Topik tentang faraj wanita merupakan satu topik taboo di Malaysia. Sebab itu ramai wanita yang rasa agak awkward nak bercakap tentangnya.
Tapi, keburukannya, ramai wanita tidak tahu tentang faraj mereka sendiri! Ia menyebabkan kita selalu melakukan benda terlarang pada miss V kita itu. Agak-agak, apa benda terlarang itu?
Sebelum kita berbincang lebih lanjut tentang apa benda yang TIDAK PATUT kita buat pada faraj, jom selami anatomi faraj ini terlebih dahulu.
Kawasan luar faraj di mana tumbuhnya bulu-bulu itu dipanggil sebagai vulva. Vulva terdiri daripada labia majora, labia minora (bibir faraj) dan klitoris.
Vulva biasanya dilindungi oleh bulu-bulu halus. Di vulva juga terdapat uretha di mana ia merupakan tempat anda kencing, dan vagina (faraj).
Vagina adalah satu benda yang anda tidak boleh nampak kerana ia satu lubang seakan tiub yang menghubungkan bahagian luar dan bahagian dalam sistem pembiakan anda.
Ini antara 6 benda yang anda TIDAK PATUT buat pada faraj anda.
6 benda JANGAN SESEKALI buat pada faraj wanita
1. Jangan pakai shaver
Bulu-bulu kemaluan yang semakin panjang memang tidak menyelesakan. Anda akan rasa gatal.
Waxing dan trimming merupakan kaedah terbaik untuk menjaga kebersihan bulu kemaluan. Namun, jangan sesekali pakai pencukur bulu lelaki!
Ia kerana pencukur itu dicipta untuk mencukur janggut yang kasar. Mata bilah shaver itu boleh menyebabkan luka dan ruam.
Krim penanggal bulu juga satu pilihan yang baik. Tapi, pastikan ia sudah direka untuk digunakan pada bahagian faraj.
2. Jangan cuba bleaching, basuh guna sabun atau guna pencuci wanita!
Ramai wanita mengganggap bleaching, basuh faraj wanita dengan sabun atau guna pencuci wanita itu bagus.
Namun, anda sebenarnya salah! Keputihan yang anda alami adalah normal. Jika anda menggunakan sebarang produk kimia, ia akan mengganggu tahap pH dalam vagina anda sendiri!
3. Jangan korek-korek faraj juga! (douching atau meruang)
Douching adalah satu amalan yang salah, tidak sihat dan tidak pernah diiktiraf doktor pakar.
Jika anda mengamalkannya, berhenti! Ia mampu mendatangkan jangkitan pada faraj anda!
4. Cari cara yang selamat untuk memuaskan nafsu anda
Buah-buahan, sayur-sayuran dan manisan adalah benda untuk dimakan, bukannya untuk diletakkan pada faraj.
Jika anda tidak puas ketika berintiman dengan pasangan, cuba posisi lain atau dapatkan sex toys yang istimewa. Kepuasan selepas itu tidak terkata!
Guna pelincir jika ingin berasmara.
5. Faraj anda tak memerlukan pewangi
Ini kerana vagina memiliki keupayaan untuk mencuci dirinya sendiri. Apa yang penting, anda jangan ganggu tahap pH dalam faraj tersebut.
Tapi jika faraj anda mengeluarkan bau yang kurang enak seperti bau hanyir, disertai dengan lelehan faraj yang tidak normal, maka segera dapatkan rundingan pakar.
6. Jangan ekstrem sangat dengan faraj
Berendam terlalu lama di dalam kolam renang atau jakuzi memang nampak macam seronok.
Tapi, air dalam kolam terbabit memiliki klorin dan ia boleh mengganggu keseimbangan tahap pH dalam vagina.
Lagipun, bakteria dalam air mampu memberi jangkitan yang tidak akan anda sangka! Jadi, jangan berendam dengan terlalu lama dan pastikan anda memakai bikini. Jangan bogel!
Semoga perkongsian kali ini berguna untuk menjaga kesihatan faraj wanita anda. Kongsikan ia dengan kawan-kawan perempuan anda ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/jenis-keputihan-wanita