Ada dua perkara yang boleh membahagiakan hati seorang ibu. Pertama, ketika melihat anak perempuannya berkahwin.
Kedua, ketika mengetahui anak perempuannya selamat melahirkan cahaya mata. Mari lihat gambar bersalin yang ditemani ibu ini untuk melihat pengorbanan seorang ibu menemani anak perempuan mereka bersalin.
Pastinya anda akan rasa terharu dan indah sekali!
25 gambar bersalin ditemankan ibu tercinta, pasti anda terharu melihatnya
1. Ibu hormati keputusan anaknya
Kredit: Lobke Koppens
Menurut cerita jurugambar gambar bersalin ini, ibu tersebut membela anaknya tanpa ayah. Namun, jangan salah faham ya. Ia bukan kerana hubungan luar nikah tapi kerana si ibu mendapat sperma dari penderma.
Ketika ini, ibunya yang berusia 81 tahun ini bersetuju dengan keputusan anaknya itu untuk ada anak tanpa suami atau perkahwinan.
Apatah lagi, ibunya yang tua ini menemani anak perempuannya ini dengan rasa cinta hingga anaknya selamat melahirkan.
2. Genggam erat tangan anak
Kredit: Vivian Stembridge
Gambar bersalin ini menunjukkan bahawa seorang ibu ini tak melepaskan tangan anaknya dan sentiasa berada di sampingnya ketika susah atau senang.
3. Nenek tunggu cucu
Kredit: Monet Nicole
Gambar bersalin ini menunjukkan wanita tersebut bersandar di bahu ibunya. Seolah-olah memaparkan nenek menyambut cucunya lahir ke dunia.
4. Ibu rasa bangga
Kredit: Joprice
“Ibu bangga dengan kamu” – ungkap wanita ini kepada anaknya yang telah menjadi ibu.
5. Sama-sama membantu
Kredit : Isabell Steinert
Gambar bersalin dirakam ketika saat saling bantu-membantu tatkala anak perempuan wanita ini berada di bilik bersalin.
Ibunya mengurut di tangan dan si nenek mengurut di punggung.
6. Sentiasa di samping anak
Kredit: Sugar And Coco/Chinelle Rojas.
Gambar bersalin ini diambil oleh si ayah yang bersiap sedia untuk menjadi atuk kepada cucunya.
Sementara itu, si ibu pula sentiasa berada di samping anaknya.
7. Pelukan ibu cukup indah
Kredit:Born Birth Photography/Jessica Mehu Photography.
Betapa gembiranya ibu melihat anaknya sedang berjuang melahirkan cucu walaupun merasai sakit yang sama sepertinya suatu ketika dahulu.
8. Keluarga adalah segalanya
Kredit: Dianne Hamre
Bukan hanya ditemani ibu, tapi ayah juga turut berada di sisinya. Pelukan mereka ketika anak sakit bersalin cukup bergenangkan air mata.
9. Setia menamani
Kredit: Alice Garik
Ibu sentiasa menemani anaknya ketika sakit kontraksi terjadi.
10. Walaupun tinggal jauh tetap menemani
Kredit: Ashley Heppermann Photography.
Walaupun si ibu tinggal jauh di perkampungan. Namun, dirinya sanggup menempuh perjalanan yang jauh itu demi menemani anaknya untuk melahirkan cucu pertama mereka.
11. Ibu membantu segalanya
Kredit: Ashley Heppermann Photography
Ibu ini sentiasa mengurut, menyuapkan makanan dan minuman kepada anaknya supaya anaknya itu bersemangat untuk proses kelahiran nanti.
12. Si anak perlu tetap cantik
Kredit: Liz Cook
Walau apapun, ibu ini ingin melihat anaknya tetap cantik walaupun sedang menahan kesakitan.
13. Hai cucu nenek!
Kredit: Ashley Marston Photography
Memori yang cukup emosi.
Betapa terharunya jika ketika melahirkan bayi ditemani ibu dari awal kontraksi hingga bayi selamat dilahirkan. Kemudian si nenek ini menyapa cucunya itu.
14. Nenek bangga dengan anak dan cucunya
Kredit: The Birth Lens/Amber Pembleton
Nenek ini kelihatan cukup bangga dengan kelahiran cucunya itu.
Ini merupakan kali keempat sang ibu menunggu kelahiran cucu untuk beri semangat pada anaknya yang tersayang.
15. Sentuhan pertama nenek
Kredit: Art Shaped Photography/Diana Hinek
Dapat dilihat apabila si nenek tidak dapat menahan rasa sabar untuk menyentuh cucu yang baru dilahirkan itu.
Seronok bila mempunyai nenek yang penyayang, pasti limpahan kasih sayang melebihi segalanya.
16. Melahirkan bayi lelaki
Kredit: Marcy Harris Photos
Ekspresi wajah nenek yang seronok apabila anaknya melahirkan cucu lelaki yang telah diimpikan sekian lama.
17. Wanita harus kuat
kredit: Light the Way Doula Services
Kekuatan seorang ibu mencerminkan keberanian seorang anak
18. Tiga generasi
kredit: JoAnn Marrero/From Labor to Love.
Momen tiga generasi apabila cucu selamat dilahirkan dan ia disambut oleh neneknya sendiri.
19. Seluruh keluarga menyambut kelahiran
kredit: Lindsay Kaye Photography
Bukan hanya ditemani ibu, tapi turut ditemani suami dan seluruh ahli keluarga. Bahkan, si nenek terlihat gembira ketika cucu selamat dilahirkan.
20. Saat melahirkan
Kredit: Meghan Hale Photography
Selepas melahirkan, pasti si ibu akan rasa penat. Namun apabila mendapat pelukan dari ibu tercinta pastinya ia momen yang cukup indah.
21. Hanya ibu yang memahami
kredit: Meghan Hale Photography
Hanya seorang ibu saja yang memahami bagaimana rasanya sakit ketika melahirkan. Inilah perjuangan dan jasa ibu yang tak boleh dilupakan.
22. Ciuman ibu adalah kekuatan
kredit: Fermont Fotografie
Si nenek tidak tahu bagaimana rasanya saat melahirkan secara water birth. Dia rasa beruntung dapat melihatnya sendiri di hadapan mata.
23. Datang dari jauh untuk lihat cucu
kredit:Tova Friedman Photography.
Dikhabarkan si nenek ini memerlukan 12 jam perjalanan semata-mata ingin membantu anaknya bersalin di rumah.
24. Ibu dan suami teman perjuangan
kredit: Fotografer C Wagner Photography & Design
Ibu dan suami menjadi teman perjuangan ketika isteri ingin melahirkan. Hasil gambar bersalin ini memang menyentuh hati.
25. Senyuman kebahagiaan
kredit: Heather Gallagher Photography
Kelihatan senyum kebahagiaan seorang nenek ketika melihat cucu selamat dilahirkan sambil mengelus rambut anak perempuannya.
Bagaimana pula dengan anda? Ada tak gambar bersalin yang ditemani ibu? Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman socmed anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
https://my.theasianparent.comgambar-orang-bersalin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!