Hubungan di ranjang tidak hanya aktiviti yang seronok dilakukan bersama pasangan, tetapi juga memberikan manfaat kepada fizikal dan mental. Namun tahukah anda akan fakta seks sekiranya ia jarang dilakukan dalam kehidupan berumah tangga?
Jadi bagaimana pula dengan kesihatan tubuh dan apakah kesannya pada suami isteri yang jarang atau terus berhenti untuk bersama?
Fakta seks: Ini yang terjadi pada tubuh saat anda berhenti ‘bermanja’
#1. Ghairah seks berubah
Fakta seks pertama yang perlu anda ketahui adalah hubungan bersama pasangan mampu memberikan pengaruh yang kuat terhadap mood dan tubuh badan anda. Bahkan kajian mengatakan seks yang dilakukan seminggu sekali boleh memanjangkan usia seseorang.
Bagaimana pula sekiranya anda tidak mengadakan hubungan seks secara teratur? Menurut terapi seks, Sari Copper, kesan kesihatan yang akan anda alami sebagai permulaan ialah anda dan suami mungkin hilang rasa ghairah.
”Bagi beberapa orang yang menahan diri dari seks, mereka mula berasa lesu dan tidak ceria.” jelasnya.
#2. Emosi lebih sensitif
Seks adalah berkaitan fizikal dan mental. Ketika seseorang sedang bersama, mereka akan melakukan sentuhan kulit ke kulit dan membuatkan ramai manusia berasa lebih puas.
”Hubungan intim memberikan pasangan banyak sentuhan kulit ke kulit dan membantu tubuh menghasilkan hormon oksitosin yang mengekalkan rasa selesa,” jelas Cooper.
Ia juga meningkatkan semangat seseorang melalui hormon endorfin bagi mengekalkan perasaan gembira. Tanpa manfaat ini, anda mungkin akan mudah berasa sedih sekiranya berdepan apa-apa ujian hidup.
#3. Masalah senggugut yang lebih teruk
Kelebihan melakukan hubungan di ranjang dapat membantu mengurangkan masalah senggugut ketika tempoh haid.
”Rahim adalah sebuah otot yang banyak. Wanita akan mengalami kontraksi rahim ketika mereka orgasme. Keadaan ini membantu melancarkan pengeluaran darah mengurangkan masalah senggugut.” katanya.
Sekiranya anda tidak melakukan hubungan bersama suami, manfaat ini mungkin tidak dapat dirasai atau membuatkan keadaan lebih teruk ketika proses datang bulan.
#4. Mengurangkan kecerdasan seseorang
Menurut penelitian yang diterbitkan dalam The Journals of Gerontology, responden yang terlibat dalam aktiviti seks teratur mendapat skor lebih tinggi dalam ujian mengukur kemampuan verbal mereka.
Selain itu, orang yang sering bercinta turut mendapat skor lebih tinggi pada kognitif dibandingkan dengan mereka yang jarang berhubungan seks. Para pengkaji mengatakan apabila bersama, otak manusia mempunyai kaitan dengan hormon yang dilepaskan.
#5. Masalah vagina kering
Bagi wanita yang lebih berusia, cecair yang keluar secara semula jadi biasanya akan berkurangan ketika ingin bersama suami. Hal ini mungkin disebabkan oleh berlakunya penipisan pada dinding vagina dan pertambahan usia turut menyebabkan kekurangan hormon estrogen.
”Jika anda berusia 20 atau 30 tahun, tubuh memiliki banyak estrogen di sekitarnya bagi memastikan jaringan itu tetap sihat, elastik dan lembab walaupun sudah lama tidak berhubungan seks.”
”Namun jika sudah berumur lebih 30 tahun dan tidak memiliki hormon estrogen dalam kuantiti banyak, anda mungkin sukar untuk ‘basah’.” jelas penulis Sex Rx, Hormones, Health and Your Best Sex Ever, Laura Streicher.
#6. Berasa tidak selesa untuk melakukan seks lagi
Berdasarkan North American Menopause Society, hubungan intim secara teratur penting bagi kesihatan vagina setelah seseorang wanita mengalami menopaus.
”Tanpa kekerapa dalam hubungan seks teratur disebabkan oleh halangan usia, dinding vagina anda menipis dan menyebabkan aktiviti ini menyakitkan ketika ingin kembali melakukannya,” jelas Cooper.
Hubungan seks yang jarang sekali dilakukan turut memberikan sedikit rangsangan fizikal dan menghasilkan pelincir semula jadi. Penggunaan krim estrogen vagina biasanya dapat membantu melambatkan proses ini.
#7. Sering dilanda stres
Ramai mengakui bahawa hubungan seksual dengan orang yang dicintai mampu meredakan stres akibat tugas seharian atau masalah peribadi. Hal ini terbukti melalui kajian yang dilakukan di Skotlandia.
Mereka mengatakan bahawa kadar tindak balas tekanan darah terhadap stres adalah lebih rendah di antara pasangan yang pernah berhubungan seks dibandingkan dengan mereka yang tidak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Gaya Ketika Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!