juga akan kurang gemar makan makanan yang berkhasiat. Tapi si manja perlukan nutrisi!

8. Rempah ratus

Reaksi terhadap makanan yang mengandungi rempah ratus adalah berbeza-beza pada bayi. 

Jika si manja tak mahu minum susu lepas makan makanan yang pedas, anda mungkin perlu kurang makan makanan pedas, dan termasuklah bawang putih!

9. Makanan yang buat perut meragam

Tahukah anda yang buah sitrus, brokoli, lada, kubis dan pucuk Brussels boleh buat perut si manja anda meragam?

Ha.. jadi hati-hati. Jika anda makan makanan ini dan beri susu badan, cuba lihat bagaimana reaksi perut si manja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Herba

Herba seperti pudina, sage dan pasli dikatakan boleh mengurangkan bekalan susu badan anda! Cuba elakkan daripada makan herba ini, tau!

Apa yang penting, anda sebagai seorang ibu haruslah bijak menjaga kesihatan diri malah memberi yang terbaik untuk si manja.

Jom kongsi artikel ini untuk ibu-ibu yang lain!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

makanan yang mengurangkan susu badan, makanan kurangkan susu badan, kurang susu badan, makanan bagi susu tak keluar

 

Sumber rujukan: New Age Pregnancy

Baca juga

8 Cara Untuk Meningkatkan Susu Badan

Penulis

Ayu Idris