Semak 8 Jenis Gangguan Personaliti Ini, Mungkin Ada Pada Anda!

Ada individu yang mungkin tidak perasan mereka alami gangguan personaliti sehinggalah ia mendatangkan kesan tidak baik dalam hidup mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika terkurung akibat PKP ramai yang mengesan mereka menghadapi masalah daripada pelbagai segi termasuklah gangguan personaliti.

Apabil terlalu banyak bergantung dengan media sosial, ditambah pula dengan terkurung dan tidak boleh ke mana-mana, ada yang hingga sudah tidak kenal diri masing-masing.

Malah ada yang terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital kerana mengalami kemurungan dan sebagainya atas pelbagai faktor termasuklah kerana tiada pendapatan, hilang pendapatan, dibuang kerja dan sebagainya.

Gangguan personaliti yang mungkin anda alami

Kredit: astroawani

Setiap individu sebenarnya mempunyai personaliti yang tersendiri yang membentuk ciri-ciri seseorang individu itu berfikir, berinteraksi serta menjalani kehidupan harian tetapi hanya segelintir sahaja yang mempunyai masalah kecelaruan personaliti.

Terdapat banyak jenis kecelaruan personaliti tetapi antara jenis-jenis kecelaruan personaliti yang mungkin anda pernah dengar adalah jenis paranoid, anti-sosial dan narsistik.

Kecelaruan personaliti merupakan sejenis kecelaruan mental di mana seorang individu itu mempunyai corak pemikiran, imej diri, kefungsian dan tingkah laku yang tidak fleksibel. Cara mereka melihat sesuatu keadaan itu berbeza dari individu normal.

Ini antara 8 jenis gangguan personaliti yang mungkin anda alami dan sememangnya memerlukan bantuan:

#1. Narsisstic Personality Disorder

  • Taksub kepada pujian dan pangkat.
  • Merasakan diri sendiri sentiasa betul.
  • Tiada empati kepada orang lain.
  • Gemar mengeksploitasi orang lain untuk kejayaan diri sendiri.

#2. Borderline Personality Disorder (BPD)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sering berasa takut untuk ditinggalkan.
  • Sangat sensitif dengan “rejection”.
  • Marah tanpa sebab
  • Corak hubungan yang tidak stabil.

#3. Histrionic Personality Disorder

  • Terlalu taksub kepada perhatian (attention seeker).
  • Sentiasa mengharapkan penerimaan daripada orang lain.
  • Bersikap dramatik dan pandai berlakon.
  • Suka berpakaian lain daripada kebiasaan norma masyarakat untuk mencuri perhatian.

#4. Antisocial Personality Disorder

  • Tidak mempunyai nilai common sense.
  • Sukar memahami perasaan orang lain.
  • Suka melanggar arahan.
  • Tidak mempunyai sikap empati.

#5. Avoidant Personality Disorder

  • Suka menghindari aktiviti sosial.
  • Kurang berinteraksi dengan orang lain.
  • Tidak suka mulakan perbualan.

#6. Dependent Personality Disorder

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sukar untuk membuat keputusan.
  • Sukar untuk mengatakan perkataan “Tidak”.
  • Sukar untuk menunjukkan rasa tidak setuju.

#7.Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD)

  • Bersikap tidak realistik.
  • Terlalu cintakan kesempurnaan.
  • Suka mencari kesalahan orang lain.
  • Suka meletakkan “standard” tertentu terhadap diri sendiri dan orang lain.

#8. Split Personality Disorder

  • Mempunyai lebih dari 2 personaliti.
  • Mempunyai kisah trauma dalam sejarah hidup.
  • Tidak sedar dengan perubahan personaliti.
  • Mampu bertindak secara agresif dan di luar kemampuan mengikut perubahan personaliti.

Sejenis kecelaruan mental

Menurut Dr Firdaus Abdul Ghani, antara jenis kecelaruan mental yang jarang dibicarakan adalah kecelaruan personaliti, gangguan personaliti atau ‘personality disorder’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun demikian, ia merupakan sejenis kecelaruan mental yang biasa ditemui oleh pakar psikiatri yang merawat masalah kecelaruan mental.

Apakah punca kecelaruan atau gangguan personaliti?

Kredit: twitter

Walaupun punca yang tepat tidak diketahui, namun terdapat pelbagai faktor risiko yang dikaitkan dengan kecelaruan personaliti. Antaranya ialah:

  • Faktor genetik: Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kecelaruan personaliti atau penyakit mental.
  • Peristiwa trauma atau tekanan hidup yang berpanjangan.
  • Kehidupan zaman kanak-kanak yang sukar, contohnya keadaan keluarga yang tidak stabil, didera atau diabaikan.
  • Pernah mengalami kecederaan otak.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak.

Adakah cara untuk merawatnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: stearameum

Rawatan utama untuk masalah ini adalah melalui sesi psikoterapi yang komprehensif di mana individu tersebut akan dibantu untuk mengenalpasti masalah, menguruskan emosi dan tekanan.

Pesakit juga akan turut dibimbing tentang cara menjalinkan hubungan dengan lebih baik serta mengawal sikap negatif yang dialami.
Bagaimanapun, adakalanya ubatan turut diberikan bergantung kepada gejala yang dialami oleh individu tersebut.

Antara ubatan yang biasanya diberikan adalah jenis anti-kemurungan, anti-keresahan, penstabil emosi serta anti-psikotik. Selain dari itu, pengamalan gaya hidup yang sihat serta sokongan yang baik daripada keluarga dan rakan-rakan juga dapat membantu dalam menguruskan kecelaruan personaliti yang dialami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: iluminasi

Baca juga: Personaliti Bayi Terbentuk Sejak Dalam Kandungan – 4 Jenis Ragam Ibu Perlu Tahu!

Baca juga: 6 Gaya Tidur Menggambarkan Personaliti Unik – Anda Yang Mana Satu?

Baca juga: Ketahui Peribadi & Karakter Anak Berdasarkan Waktu Kelahiran Mengikut Ilmu Astrologi

Penulis

Lala Annuar