Selain dari perbezaan fizikal, tahukah anda terdapat banyak perbezaan antara fungsi badan lelaki dan badan perempuan?
Mari kita baca 6 fakta badan perempuan yang mungkin anda tidak pernah terfikir sebenarnya penting ini. Entah-entah anda tak sedar ia wujud pun!
Fakta badan perempuan #1 Kita lebih memerlukan tidur berbanding lelaki!
Tidur yang tidak cukup akan memberi kesan yang berlainan kepada lelaki dan wanita.
Hasil kajian penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke mendapati wanita yang kekurangan tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis dan masalah jantung berbanding dengan lelaki yang mendapat jumlah tidur yang sama.
Wanita juga boleh mengalami tekanan fisiologi, jadi pastikan anda cuba tidur apabila ada peluang!
#2 Otak wanita lebih kepada emosi
Secara amnya, lelaki mempunyai otak yang lebih besar dan sepadan dengan saiz badan mereka.
Ahems, tetapi otak yang lebih besar tidak semestinya bermaksud lebih pandai ya! Fungsi bahagian-bahagian otak yang tertentu juga sangat berbeza antara kedua-dua jantina.
Wanita lebih banyak menggunakan kawasan otak yang mengawal bahasa dan emosi. Memang menakjubkan ciptaan Tuhan, kerana kita dianugerahkan naluri ibu yang kuat!
Fakta badan perempuan #3 PMS bukan perkara mengarut
Sebagai wanita, kita mengalami hormon yang turun naik setiap kitaran, dan ramai wanita biasanya akan mengalami perubahan emosi terutamanya sebelum datang haid (juga dikenali sebagai sindrom pra-haid, PMS).
Mood yang tidak tentu, perut serta payudara yang sakit, rasa letih, dan hanya mahu rehat bukan sekadar olok-olok sahaja. Sesetengah wanita sakit teruk sehingga tidak dapat tinggalkan rumah!
#4 Wanita lebih senang dapat masalah kencing kotor
Ini disebabkan oleh uretra, iaitu tiub saluran kencing wanita yang lebih pendek.
Tiub ini juga terletak berhampiran dengan pembukaan faraj, di mana bakteria boleh bergerak dengan mudah dari kemaluan ke saluran kencing dan menyebabkan UTI.
Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang, jaga kebersihan bahagian kelamin dan pastikan anda tidak tahan kencing setiap kali sebelum atau selepas bersetubuh.
Fakta badan perempuan #5 Kes kanser ovari semakin banyak di Malaysia
Hanya wanita mempunyai ovari dan ia adalah organ dalaman yang tidak dapat diperiksa untuk keabnormalan seperti memeriksa testis seorang lelaki.
Apabila terdapat masalah atau sebarang pertumbuhan yang tidak sepatutnya berada di situ, ia selalu dikesan terlalu lambat kerana terdapat banyak ruang di dalam ovari wanita untuk sel kanser berkembang.
Kesnya sama juga untuk pesakit kanser serviks.
Biarpun kita selalu dengar tentang kejadian kanser ovari dan kanser serviks di Malaysia, kedua-dua penyakit ini boleh dikesan awal melalui pemeriksaan rutin dengan pakar wanita dan menjalankan ujian makmal tahunan.
Fakta badan perempuan #6 Ujian ThinPrep Pap sebenarnya lebih berkesan dari ujian Pap smear biasa
Virus Human Papilloma adalah virus yang menyebabkan kanser serviks wanita dan tujuan ujian Pap Smear tahunan ialah untuk menangkap kehadiran virus ini dan mengesan sebarang keabnormalan di lapisan serviks.
Walaubagaimanapun, ujian Pap Smear adalah teknik lama, dan kini terdapat alternatif baru yang lebih berkesan.
Ujian ThinPrep Pap terbukti lebih tepat daripada ujian Pap Smear biasa dan peluang untuk mengesan perubahan selular awal adalah lebih tinggi.
Jika anda belum lagi sempat melakukan pemeriksaan tahunan, jangan berlengah lagi. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
***
Adakah ini bermaksud fungsi tubuh wanita lebih lemah dari fungsi tubuh lelaki? Sudah tentunya tidak.
Tetapi wanita seringkali mementingkan anak dan keluarga sehingga lupakan menjaga keperluan dan kesihatan sendiri.
Tabiat ini perlu berubah kerana ia tidak baik untuk diri: andalah penawar dan penyeri keluarga.
Dapatkan semua jawapan anda mengenai fungsi tubuh wanita berserta ujian kesihatan tahunan di hospital berdekatan.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
6 nutrien penting untuk wanita sentiasa kekal menawan dan cergas!