2 Minggu Ditidurkan Di NICU, Paru-Paru Bayi Kecut & Tidak Boleh Bernafas Sendiri Akibat Virus RSV

Gangguan pernafasan disebabkan oleh virus RSV amat membahayakan nyawa si kecil anda. Biasanya jangkitan berpunca dari air liur orang dewasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan pernafasan menyerang kanak-kanak disebabkan oleh Virus RSV amat membahayakan. Virus ini boleh membuatkan bayi sangat sakit dan juga meningkatkan risiko maut.

Kebiasaannya bayi menerima jangkitan melalui air liur orang dewasa (ciuman). 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gangguan pernafasan bayi disebabkan oleh virus RSV 
  • Gangguan pernafasan pada bayi, ramai yang mendoakan kesembuhan baby Shifa
  • Virus RSV amat bahaya, boleh sebabkan masalah pernafasan

Gangguan pernafasan bayi disebabkan oleh virus RSV 

Seorang pengguna Facebook iaitu Arissa Nadeera Sizuka menerusi satu hantaran video pendek telah meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anak buahnya, Baby Shifa yang dilaporkan diserang virus RSV.

Menurutnya menerusi video tersebut, bayi berkenaan terlantar di hospital hampir sebulan lamanya akibat paru-parunya mengecut dan tidak boleh bernafas secara sendiri.

Tambahnya lagi, Baby Shifa pernah ditidurkan di Wad NICU selama dua minggu. Kemudian selepas tiga hari dia dipindahkan ke wad biasa.

Namun memandangkan keadaannya belum stabil, pihak hospital membuat keputusan untuk menidurkannya semula di Wad NICU.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan pernafasan pada bayi, ramai yang mendoakan kesembuhan baby Shifa

Menjengah di ruangan komen, kami mendapati ramai yang meninggalkan komen-komen positif dan majoriti turut mendoakan kesembuhan Baby Shifa ini.

“Syafakallah baby.. semoga Allah beri kesembuhan kpd awak sayang…. moga ibu & ayah juga kuat mengahrungi dugaan ini.. aminn ya rabb,” tulis Nurul Hidayah.

“Allahuakbar ya Allah berilah kesembuhan kepada anak kecil ini,” tulis Nor Aini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Semoga Allah beri kesembuhan buat anak ini…kembali sihat yg tiada sakitnya lagi..Aamiinn,” tulis Fara Dina.

Alhamdulillah dengan kesemua doa yang dititipkan buat Baby Shifa.

Virus RSV amat bahaya, boleh sebabkan masalah pernafasan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

RSV adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Kebanyakan kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti virus ini sebelum hari jadi kedua mereka.

Bagi bayi dan kanak-kanak, gejala jangkitan virus RSV hanyalah seperti demam dan selsema. Walau bagaimanapun, peratusan kecil yang terkena jangkitan RSV boleh menyebabkan masalah kesihatan lebih parah.

Dua masalah kesihatan yang berupaya menjangkiti mereka adalah bronkitis (saluran udara kecil paru-paru dijangkiti) atau pneumonia dan boleh menyebabkan kematian.

1-2 daripada 100 bayi berumur enam bulan ke bawah akan dijangkiti RSV dan perlu dimasukkan ke dalam hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru ibu ayah sila waspada dan halang sekiranya orang sekeliling ingin mencium bayi anda agar kejadian sama tidak berulang. Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Alah Cium Sikit Je,” Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

Baca juga: Virus RSV boleh sebabkan kematian bayi – Ini tanda jangkitan pada anak

Baca juga: Bayi Ini Dijangkiti Virus RSV di Hospital, Dan Inilah Amaran Ibunya Untuk Semua Ibu Bapa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.