Gambar bayi senyum adalah perkara biasa. Tetapi apa yang luar biasa adalah gambar bayi yang baru lahir ini senyum sejurus selepas mendengar suara bapanya!
Ini bertepatan dengan kajian yang menunjukkan bahawa bayi di dalam rahim bukan sahaja boleh mendengar apa yang diperkatakan tetapi mereka juga boleh mengingatinya selepas mereka dilahirkan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kisah gambar bayi senyum menjadi tular selepas dilahirkan
- Cara bercakap dengan bayi dalam kandungan
Kisah gambar bayi senyum menjadi tular selepas dilahirkan
Sewaktu Little Antonella dilahirkan tiada siapa yang menyangka bahawa bayi baru lahir ini akan keluar dengan raut wajah tersenyum.
Tetapi sebaik sahaja si ayah mengulang semula perkataan yang biasa dia ucapkan sewaktu bayi ini masih berada dalam kandungan, rupanya dia dapat mengecam suara bapanya dan terus tersenyum!
Apa yang pasti, Little Antonella bukan sahaja membuatkan ibu ayahnya berasa gembira tetapi ianya turut memberikan kegembiraan kepada hampir ribuan orang sewaktu gambarnya menjadi tular di Instagram.
Little Antonella merupakan anak kepada Tarsila Rosa dan Flávio Vilela. Difahamkan Flavio begitu teruja bercakap dengan anaknya hampir setiap hari walaupun masih berada dalam kandungan.
Malah, beliau sentiasa bercakap dan menyatakan bahawa dia sangat menyayangi anaknya.
Sewaktu Antonella lahir, beratnya 3.125 kg dan 49 cm. Menurut pasangan ini, sewaktu dia diletakkan pada badan ibunya, bayi comel ini membuka mata dan tersenyum sebaik sahaja mendengar suara si ayah.
Menurut Flávio, ia adalah senyuman paling jujur di dunia. Mereka merasai kasih sayang yang sebenar dengan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga.
Lebih membahagiakan lagi, bayi perempuan ini juga dilahirkan pada Hari Bapa di Brazil. Memang anak ayah!
Gambar-gambar dibawah menunjukkan Antonella kini telah pun membesar dengan baik dan usianya mencecah dua tahun.
Cara bercakap dengan bayi dalam kandungan
Kisah gambar bayi senyum yang tular ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya bercakap dengan bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
Kepada ibu ayah yang ingin bercakap dengan bayi anda dalam kandungan, lakukanlah dengan kerap dan bila-bila masa sahaja. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!
Baca juga: Bayi Baru Lahir Memang Kerap Menangis, Ini Cara Menenangkan Anak Menangis Dengan Berkesan
Baca juga: Subhanallah, Viral Bayi Baru Lahir Dengan Tangan Seakan Sedang Berdoa, Buat Ramai Kagum