Mencari percutian hujung tahun yang berpatutan? Mari lihat cara kreatif untuk menjimatkan kos perjalanan sambil menikmati percutian santai menjelajah tiga destinasi menakjubkan.
Itinerari 5 hari ini bermula di Kedah, menyeberang ke Langkawi, dan seterusnya ke Koh Lipe di Thailand. Dengan redBus, anda boleh menikmati perjalanan yang lancar dengan bas dan feri yang ditempah awal, serta meneroka ciri ‘Things to Do‘ untuk membeli tiket ke tempat tarikan dan lawatan tempatan. Bagi penginapan, setiap destinasi menawarkan pelbagai pilihan mengikut bajet anda, daripada penginapan mewah hingga homestay dan motel yang berpatutan, membolehkan anda merancang percutian mengikut keselesaan anda.
HARI 1 : Kedah
Mulakan percutian anda dengan tepat melalui perjalanan bas menaiki redBus dari bandar atau pekan anda ke Kedah, tanpa perlu menghadapi stres memandu dan terus memulakan pengembaraan anda dengan penuh keselesaan.
Perjalanan hari pertama anda boleh dimulakan dengan menyelami sejarah melalui lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, iaitu muzium arkeologi pertama di Malaysia. Di sini, anda boleh mengagumi artifak-artifak menarik dari tapak Arkeologi Lembah Bujang, salah satu tamadun tertua di Asia Tenggara.
Tiada perjalanan ke Kedah akan lengkap tanpa mencuba laksa Kedah, hidangan tempatan yang terkenal dengan rasa yang kaya. Pada waktu malam, kunjungi dek pemerhatian Menara Alor Setar untuk menikmati pemandangan panorama cahaya bandar yang berkilauan dan suasana tenang di kawasan luar bandar Kedah. Selepas itu, jalan-jalan di dataran bandar Alor Setar, di mana anda boleh meneroka gerai-gerai makanan sambil menikmati suasana meriah.
HARI 2 – 3 : Langkawi
Pada hari kedua, naik feri ke Langkawi dari Kuala Kedah untuk memulakan perjalanan menarik yang seterusnya. Lihat laluan feri baharu yang tersedia di redBus bermula dari RM34.50 untuk setiap perjalanan untuk memastikan permulaan ke percutian pulau anda berjalan lancar.
Apabila berada di Langkawi, aktiviti island hopping adalah suatu kemestian, di mana anda akan meneroka kepulauan yang menakjubkan, termasuk persinggahan di Pulau Dayang Bunting yang legenda. Untuk pengalaman yang magis, kunjungi Dream Forest Langkawi dan sertai sesi night walk yang menggunakan teknologi pelbagai deria untuk menghidupkan cerita rakyat dan mitos tempatan.
Mulakan hari berikutnya dengan menaiki kereta kabel Langkawi SkyCab, yang terletak di Oriental Village. Kereta kabel ini akan membawa anda ke 650 meter di atas paras laut, menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari landskap hijau Langkawi di Gunung Machinchang. Selepas itu, jangan lepaskan peluang membeli-belah di kedai bebas cukai untuk keperluan anda—sama ada coklat, cenderamata, atau peralatan dapur, kedai bebas cukai di Langkawi mempunyai segala-galanya.
Pada waktu malam, lawati Pantai Cenang, yang terkenal dengan kehidupan malamnya yang meriah. Bersantai di pantai dan nikmati suasana ceria dengan persembahan kugiran secara langsung, pertunjukan api, dan banyak lagi.
HARI 4 – 5 : Koh Lipe
Jika anda belum bersedia untuk mengakhiri percutian pantai selepas menikmati keindahan pantai Langkawi, sambung percutian anda ke Koh Lipe pada hari ke-4 perjalanan anda! Cuma ingat untuk membawa pasport anda bersama. Pulau Thai yang tenang ini hanya mengambil masa 90 minit perjalanan feri dari Langkawi, dengan redBus menawarkan laluan mudah bermula dari RM140 untuk setiap perjalanan.
Sebaik sahaja tiba, sertai sesi snorkeling atau sesi menyelam skuba untuk meneroka dunia bawah laut yang penuh warna-warni, di mana terumbu karang, batu karang yang indah, dan ikan tropika mengelilingi pulau-pulau yang menakjubkan. Pada waktu petang pula, anda boleh berehat di Sunset Beach bersama pelancong lain di tepi pantai sambil menikmati hidangan tempatan seperti pulut, pad thai, dan makanan laut segar.
Keesokan paginya, mulakan hari anda dengan berjemur di Sunrise Beach. Kemudian, manjakan diri anda dengan urutan yang menenangkan di tepi pantai, diiringi dengan bunyi ombak yang menenangkan.
Semasa anda berada di sini, ambil sedikit masa untuk berkenalan dengan penduduk tempatan yang mesra dan nikmati suasana santai kehidupan pulau.
Untuk memastikan perjalanan pulang tanpa stress, tempah tiket feri dan bas anda lebih awal melalui redBus. Dengan perjalananan yang lancar, anda boleh mengakhiri pengembaraan anda dengan penuh kepuasan sambil menikmati kenangan manis percutian anda.
Gunakan kod tawaran RBFERRY untuk menikmati potongan harga sebanyak 25% + 25% pulangan tunai untuk tempahan feri anda.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!