5 Resepi Finger Food Menarik Untuk Si Kecil, Tentu Dia Senyum Comel Bila Dapat Makan!

Bayi anda sudah mula masukkan makanan ke dalam mulutnya? Apa kata anda sediakan finger food ini kerana ia membantu perkembangan motor halus dan koordinasi si kecil.

Ala comelnya bila beri finger food untuk bayi kerana ia adalah makanan bersaiz kecil yang senang bagi si manja gigit dan makan. Malah dengan memberi makanan jejari ini, ia juga dapat memperluaskan kemahiran motor halus dan koordinasi si kecil itu. 

Namun, biasalah bila bagi finger food untuk bayi, maka ibu kena banyak sabar sebab akan bersepah dan comot. Asalkan si kecil merasai kenikmatan dan belajar makan dengan sendiri. 

Bayi mula bersedia menyuap sendiri makanan sekitar umur 8 ke 9 bulan. Malah anda juga dapat lihat si kecil itu sudah mula pandai suap sesuatu ke dalam mulutnya atau tahu mencapai pinggan di depan matanya. 

Kalau sudah lihat si kecil berjinak-jinak untuk masukkan makanan ke dalam mulut, maka ibu boleh terus ajari mereka makan finger food ini. 

Cara terbaik perkenalkan finger food untuk bayi 

  • Bagi si manja anda duduk dalam tray kerusi kemudian hidangkan padanya  finger food yang diletakkan dalam pinggan comel. Anda boleh tambah sekiranya bayi sedang makan. 
  • Apabila si kecil duduk dalam tray kerusi ia dapat mengelak dari tercekik dan memberi pendedahan kepadanya tentang disiplin ketika makan. 

Senarai finger food untuk bayi yang sesuai diberikan 

  • Kepingan roti yang dipanggang. Nak lagi sedap sapu bersama puri sayur atau buah
  • Ketulan kecil buah-buahan seperti pisang, mangga, buah pir, tembikai susu, betik dan lain-lain.
  • Tauhu berbentik kiub. 
  • Pasta yang dipotong kecil. 
  • Keju lembut yang dipotong kecil.
  • Telur rebus cincang.
  • Sayur yang dimasak lama seperti lobak, kacang pis, timun, ubi keledek dan lain-lain. 
  • Brokoli atau kobis bunga yang dimasak. 
  • Ayam dan daging yang dipotong kecil dan dimasak sempurna. 
  • Kentang goreng homemade 

5 Resepi finger food untuk si manja anda 

#1. Chicken Butter Rice Ball

  1. Masak nasi seperti selalu. 
  2. Panggang isi ayam.
  3. Bila nasi hampir masak, masukkan unsalted butter dan isi ayam yang telah di panggang tadi. 
  4. Kemudian gaul rata semuanya. 
  5. Setelah itu, kepalkan menjadi bentuk bebola. Siap! 

#2. Rice Muffin 

  1. Gaul lebihan nasi dengan sebiji telur.
  2. Masukkan nasi tersebut ke dalam muffin tray yang disapu dengan minyak kelapa dara. Cedok dengan sudu. 
  3. Bakar dengan  suhu 200°C selama 15 hingga 20 minit.

#3. Lempeng pisang kelapa 

  1. Lenyek pisang dengan kelapa. 
  2. Gaul rata semua bahan. 
  3. Leperkan atas pan dan masak sehingga sempurna. 

#4. Chicken Nugget homemade 

Bahan-bahan: 

  • Isi ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • ‘Leek’
  • ‘Celery’
  • ‘Baby spinach’
  • ‘Cream cheese’
  • ‘Homemade rice cereal’
  • Serbuk roti ‘homemade’

Cara-cara membuat: 

  1. kisar bahan satu hingga tujuh dengan blender kering. 
  2. Masukkan ke dalam acuan pilihan dan kukus 10 minit. 
  3. Potong ikut bentuk pilihan.
  4. Salut dengan bancuhan homemade rice cereal. 
  5. Golek atas serbuk roti. 
  6. Bakar atau goreng selama 10 minit hingga garing.

#5. Vege Rice Ball

  1. Kisar kering nasi, sayuran pilihan dan homemade chicken floss.
  2. Kepalkan bahan yang telah siap dikisar  sehingga berbentuk bebola.
  3. Grill atau deep fry selama 25 hingga 30 minit. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: One Handed Cooks 

Sumber: Bidadari , Mother Hood , Alo Dokter

Baca juga:

https://my.theasianparent.comresepi-puri-pisang-enak-sedap