Nampak Kemas & Tersusun, Neelofa Kongsi Gambar Almari Pakaian Muhammad Bilal

Gambar anak Neelofa, Muhammad Bilal sering membuatkan para peminat berasa teruja meskipun baru dikongsi secara sipi-sipi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum mengetahui, sudah memasuki usia 3 bulan rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat gambar anak Neelofa. Selebriti dan usahawan terkenal ini hanya berkongsi sipi-sipi sosok tubuh bayinya yang kelihatan begitu bam-bam!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gambar anak Neelofa dan kelengkapan barang bayi
  • Gambar anak Neelofa makin bam-bam dan boleh meniarap

Bagi mana-mana wanita yang baru pertama kali bergelar ibu, kehadiran cahaya mata sulung adalah amat istimewa. Neelofa juga tidak ketinggalan untuk berkongsi beberapa barangan ibu dan bayi menerusi Instastory miliknya buat tatapan pengikut.

Gambar anak Neelofa dan kelengkapan barang bayi

Menerusi perkongsian yang terbaharu, Neelofa menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.

“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.

Selain itu, dia turut mengatakan bahawa sudah mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.

“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh Noor Neelofa baru baru ini, anaknya kini semakin membesar dengan sihat.

Gambar anak Neelofa makin bam-bam dan boleh meniarap

Keluarga kecil Neelofa dan suaminya, PU Riz kelihatan sungguh bahagia dengan kehadiran anak sulung mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak awal kelahiran, Instagram Neelofa sering mendapat perhatian dari para peminat kerana ramai yang ingin mengetahui perkembangan Bilal.

Difahamkan selepas tempoh berpantang, Neelofa mendapatkan khidmat nasihat dari pakar laktasi bagi memudahkan proses penyusuan anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga dilihat begitu mementingkan kesihatan serta pemakanan bagi memenuhi keperluan penyusuan Bilal.

Bukan itu sahaja, dia sempat berkongsi beberapa momen apabila anaknya kini sudah boleh meniarap dengan baik. Para peminat juga begitu teruja melihat badan Bilal yang memiliki banyak kesan tanda lahir atau lebih dikenali sebagai tompok biru Mongolia.

Selain itu Neelofa sempat berjenaka tentang lengan anaknya yang ‘sado’ kelihatan seperti bun roti.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Neelofa Selamat Bersalin, Anak Sulung Diberi Nama Muhammad Bilal

Baca juga: Lebih 8 Jam Tahan Contraction, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Muhammmad Bilal

Baca juga: Neelofa Ambil Konsultan Laktasi Belajar Ilmu Penyusuan, Patutlah Bilal Makin Bam Bam!