Jam Tangan Pintar Sebagai Hadiah Hari Bapa, Dilengkapi 5 Ciri UNIK Untuk Kesihatan

Fitbit Malaysia telah mengumumkan pelancaran teknologi baharu iaitu jam tangan pintar bagi mengurus tekanan dan mengesan suhu pada kulit pengguna

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjagaan kesihatan diri adalah perkara paling penting bagi memastikan anda kekal sihat walaupun berdepan dengan musim pandemik Covid-19. Menyedari akan hal ini, Fitbit Malaysia telah menampilkan rekaan teknologi baharu iaitu jam tangan pintar bagi pengurusan tekanan dan pengesanan suhu kulit.

Ia adalah jam tangan pintar kesihatan yang pertama di dunia dilengkapi dengan Sensor EDA untuk pengurusan tekanan, aplikasi ECG Plus, SpO2 dan sensor suhu kulit.

Fitbit Malaysia bawa teknologi baharu dalam bidang kesihatan

Baru-baru ini syarikat elektronik dan kecergasan, Fitbit telah melancarkan ciptaan baharu mereka iaitu Fitbit SenseTM, jam pintar kesihatan yang memiliki sensor inovatif dan teknologi perisian dengan sensor aktiviti elektrodermal (EDA) pertama di dunia.

Ia merupakan jam pintar pertama di dunia bagi membantu menguruskan tekanan, dilengkapi dengan teknologi pengesanan kadar jantung yang maju, aplikasi ECG baru dan sensor suhu kulit di pergelangan tangan. 

Penggunaannya adalah tahan lama kerana dikuasakan oleh jangka hayat bateri melebihi enam hari. Sebelum ini, ia melalui tempoh percubaan selama enam bulan dengan dipasangkan pada Fitbit PremiumTM.

Syarikat Fitbit turut memperkenalkan Fitbit Versa 3TM dengan ciri kesihatan, kecergasan dan kemudahan baru yang menarik seperti GPS serta penambahan bantuan Google.

Selain itu ia menjadi alat teknologi yang paling mudah diakses, jangka hayat bateri sehingga 10 hari, menambah lebih banyak ciri kesihatan serta kecergasan seperti AZM dan percubaan Fitbit Inspire 2TM Premium percuma selama 1 tahun.

”Kami berpegang kepada misi untuk memastikan setiap manusia di dunia lebih sihat. Pandemik Covid-19 ini telah menunjukkan bahawa pentingnya menjaga kesihatan fizikal dan mental,” jelas pengasas dan CEO Fitbit, James Park.

Fitbit Malaysia- Ciri-ciri istimewa pada jam tangan pintar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak Fitbit mengambil pendekatan bagi membantu para pengguna menguruskan stres dan kesihatan jantung dengan lebih baik. Kini, kesihatan anda boleh diakses dengan mudah melalui pengesanan suhu kulit serta perubahan pada degupan jantung.

Ciptaan baharu ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri iaitu:

#1. Beri gambaran tindak balas tubuh terhadap tekanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sensor EDA pada jam pintar ini akan mengukur tindak balas aktiviti elektrodermal. Dengan menggunakan aplikasi EDA Scan, anda hanya perlu letak telapak tangan di permukaan peranti bagi mengesan perubahan pada tahap peluh kulit.

Bukan itu sahaja, skor Pengurusan Stres Fitbit turut mengira kadar degupan jantung, waktu tidur dan tahap aktiviti seharian anda. Jika skor tinggi, ia akan mencadangkan pengurusan tekanan lebih baik seperti latihan pernafasan atau alat perhatian lain.

#2. Mengurus kesihatan jantung

Fitbit Sense merupakan peranti pertama syarikat dengan aplikasi ECG2 bagi menilai degupan jantung. Manakala teknologi PurePulse 2.0 baharu Fitbit, ia memiliki sensor denyut jantung multi-jalur serba baru dan algoritma yang kemaskini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fitbit Sense ini dapat mengesan dan penghantar isyarat sekiranya degupan jantung anda berada melebihi tahap sepatutnya.

#3. Menggabungkan ciri kesihatan, kecergasan dan teknologi pintar

Berbanding jam tangan pintar Fitbit lain, Fitbit Sense ini memiliki semua ciri baharu seperti GPS-on-board, 20+ mod latihan pada peranti, penjejakan aktiviti automatik Smart Track, tahap dan skor kecergasan kardio dan alat tidur yang canggih.

#4. Reka bentuk dan gaya menjamin keselesaan maksimum

Fitbit Sense menampilkan reka bentuk baharu yang diilhamkan oleh tubuh manusia, bentuk anggun dan kemasan premium. Ia tahan lama menggunakan aluminium gred aeroangkasa dan keluli tahan karat. Bukan itu sahaja, ia merupakan jam tangan kalis air sehingga 50M.

#5. Dihadirkan dengan tiga siri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Fitbit Versa 3

Fitbit Versa 3

Memiliki GPS pada peranti, peta intensiti latihan dalam aplikasi, teknologi PurePulse 2.0 yang disempurnakan dan Minit Zon Aktif dalam membantu mencapai tahap kecergasan anda setiap hari.

Selain itu, kemudahan pada pergelangan tangan ini memiliki pembesar suara dan mikrofon bagi membolehkan anda membuat panggilan pantas. T

  • Fitbit Inspire 2
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fitbit Inspire 2

Dilengkapi ciri-ciri canggih seperti Active Zone, reka bentuk bergaya, langsing, skrin lebih cerah dengan jangka hayat bateri sehingga 10 hari. Ia membantu membina tabiat sihat seperti alat tidur canggih, pengesanan kadar denyutan jantung dan kesihatan haid, mengawal pengambilan makanan serta berat badan anda.

  • Fitbit Premium

Fitbit Premium meningkatkan pengalaman Fitbit anda ketika dipasangkan pada mana-mana peranti, ia membuka analisis data anda lebih mendalam meliputi seluruh aktiviti, waktu tidur dan degupan jantung.

Selain itu alat ini menyediakan beratus-rata latihan senaman dari jenama terkenal seperti Aaptiv, barre3, DailyBurn dan Yoga Studio oleh Gaiam.

Harga yang ditawarkan untuk Fitbit Sense adalah RM1,498. Fitbit Versa 3 boleh didapati dengan harga RM1,148. Manakala Fitbit Inspire 2 tersedia dengan harga RM498 (aksesori dijual secara berasingan).

Fitbit Premium boleh didapati di Malaysia dengan harga RM39 sebulan atau RM335 setahun. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh muat turun aplikasi Fitbit atau laman web Fitbit.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Stress Ketika Mengandung Boleh Mempengaruhi Perkembangan Janin Dalam Kandungan