Ibu Ayah Sedang Mencari Keperluan Aidilfitri? Ayuh Ke Fahrenheit 88, Banyak Pilihan Menanti!

Fahrenheit 88, salah satu pusat membeli-belah di Bukit Bintang meraikan sambutan Aidilfitri dengan bazaar Rimbunan Raya bermula sekarang hingga 31 Mei 2021

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun hari raya Aidilfitri tahun ini seluruh rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri, namun sambutannya masih tetap diteruskan bagi meraikan kejayaan sebulan berpuasa. Bagi anda yang masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk mendapatkan keperluan raya buat seisi keluarga, apa kata berkunjung ke Fahrenheit 88, Kuala Lumpur!

Pusat membeli-belah yang terkenal terletak di Jalan Bukit Bintang ini terkenal dengan tawaran pelbagai pilihan keperluan raya dengan harga yang mampu milik.

Bazaar Rimbunan Raya di Fahreinheit 88

Raih pengalaman membeli-belah yang baru dengan persekitaran begitu selesa buat seisi keluarga di Fahrenheit 88. Selain menyediakan makanan, ia turut menempatkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa buat para pengunjung.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, Fahrenheit 88 telah mempersembahkan Rimbunan Raya, iaitu jualan bazaar yang terletak di bawah kanopi dan pokok palma tinggi di Atrium, Tingkat Bawah.

Lebih mempesonakan, bazaar hari raya ini mengalu-alukan kehadiran pengunjung dengan pelbagai cenderamata tradisional menarik dan makanan istimewa bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2021.

Melalui kerjasama Fahrenheit 88 dengan Belokal, bazaar Sama-Sama Raya menampilkan 20 gerai yang menawarkan jenis barang seperti aksesori buatan tangan, lilin buatan tangan, topeng, penanda buku, beg tote, sabun buatan tangan, kasut dan beg buatan tangan.

Apabila meneruskan langkah ke Tingkat 2 pula, anda akan disajikan dengan Bazaar Kriup Kriup iaitu jualan pelbagai barang bagi memuaskan keinginan terhadap makanan manis. Di sini ada banyak pilihan biskut raya dan makanan ringan dari pembuat tempatan yang berbakat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bazaar Aidilfitri di Fahrenheit 88 sedia menerima pengunjung

Bagi pengunjung yang sedang mencari set hadiah Hari Raya unik buat orang tersayang, keluarga dan rakan-rakan akan menemui koleksi idea hadiah paling komprehensif dalam Fahrenheit 88. 

Bukan itu sahaja, memandangkan kebanyakan orang dalam mood membeli-belah, beberapa jenama kesukaan ramai telah menawarkan harga perayaan seperti Aldo, Afternoon, Bookxcess, The Body Shop, Carlo Rino, Celebrity Fitness, Curiosity, Eye Tech, Feith, Leather Avenue, Mr. DIY, Pandora dan Skechers.

Bagi menghargai para pengunjung dan tanda terima kasih, pihak Fahrenheit 88 dengan senang hati menyediakan Lucky Raya Reward bermula dari sekarang sehinggalah 31 Mei 2021 ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syaratnya anda perlu membuat pembelian minimum iaitu RM100 dalam satu resit bagi menebus hadiah bertuah. Setiap hari, ia terhad kepada dua penebusan sahaja bagi setiap pembeli.

Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai biskut raya serendah RM1 sahaja dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit tunggal. Ia juga terhadap untuk 1 pembelian bagi setiap pembeli setiap hari. Sementara stok masih ada. Bagi menikmati ganjaran ini, semua penebusan boleh dibuat di Tingkat 2 Fahrenheit 88. 

Fahrenheit 88 berusaha untuk mengekalkan warisan budaya tempatan kita dengan meraikan konsep perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dengan unsur budaya kontemporari.

Bagi maklumat lebih lanjut mengenai bazaar Rimbunan Raya ini, anda boleh mengunjungi Facebook Fahrenheit88 di www.facebook.com/Fahrenheit88/ , akaun Istagram rasmi www.instagram.com/fahrenheit88/?hl=en atau hubungi talian khidmat pelanggan Fahrenheit88 iaitu 03-21485488.

Keistimewaan pusat membeli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang belum menjejakkan kaki ke sini, ia mungkin satu kerugian yang besar. Hal ini kerana ia merupakan pusat membeli-belah moden 5-tingkat dan mempunyai lebih 250 kedai dan diterajui oleh jenama pakaian Jepun, UNIQLO.

Menurut review dari pengunjung, ramai mengakui Fahrenheit ini menawarkan pelbagai barangan dan keperluan buat seisi keluarga dengan harga yang mampu milik berbanding pusat membeli-belah lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda memerlukan tempat untuk menginap, jangan risau kerana Fahrenheit 88 turut memiliki sebuah hotel, Fahrenheit Suites iaitu hotel 4 bintang dengan 85 apartmen yang dilengkapi dengan kemudahan kolam renang serta pusat kecergasan.

Alamatnya ialah 179, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Justeru, rancang waktu yang sesuai bersama keluarga untuk datang dan merasai sendiri suasana membeli-belah di sini yang menjanjikan anda dan anak-anak berasa cukup gembira. Namun sentiasa ingat untuk patuh SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Rumah Bersih & Berkilat Menjelang Aidilfitri Menggunakan Vakum Dyson Digital Slim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan