Penting Untuk Beri Penerapan Mengenai Gangguan Seksual Kepada Anak, Ini Sebabnya

Gangguan seksual di Malaysia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ibu ayah perlu sentiasa waspada, pemangsa mungkin terdiri daripada kenalan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanpa mengenal usia, gangguan seksual di Malaysia merupakan kejadian yang kerap terjadi kepada wanita, bayi dan kanak-kanak. Hampir setiap hari kes ini berlaku, namun paling menyedihkan apabila segelintir mangsa membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja kerana pelaku adalah kenalan terdekat.

Menurut penulis buku ”Gangguan Seksual”, Abd. Rahim Abd. Rashid menyatakan bahawa gangguan seksual di Malaysia adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Ia merangkumi tindakan secara lisan, fizikal atau isyarat seksual sehingga meninggalkan kesan emosi kepada seseorang.

Baca juga: 7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

Kisah benar anak menjadi salah seorang mangsa gangguan seksual di Malaysia

credit to sources

Berdasarkan perkongsian kisah benar oleh Dr Redza Zainol, seorang ibu terdiam apabila anak perempuannya dipercayai telah menjadi mangsa cabul.

”Kenapa uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?” Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan yang keluar dari mulut anak perempuannya.

Diulang lagi soalan yang sama pada ibunya. Anak kecil ini telah berasa bingung dengan apa yang sudah terjadi pada diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kakak pergi tidur dulu. Esok kita cakap lagi.”

Selepas disiasat dan ditanya berkali-kali, barulah si ibu percaya bahawa anaknya sudah dicabul oleh kawan suaminya. Kawan selalu datang ke rumah sehingga menjadi rapat dengan anak-anak.

Luar pakai muka manusia, dalamnya syaitan hitam belaka

Bila kami terangkan pada si ayah mengenai keadaan anak, dia hanya memandang ke atas, menggigil sambil menahan air mata dari tumpah.

Anaknya sudah dicabul dan dipaksa buat seks oral.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Masa saya di balas polis, saya nak minta polis di sana tembak terus kawan saya. Bagi dia mati.”

Itu sahaja yang mampu di cakap. Namun sudah terlambat. Kawan memang kawan. Tapi biarlah hanya sampai di luar pintu rumah sahaja.

Pokoknya, janganlah mudah mempercayai sesiapa sahaja. Jangan beri peluang untuk mereka mendekati anak kita.

Kita bagi orang lain peluk anak,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita bagi orang lain kerap bermalam di rumah,

Kita bagi kawan selalu datang rumah waktu malam-malam.

Pemangsa hanya perlukan sedikit waktu untuk melepaskan nafsu

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Padahal di rumah kita ada isteri dan anak perempuan. Peluang beginilah yang mereka nanti-natikan. Pemangsa hanya perlukan waktu cuma 15 minit sahaja. Itu sudah cukup untuk menghancurkan ahli keluarga kita.

Sekiranya kejadian ini berlaku pada keluarga terdekat, apa yang perlu dibuat?

#1. Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku semestinya akan sanggup memberi alasan atau melakukan apa sahaja bagi menutup kesalahan sendiri.

#2. Segera membuat laporan polis. Ini dokumen yang paling penting:

  • Bawa salinan laporan polis ke hospital
  • Pihak polis pula dengan segera memberkas si pelaku. Ini penting supaya dia tidak datang ke rumah menganggu keluarga mangsa

#3. Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan dapat membuat pemeriksaan lebih teliti pada bahagian kemaluan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Seterusnya, anak akan dirujuk pada doktor psikiatri bagi membuat penilaian tanda-tanda kemurungan, stres atau trauma. Paling serius adalah timbul rasa ingin membunuh diri.

#5. Sekiranya anda memiliki anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan besar bahawa semuanya sudah pun dicabul.

Meskipun gangguan seksual hanya bersifat awal seperti (mengintai atau menarik seluar), namun akta yang telah digubal di parlimen meletakkan ia sebagai kesalahan yang berat.

credit to sources

Sekiranya perbuatan terkutuk dilakukan oleh ayah kandung, si ibu disarankan untuk membuat laporan polis. Kena beranikan diri demi masa depan anak-anak. Jika tidak buat apa-apa, hal itu akan membuatkan mangsa mengalami trauma dan tekanan hidup sehinggalah mereka dewasa.

Bukan itu sahaja, sudah tiba masanya untuk ibu ayah bersikap lebih terbuka dengan anak-anak dalam membicarakan soal kesihatan alat sulit dan seks. Ia adalah jauh lebih baik anak-anak belajar dari ibu bapa sendiri berbanding mengetahuinya melalui internet. 

Tiada siapa menginginkan kejadian sebegini terjadi kepada anak atau ahli keluarga terdekat, namun percayalah dengan didikan tentang keselamatan dan peranan ibu bapa dalam mengawasi si manja sedikit sebanyak dapat mengelakkan gejala ini.

Sumber: Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia