Gambar Orang Mengandung Sering Menjadi Bahan Pemuas Nafsu, Ibu Sila Waspada!

Gambar orang mengandung sering menjadi sasaran bagi individu Preggofilia. Justeru, sentiasalah berhati-hati jika ingin memuatnaik gambar ke media sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata. Namun keterujaan ini hendaklah berpada-pada dan adalah lebih baik tidak berkongsi gambar orang mengandung atau baby bump anda di platform media sosial.

Ini kerana ia berupaya mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Mungkin bagi sesama jantina atau ahli keluarga, ia tidak menjadi masalah. Tetapi bagi orang luar dan lelaki yang mempunyai masalah mental, mereka akan menyimpan gambar tersebut untuk tujuan yang tidak senonoh.

Baca juga: Sentiasa Waspada, Gambar Ibu Mengandung Sering Menjadi Bahan Lucah Para Lelaki!

Tular gambar orang mengandung dalam web pornografi

credit to sources

Media sosial dan internet adalah satu lapangan yang sangat luas. Apa yang anda muat naik, tidak boleh dipatah balik dan dipadam dari pandangan dunia. Ia salah satu sebab mengapa kita perlu berhati-hati dengan apa saja yang dikongsi dalam internet atau akaun media sosial. Tidak kiralah dari sumber dan maklumat apa. 

Tapi bagi Meg Ireland, dia mengatakan bahawa dirinya tidak bersalah kerana hanya berkongsikan berita gembira yang disertai dengan gambar mengandung miliknya di media sosial.

Namun malangnya tindakan tersebut telah memakan dirinya sendiri. Apa yang berlaku kemudian hari telah membuatkan dia berasa sangat jijik. Dia menemui gambarnya tersebar dalam laman sesawang pornografi dan preggofilia!

Gambar wanita mengandung jadi santapan porno

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Preggofilia merupakan obsesi jijik terhadap wanita hamil. Menurut preggophilia.com, laman tersebut menyediakan forum untuk mereka yang meminati wanita hamil.

Ia menyediakan gambar wanita mengandung merangkumi selebriti, mana-mana perempuan hamil dan foto perut yang membesar! Pada Meg, ia pengalaman yang sungguh mengerikan, terutamanya apabila gambar perut beliau digunakan tanpa pengetahuannya.

“Saya lihat ramai yang memuatnaik gambar perut hamil mereka dan saya berdoa agar foto-foto mereka tidak jatuh ke tangan orang jahat.

Kita mungkin tidak terfikir ada orang akan mencuri gambar kita, tapi malangnya, ia berlaku SEPANJANG MASA!

Semasa saya sedang skrol laman sesawang yang teruk untuk mencari rantaian ini, saya nampak banyak benda yang menjijikkan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar mengandung dan perut hamil tular, adakah salah wanita?

Ramai yang menyalahkan saya kerana telah memuat naik gambar peribadi walaupun ketika itu akaun saya telah dikunci (private).

Saya lihat dengan cara berbeza dan tidak kisah jika seseorang telah merakam gambar untuk tunjuk kepada orang lain, tapi apa yang mereka buat dengan gambar kehamilan saya amat jijik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini Meg menasihatkan semua wanita untuk lebih berhati-hati apabila orang yang tidak dikenali berkawan dengan anda di media sosial. Dan jangan teragak-agak untuk menyekat mereka jika ia kelihatan menakutkan.

Ada bermacam-macam orang di media sosial ini. Kita kena perlu lebih berwaspada dan berusaha untuk tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Bahaya Maiesiophilia, mereka suka kumpul gambar ibu yang tunjuk baby bump

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak beberapa tahun yang lalu, telah tular kes gambar ibu hamil dijadikan ‘bahan’ untuk sesetengah lelaki memuaskan nafsu mereka secara maya. Siapa sangka dengan hanya sekeping gambar perut wanita yang menonjol ke hadapan sudah cukup untuk membuatkan mereka berfantasi kotor.

Keterujaan kebanyakan ibu muda yang mengandung berkongsi gambar mereka setiap hari di laman media sosial telah membuka peluang buat individu Maiesiophilia untuk memuat turun secara percuma bahan seks mereka.

Maiesiophilia adalah kelainan seksual yang mengakibatkan mereka dengan penyakit ini berasa ghairah apabila melihat gambar wanita mengandung. Mereka juga amat suka ibu memakai dress hamil ataupun pakaian yang jelas menunjukkan baby bump dan menganggapnya amat seksi.

Lebih teruk lagi, golongan ini menyediakan channel telegram untuk berkongsi gambar-gambar dan video seks bersama ibu mengandung sebagai bahan pemuas nafsu mereka.

Justeru buat semua ibu mengandung, sentiasalah berhati-hati. Apabila sudah menjadi mangsa, usahlah memarahi diri sendiri, sebaliknya nilai kembali tindakan anda di media sosial kerana tidak semua perkara boleh dikongsi dengan orang lain.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Gambar Wanita Ini Menyusu Tanpa Baju Mencetuskan Kemarahan Orang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan