Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

Bantuan eMADANI ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Program eMADANI yang merupakan satu inisiatif kerajaan yang ditawarkan kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia menerusi kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-wallet yang terpilih sudah mula dituntut sejak 4 Disember lalu.

Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya kenapa dan sebab mengapa permohonan tidak lulus ataupun tidak berjaya.

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam e-dompet tersebut.

Sebab permohonan anda tidak berjaya juga akan diberitahu.

Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Punca Tuntutan eMADANI Tidak Berjaya

Seorang pengguna di Twitter, @_EhEzal membuat kesimpulan kebanyakan orang tidak berjaya menebus eMADANI disebabkan tidak memenuhi dua kriteria utama iaitu tidak ada e-filling di LHDN dan tidak berdaftar sebagai penerima Sumbangan Bantuan Rahmah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki itu menyarankan agar anda membuat e-filing dan berdaftar sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Kemudian, boleh cuba untuk mohon sekali lagi, kerana kredit eMadani ini boleh dituntut sehingga 20 Februari 2024.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Langkah ini penting bukan hanya untuk tuntutan kredit e-Madani, tapi untuk bantuan lain-lain di masa akan datang. Kerajaan sedang memperhalusi kaedah untuk memberikan subsidi bersasar, jadi untuk mengelakkan ketirisan berlaku, pastinya data-data di LHDN sangat penting!

"Jadi jangan cakap 'oh takpelah, RM100 je pun, bukan rezeki aku' no, it's your right, itu hak kamu, ambil hak itu. Kerajaan dah sediakan peruntukan, ambil saja.

"Insya-Allah, selesai dua ni, boleh apply semula untuk kredit eMadani. Sebenarnya bagus juga Kerajaan buat begini, sbb kalau baca komen-komen, ada yg tak pernah tau pun tentang e-filing!," katanya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa sebab kemungkinan lain mengapa tuntutan anda tidak berjaya, antaranya :

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Hubungi Penyedia Perkhidmatan Jika Berlaku Kelewatan

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • ShopeePay: +603-2777 9222 
  • MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  • Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888
  • Setel: Emel ke hello@setel.com 

Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Anda Layak Dapat Bantuan Carseat Baby? Cuba 8 Tips Berguna Ini Untuk Latih Anak Behave Dalam Carseat!

Baca juga : Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Dipercayai Boleh Anda Beri Sumbangan Bencana Dan Kemanusiaan

Baca juga : Senarai Bantuan Anak Lahir 2023 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi