TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tak Takut Kena Sengat, Ibu Hamil Ini Buat Photoshoot Dengan 10 Ribu LEBAH !

6 Jul, 2020
Tak Takut Kena Sengat, Ibu Hamil Ini Buat Photoshoot Dengan 10 Ribu LEBAH !

Wanita hamil ini mahu gambar paling indah,rela ambil risiko bersama bayi dikandung dengan menjadikan 10,000 lebah sebagai props utama dalam penggambarannya!

Kerja gila! Mungkin ini yang terlintas di minda anda saat melihat foto ibu hamil ini. Setiap ibu hamil pasti mengimpikan merakam gambar paling indah bagi mengenang momen indah 9 bulan bersama bayi dikandung.

Bagaimanapun, bagi wanita dari Boerne, Texas ini, beliau menginginkan kelainan dalam merakam gambar ketika maternity photoshootnya dengan menggunakan lebih 10,000 lebah sebagai props utama dalam penggambarannya. 

Beliau mendapat perhatian netizen di media sosial selepas memuatnaik gambar berkenaan ada yang mengecamnya kerana mengatakan tidak memikirkan keselamatan diri dan bayi tetapi tidak kurang juga yang memuji keberaniannya. 

Gambar paling indah bersama 10,000 lebah 

Wanita sarat mengandung itu, Bethany Karulak-Baker,  bagaimanapun menjelaskan beliau sudah mendapatkan nasihat doktornya sebelum membuat penggambaran itu.

“Inilah gambar maternity photoshoot yang saya janji untuk kongsikan kepada anda. Saya tidak disengat walau sekali pun. ‘Ratu’ lebah itu diletakkan di atas perut saya dalam kurungan. Lebah itu diletakkan secara semulajadi di atas perut saya dan ia mula merimbun. Jangan risau, doktor saya membenarkannya. Kira-kira 10,000 lebah digunakan. Ceria semua!,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya. 

Pernah alami depresi selepas keguguran

lebah

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut berkongsi beliau pernah mengalami kemurungan tahun lalu susulan mengalami keguguran kandungan.

Katanya, penggambaran kali ini bukan hanya penggambaran untuk mengingati momen mengandung. Ia adalah momen untuk diingati bahawa terutama kepada anak yang dilahirkan bahawa ada ada ‘pejuang’ di dalam perutnya. 

Dapat kritikan netizen

Gambar itu bagaimanapun mendapat banyak kritikan daripada netizen yang mengatakan beliau tidak mementingkan keselamatan diri dan anaknya. Malah ada yang mengatakannya ‘gila’ populariti sehingga sanggup menggadai nyawa. 

Malah ada yang mempersoalkan adakah benar doktor yang merawatnya benar-benar memberikan kebenaran kerana lebah boleh mendatangkan alahan kepada wanita hamil.

Apa nak buat jika anda disengat lebah? 

lebah

Lebah adalah serangga yang hidup berkumpulan, popular dengan peranannya dalam proses pendebungaan, menghasilkan madu serta lilin lebah.

Di sebalik hukum alam yang dilaksanakan, lebah juga menjadi ‘musuh’ manusia sekiranya serangga berkelompok ini berasa terancam dengan kehadiran entiti lain termasuk binatang ternakan.

#1. Simptom digigit lebah

lebah

  • Kemerahan, bengkak, sakit dan gatal di kawasan terkena sengatan
  • Rasa sakit akan cepat hilang tetapi bengkak boleh berlarutan lebih satu hari
  • Benjolan pada permukaan kulit dan gatal seluruh badan
  • Bengkak pada mulut, tekak atau kedua-duanya
  • Pernafasan berbunyi ‘berdehit’
  • Sesak nafas
  • Loya, muntah
  • Sakit dada

#2. Komplikasi

Banyak sengatan boleh mengakibatkan komplikasi kronik termasuk kerosakan otot, kegagalan ginjal dan berakhir dengan kematian. Satu sengatan di dalam mulut kanak-kanak boleh mengakibatkan salur pernafasan bengkak. Kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi mengalami tindak balas serius.

#3. Rawatan awal

1. Cabut penyengat yang tertinggal di tempat sengatan

Penyengat perlu dikeluarkan secepat mungkin menerusi sebarang kaedah yang dibolehkan. Kajian menunjukkan tiada perbezaan pada jumlah racun yang masuk ke dalam tubuh sekiranya penyengat dikeluarkan secara mencubit atau dikikis.

Lewat mengeluarkan penyengat (walaupun beberapa saat) boleh mengakibatkan lebih banyak racun masuk ke tubuh.

Stories Rakan Kongsi
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks

2. Tekap ais pada bahagian yang disengat

Apabila terkena bisa sengatan lebah, dalam beberapa jam ia akan menimbulkan bengkak. Jadi, tuam atau tekap ais pada bahagian yang disengat untuk mengurangkan bengkak. 

3. Rehat dan tinggikan anggota badan yang terkena sengat

Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. Dua peratus individu yang disengat boleh mendapat kejutan anafilatik terhadap protein tertentu dalam racun sengatan. Ia boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan.

4. Suntikan adrenalin diperlukan individu yang mengalami tindak balas renjatan

Setiap individu memberi reaksi yang mungkin berbeza terhadap sengatan lebah. Ada yang perlu mendapatkan suntikan adrenalin jika dia terasa mengalami renjatan selepas disengat lebah untuk mengelakkan kesan lebih buruk berlaku. 

5. Imunisasi tetanus disarankan

Bahagian yang disengat mungkin terasa sakit untuk beberapa jam. Bengkak dan gatal mungkin berterusan selama seminggu. Elak menggaru kerana ia akan meningkatkan lagi rasa gatal dan bengkak.

Sekiranya individu terkena lebih 10 sengatan atau sengatan di dalam hidung, mulut dan tekak, mereka berisiko mengalami sesak nafas akibat tindak balas anafilaktik atau pembengkakan di tempat sengatan.

#4. Langkah pencegahan

Elakkan diri dari mendekati lebah dan tebuan.

Adalah penting sebagai peringatan bahawa sengatan tebuan madu dapat menghasilkan ‘pheromones’yang boleh ‘memanggil’ tebuan lain datang untuk menyerang.

Sumber: news18, Harian Metro, myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkelebihan-madu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tak Takut Kena Sengat, Ibu Hamil Ini Buat Photoshoot Dengan 10 Ribu LEBAH !
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham