10 Fakta Anak Sulung Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Nampak Garang Tapi Mereka Penyayang

Fakta anak sulung adalah seorang yang matang dan bertanggungjawab ke atas keluarga mereka dan biasanya lebih dewasa dari adiknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta anak sulung! Mereka sering dilihat mempunyai ciri dan tanggungjawab yang unik dalam keluarga. Sebagai anak pertama, mereka biasanya lebih dewasa dan memikul peranan sebagai contoh kepada adik-beradik yang lain.

Anak Sulung Maksud

Anak sulung dikenali sebagai individu yang lebih bertanggungjawab, matang, dan cenderung mencapai kejayaan dalam pendidikan dan kerjaya. Faktor psikologi turut mempengaruhi mereka, termasuk tahap kecemasan yang lebih tinggi akibat harapan besar keluarga.

Selain itu, teori urutan kelahiran menunjukkan anak sulung kerap menerima perhatian lebih awal, tetapi perlu menyesuaikan diri apabila adik-beradik lain dilahirkan, yang mempengaruhi perkembangan mereka.

Fakta Anak Sulung

Berikut adalah fakta anak sulung: 

1.Garang & Tegas

Biasanya dilihat sebagai ketua keluarga, jadi mereka lebih tegas dan berani dalam mengambil keputusan. Tapi jangan salah sangka, tegas tak bermakna tak penyayang!

2.Anak Sulung Dengan Adik Beradik

Mereka sering jadi ‘abang’ atau ‘kakak’ yang melindungi. Tanggungjawab pada adik-adik membuat mereka lebih matang dalam berfikir dan bertindak.

3.Fakta Anak Sulung Dalam Pergaulan & Di Tempat Kerja

Anak sulung sering dipandang lebih dewasa kerana perlu mengambil peranan penting sejak kecil, menguruskan diri dan kadang-kadang, keluarga.

4.Lebih Matang Daripada Usia

Anak sulung sering dipandang lebih dewasa kerana perlu mengambil peranan penting sejak kecil, menguruskan diri dan kadang-kadang, keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Penyayang

Walaupun nampak garang, mereka sebenarnya sangat penyayang. Mereka akan pastikan orang yang mereka sayangi dilindungi dan dijaga.

6.Mudah Memaafkan

Anak sulung mudah memaafkan kesilapan orang, walaupun kadang-kadang mereka memendam perasaan.

7.Tidak Kedekut & Tidak Berkira

Mereka tidak berkira dalam memberi, sama ada pada keluarga atau rakan-rakan. Kalau ada yang memerlukan, pasti mereka akan bantu tanpa banyak soal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Hati Lembut

Di balik ketegasan, hati anak sulung sebenarnya sangat lembut. Mereka punya empati yang tinggi dan sentiasa memahami perasaan orang lain.

9.Suka Memendam Perasaan

Anak sulung lebih suka memendam perasaan sendiri daripada meluahkan, terutamanya bila ada masalah. Ini kerana mereka terbiasa mengutamakan orang lain terlebih dahulu.

10.Fakta Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan

Dalam hubungan percintaan, anak sulung lelaki cenderung serius, setia, dan penuh tanggungjawab. Mereka juga lebih sabar dan menjaga hati pasangan mereka, tapi kadang-kadang perlukan ruang peribadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan Anak Sulung

Kelebihan ank sulung ini banyak, dia antaranya penuh tanggungjawab dan penuh cinta!

1.Ketua Semulajadi

Anak sulung sering jadi ketua dalam keluarga. Mereka suka mengambil peranan penting, memberi arahan, dan pastikan semua berjalan lancar. Kadang-kadang, mereka seolah-olah “manager” dalam rumah!

2.Lebih Matang dari Usia

Sejak kecil, anak sulung sudah terbiasa dengan tanggungjawab besar. Sebab itu, mereka kelihatan lebih matang berbanding usia sebenar. Mereka pandai berfikir jauh ke depan dan tahu cara menguruskan masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.Penyayang & Bertanggungjawab

Walaupun nampak tegas, anak sulung sangat penyayang. Mereka akan pastikan orang-orang yang mereka sayangi dilindungi, dan mereka sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik.

4.Penyelesai Masalah Terbaik

Dengan semua pengalaman menguruskan adik-adik, anak sulung cenderung jadi penyelesai masalah yang hebat. Mereka cepat fikirkan jalan keluar dan selesaikan isu dengan bijak.

5.Serius Dalam Percintaan

Bila bercinta, anak sulung lelaki biasanya sangat setia dan serius. Mereka tak suka main-main, dan akan berusaha untuk menjaga hubungan itu dengan penuh perhatian.

6.Suka Menjaga

Anak sulung memang suka menjaga. Tak kira dalam keluarga atau di tempat kerja, mereka sering berada di barisan depan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik. Mereka sentiasa menjadi “protector” yang tak pernah gagal.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 20+ Tempat Menarik Untuk Sambut Hari Kanak-Kanak Bersama Anak Anda!

Baca juga: 10 ‘Port’ Staycation KL, Hotel & Resort Sesuai Untuk Anda Seisi Keluarga, Pemandangan Indah

Baca juga: 10 Aktiviti Cuti Sekolah Di Rumah, Ini Cara Kreatif & Menyeronokkan Untuk Isi Masa Anak Anda!

Penulis

Anis