TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Snek Bijak: Membentuk Keluarga Sihat Bermula Dengan Menghayati Setiap Suapan

4 min bacaan
Snek Bijak: Membentuk Keluarga Sihat Bermula Dengan Menghayati Setiap Suapan

Dalam kehidupan yang serba pantas, snek kini menjadi sebahagian penting bagi banyak keluarga. Namun, pilihan snek dan cara menikmatinya mempunyai impak besar terhadap kesihatan jangka panjang. Rumah ialah tempat bermulanya tabiat sepanjang hayat.

Jadi, ibu bapa berperanan penting dalam membimbing kanak-kanak ke arah amalan snek yang bijak, seimbang dan menyeronokkan. Dengan mengajar anak-anak untuk menikmati snek dengan niat, ibu bapa dapat membantu membentuk pilihan sihat yang kekal sepanjang hayat.

Mencipta Detik Snek Bijak

Snek bijak tidak bermakna sekatan, ia adalah tentang mencipta peluang pemakanan yang menyeronokkan dan seimbang. Langkah mudah seperti menawarkan pilihan sihat, menggalakkan kawalan porsi, dan mengajar kanak-kanak mendengar isyarat kelaparan dapat membantu mereka membina hubungan positif dengan makanan. Sehubungan itu, inisiatif #JomSnekBijak Mondelēz International (Malaysia) memberi inspirasi kepada keluarga untuk mengamalkan pemakanan bijak dengan menekankan kualiti, kesederhanaan, dan kenikmatan snek.

Keseimbangan & Kesedaran: Memupuk Tabiat Sihat

Snek bijak lebih mengutamakan keseimbangan berbanding batasan. Apabila kanak-kanak digalakkan untuk menikmati setiap gigitan, mereka akan belajar membuat pilihan bijak tanpa berasa terkongkong. Selain itu, ibu bapa boleh menjadi teladan baik dengan hadir sepenuhnya sewaktu masa makan, mengurangkan gangguan, dan menggalakkan kanak-kanak menikmati snek. Di samping itu, melibatkan anak-anak dalam penyediaan makanan dan beli-belah barangan runcit akan menjadikan pemakanan sihat lebih menyeronokkan dan mendidik.

Mewujudkan persekitaran rumah yang menyokong snek bijak melibatkan penyediaan bahan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, bijirin penuh, dan kacang, di samping makanan ringan sekali sekala. Pendekatan seimbang ini bukan sahaja menyokong kesejahteraan fizikal dan emosi, tetapi juga membantu kanak-kanak membina asas tabiat pemakanan sihat yang mampan.

Memperkasakan Ibu Bapa dengan Sumber untuk Snek Bijak

Snek bijak bukan sekadar tanggungjawab keluarga, ia adalah satu pergerakan. Syarikat seperti Mondelēz International (Malaysia) komited mendidik pengguna tentang kawalan porsi dan pilihan snek melalui inisiatif seperti #JomSnekBijak. Panduan porsi yang jelas dan maklumat pembungkusan membantu ibu bapa membuat pilihan termaklum, menjadikan amalan snek bijak lebih mudah dan memuaskan.

Dengan memanfaatkan sumber ini, keluarga boleh membina tabiat yang menyokong kesejahteraan jangka panjang sambil memupuk hubungan yang sihat dengan makanan.

Manfaat Snek Bijak di Rumah

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat snek anak-anak. Alternatif seperti buah-buahan, yogurt, atau bijirin penuh membantu anak-anak melihat snek sebagai satu cara menyihatkan tubuh, bukan hanya memenuhi keinginan. Pilihan bijak yang ditunjukkan oleh ibu bapa seperti mengawal porsi dan menikmati setiap gigitan boleh menjadi ikutan kanak-kanak.

Mengajar kanak-kanak mendengar isyarat tubuh mereka juga penting. Selalunya, kanak-kanak makan snek akibat didorong kebosanan atau emosi, bukannya kelaparan. Jadi, menggalakkan mereka menilai tahap kelaparan sebelum makan akan membantu membentuk hubungan lebih sihat dengan makanan. Hidangan bersaiz kecil dan menikmati setiap gigitan juga boleh mengelakkan mereka terlebih makan.

Petua Praktikal untuk Ibu Bapa

Terdapat pelbagai langkah mudah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk membudayakan snek bijak. Selain menyediakan pilihan snek sihat, mereka boleh menunjukkan keprihatinan dengan hadir sepenuhnya sewaktu masa makan, mengelakkan gangguan, dan menekankan bahawa makanan adalah untuk dinikmati. Selain itu, melibatkan kanak-kanak dalam penyediaan snek juga satu cara berkesan untuk mengeratkan hubungan sambil memperkenalkan konsep pemakanan secara praktikal.

Malah itu, aktiviti beli-belah juga boleh dijadikan pengalaman pembelajaran. Ibu bapa boleh menunjukkan cara memilih snek yang sihat dan mencapai keseimbangan antara makanan segar dan makanan ringan. Mengajar kanak-kanak untuk membaca label juga akan memperkasakan mereka untuk membuat pilihan pemakanan yang bijak pada masa depan.

Membina Tabiat Sihat, Menghayati Setiap Gigitan

Tidak pernah terlalu awal atau lambat untuk memupuk tabiat snek bijak dalam kanak-kanak. Dengan membuat perubahan kecil namun bermakna, seperti menyediakan snek berkhasiat, menggalakkan kawalan porsi, dan mengamalkan keprihatinan, ibu bapa dapat membimbing anak-anak ke arah gaya hidup sihat yang berkekalan.

Dengan pilihan snek yang berlambak, ibu bapa berpeluang mencipta suasana rumah yang menyokong pemakanan bijak. Melalui inisiatif seperti #JomSnekBijak dan program seumpamanya, kami memberi inspirasi kepada keluarga untuk membina hubungan positif dengan makanan, sambil bersama-sama mencipta masa depan yang lebih sihat dengan menghayati setiap gigitan.

Artikel ini disumbangkan oleh Dr. Satvinder Kaur, Profesor Madya dari Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti UCSI

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Snek Bijak: Membentuk Keluarga Sihat Bermula Dengan Menghayati Setiap Suapan
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham