Apabila anda mengetahui diri ini hamil…
Hamil buat kali pertama adalah berita yang paling manis dalam kehidupan seorang wanita.
Namun pengalaman semasa hamil tidak semuanya sama untuk setiap wanita. Sesetengah wanita akan mengalami kehamilan yang lancar dan bebas cabaran; malah ada yang nampak semakin cantik!
Tapi ada juga ibu hamil yang mengalami pelbagai cabaran.
Di samping perubahan fizikal bentuk badan, terdapat juga wanita hamil yang dilanda rasa mual serta masalah kehamilan lain.
Tambahan pula ibu hamil sedang mengalami perubahan hormon yang boleh menyebabkan wanita itu lebih emo dan rasa sedih tanpa sebab.
Mari kita lihat 7 benda yang boleh menyebabkan wanita asyik rasa sedih atau emo semasa hamil:
#1 Melasma dan jerawat
Melasma adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa semasa mengandung dan ia juga dikenali sebagai topeng kehamilan.
Ia disebabkan oleh peningkatan paras estrogen yang menggalakkan melanin yang berlebihan.
Tanda melasma adalah kesan kulit yang gelap dan biasanya muncul di bahagian hidung, atas bibir, dahi, dan pipi. Ini boleh menyebabkan wanita itu rasa tidak cantik serta mengurangkan keyakinan diri seorang wanita.
Tapi jangan bersedih. Keadaan ini biasanya hilang selepas kehamilan. Tanya doktor anda untuk produk kecantikan selamat yang boleh membantu anda merawatnya.
#2 Tidak dapat makan makanan kegemaran
Tidak boleh makan sashimi. Tidak boleh makan keju lembut. Kena kurang makan durian. Kena kurang minum kopi. SEDIHNYA! Hmmm….
Artikel berkaitan: 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil
#3 “Saya tak dapat lihat kaki saya? Saya rasa sangat kekok!!!”
“Bang, kuku kaki saya kotor tak?” “Bang, boleh tolong lap lotion dekat kaki?” “Bang tolong, saya tidak dapat angkat kaki!”
Hmm… mana tak sedih?
#4 Tidak diberi tempat duduk dalam LRT/Bas/Monorel/Komuter
Ini saya pernah alami sendiri. Tak ada seorang pun yang menawarkan tempat duduk mereka. Bukan sedih, tetapi marah sangat! Ramai juga orang yang kurang berhemah!
Artikel berkaitan : 6 Cara Wanita Bolek Elak Insiden Terjatuh Ketika Hamil
#5 Besarnya perut!
Dan awak nak cakap saya nampak gemuk juga kan? Tau takpe…
#6 Kaki tidak muat dalam kasut kegemaran
Kaki membengkak adalah fenomena biasa bagi ibu yang mengandung.
Perubahan hormon yang mendadak ketika mengandung boleh menyebabkan kaki ibu rasa kebas dan bengkak sehingga menyukarkan aktiviti harian mereka.
Sesetengah wanita mungkin akan tambah saiz kaki selepas hamil dan tidak boleh muat dalam kasut saiz lama.
#7 Bulan terakhir hamil berlalu dengan lambat dan rasa seperti 10000000 tahun
Kenapa setiap bulan kehamilan rasa sama saja sehingga ke bulan terakhir kehamilan?
Bila anak nak keluar? Berjalan pun sudah macam penguin. Kenapa bulan ini berlalu dengan sangat lambat?!
Jangan risau, anda hampir ke penghujungnya. Anda akan jumpa anak tersayang tidak lama lagi dan memegangnya dalam dakapanmu.
Masa itu, ianya bukan tangisan sedih lagi tetapi titisan air mata gembira!
Ala, mana tisu saya tadi…
Sumber: Healthy Mummy dan Vkool
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
7 Masalah Kecantikan Selepas Bersalin Dan Cara Penyelesaiannya