Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!

Apabila menggayakan baju pada tubuh sendiri, tentu keselesaan menjadi keutamaan kan? Ibu-ibu ini berkongsi bagaimana mereka dapat tampil bergaya dengan selesa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bercakap mengenai fesyen, wanita sememangnya pakar! Tapi untuk menggayakan pada badan sendiri ada wanita yang keliru, lebih-lebih lagi bagi wanita yang berisi. Jadi apakah fesyen untuk badan gempal yang serasi?

Selalunya ia sering menjadi dilema ibu-ibu selepas melahirkan anak. Apabila badan tidak lagi sama seperti anak dara dulu. Perubahan mendadak membuatkan ramai ibu-ibu baru tidak yakin dengan badan sendiri lantas terus buntu dengan penggayaan yang serasi dengan mereka. 

Tapi sebenarnya banyak faktor yang boleh mengembalikan keyakinan buat wanita, dan antaranya adalah memilih baju yang serasi dan boleh menyerlahkan siluet badan yang cantik buat anda yang berbadan gempal.

Solusi penggayaan wanita berisi

Ramai ibu-ibu di luar sana memilih MS. READ sebagai solusi fesyen untuk badan gempal mereka. Mengapa? Selain rekaan baju yang sememangnya mengikut trend terkini, penggunaan fabrik, potongan yang kemas mampu memberikan satu pakej yang cukup sempurna buat wanita berisi. 

Dan apa lagi yang penting selain keselesaan? Ternyata MS. READ mampu memberikan apa yang diidamkan pelangannya dengan testimonial jujur daripada mereka. Ibu-ibu semua, ini apa yang MS. READ berjaya hasilkan untuk wanita berisi, selain mengembalikan keyakinan mereka juga tampil lebih gembira dan menawan!

Baca juga: Cara mencuci dan menyimpan baju bayi baru lahir untuk ibu bapa baru

“Selesa dan bergaya,” – Siti Solehah

Kata wanita yang bernama Siti Solehah ini, MS. READ tidak pernah mengecewakan dalam memberi helaian yang cukup selesa yakni material yang digunakan sesuai mengikut cuaca di Malaysia. Rekaannya kemas, ringkas dan mampu milik!

Bagi Siti, sekarang ini fokusnya lebih kepada gaya smart kasual, sesuai untuk digayakan hari-hari juga pada majlis tertentu. Jadi MS. READ sememangnya menepati ciri yang dimahukan Siti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak dia menggayakan MS. READ, ramai rakannya memuji penggayaannya, “kebanyakan rakan saya ramai yang memuji gaya saya kini lebih trendy namun kekal sopan.” Kawan-kawan Siti juga cukup teruja apabila mendapat tahu, MS.READ menawarkan banyak pilihan saiz buat wanita berisi!

“Serasi dengan gaya hidup seorang ibu,”- Huda Halid

Ternyata ini menjadi jawapan buat semua persoalan ibu-ibu. Termasuklah bagi wanita yang bernama Huda Halid. Kata Huda dia sangat sukakan jenama ini kerana pakaian yang disediakan hadir dengan potongan cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

Ia terbukti cukup serasi buat ibu-ibu, yang mana Huda menekankan “helaian MS.READ memang kena dengan personaliti dan gaya hidup saya sebagai seorang ibu.” Saya paling gemarkan blaus MS. READ yang mana cukup berkualiti dan selesa untuk dipakai setiap hari, bukan seperti jenama lain yang kebanyakan blaus mereka hanya nampak cantik namun materialnya tidaklah selesa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu warna-warna yang digunakan juga cukup serasi buat saya yang cukup minimalis dan personaliti saya yang simple!

“Menyembunyikan susuk tubuh saya yang gempal,”- Aliza Sara

Kata Aliza, helaian yang ditawarkan MS. READ dapat memberikan satu ilusi siluet yang menawan untuk badannya yang gempal. “Bagai magis, ia menyembunyikan bahagian tubuh saya yang buat saya rasa kurang selesa!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selepas melahirkan anak, saya ada satu lapisan perut yang cukup sukar untuk dihilangkan, jadi solusi saya hanyalah dengan menyembunyikannya. Dan helaian-helaian MS. READ mampu menolong saya!”

Selain itu Aliza juga menyatakan baju-baju MS. READ cukup selesa dan boleh digayakan dengan pelbagai. Malah ramai juga kawan-kawan yang memuji dia nampak agak langsing baru-baru ini. 

“Tampak lebih langsing dan cantik,” -Syiera Firdaus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syiera sering kecewa apabila kebanyakan jenama baju tidak menyediakan saiz ekstra untuk wanita yang berisi. Jadi apabila dia mengetahui tentang MS.READ dia berasa cukup gembira malah helaiannya bukan saja cantik, materialnya juga sangat bagus dan sesuai digunakan dengan cuaca di Malaysia. 

“Rekaan MS. READ memang cantik-cantik malah juga sopan dan itu yang kebanyakan wanita cari dalam kualiti pakaian sekarang. Wanita ingin tampak bergaya dalam masa yang sama kekal sopan. 

Kualiti pakaiannya juga patut dipuji, walaupun saya membasuh baju-baju MS.READ dengan kerap, warna dan bentuknya tetap sama. 

Ibu saya juga selalu memuji pakaian saya sekarang tampak lebih cantik malah membuatkan saya kelihatan kurus!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!