Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Tambah Garam & Rempah Ke Dalam Makanan Bayi?

Garam dan rempah boleh ditambah dalam makanan bayi sebaik sahaja usianya semakin meningkat. Sebagai ibu, beberapa panduan ini mungkin berguna

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemberian makanan pejal kepada bayi seawal 6 bulan hendaklah tanpa memasukkan garam, gula ataupun serbuk perasa. Hal ini kerana deria lidah si kecil anda amat sensitif dan organ dalaman mereka masih belum matang.

Mungkin sahaja bagi kita orang dewasa akan rasa kesian kerana bubur nasi bayi bersifat kosong, tawar dan tidak sedap. Namun bilakah ibu boleh menambah garam dan rempah dalam makanan bayi?

Penggunaan garam dan rempah dalam makanan bayi

Bayi kecil di bawah umur 6 bulan memenuhi keperluan natrium harian mereka daripada susu ibu dan susu formula sahaja.

Manakala apabila meningkat usia 7-12 bulan, si manja dapat memenuhi keperluan mereka daripada susu ibu, susu formula ataupun sejumlah kecil natrium secara semulajadi yang terdapat dalam makanan pelengkap tidak diproses.

Oleh itu, pakar mengesyorkan agar anda tidak menambah garam pada makanan bayi anda dalam tempoh 12 bulan pertama mereka.

Berapa banyak garam yang dianggap selamat?

Natrium, komponen utama dalam garam juga menjadi salah satu nutrien penting untuk tubuh badan. Setiap orang, termasuk bayi, memerlukan sejumlah kecil untuk tubuh berfungsi dengan baik.

Makan sekali-sekala dengan tambahan garam adalah OK. Untuk sekali sekala ibu ayah boleh beri bayi makanan yang dibungkus atau diproses serta biarkan mereka mencuba hidangan dari pinggan anda.

Justeru berapa banyak garamkah yang boleh ibu tambah dalam makanan bayi? Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA), 1,100 mg natrium iaitu kira-kira setengah sudu teh (2.8 gram) sahaja untuk sehari.

Ia adalah selamat dan mencukupi untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.

Di Amerika Syarikat, cadangan untuk kumpulan umur yang sama purata 800 mg natrium setiap hari. Itu kira-kira 0.4 sudu teh (2 gram) garam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan garam berlebihan pada bayi

Meskipun ibu rasa gembira apabila melihat anak makan dengan banyak selepas ditambah rasa sedikit masin, anda perlu tahu penggunaan garam yang berlebih boleh menimbulkan beberapa masalah iaitu:

  1. Risiko kerosakan buah pinggang

Hal ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang, dan mereka tidak dapat menapis garam berlebihan dengan cekap seperti buah pinggang orang dewasa.

#2. Memberi kesan jangka panjang

Akibatnya, diet yang terlalu banyak dengan garam tidak hanya merosakkan buah pinggang, malah boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang bayi.

#3. Risiko darah tinggi dan penyakit jantung

Bayi sebenarnya memerlukan sedikit garam sahaja dalam diet mereka. Tubuh si manja tidak boleh mengendalikan jumlah yang besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya, bayi yang diberi terlalu banyak garam dalam sehari mungkin berisiko mengalami tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Rempah dalam makanan bayi

Sebaiknya tunggu sehingga lapan bulan sebelum memasukkan rempah ke dalam makanan bayi anda. Ini akan membantu mengelakkan tindak balas terhadap rempah seperti sakit perut atau tindak balas alahan.

Jika anda pernah makan makanan pedas semasa mengandung dan semasa menyusu, bayi anda mungkin sudah merasainya.

Lagipun, sebahagian kecil daripada apa yang ibu makan akan masuk ke dalam cecair amniotik dan bekalan susu badan.

Tetapi menunggu bayi anda menyesuaikan diri dengan makanan pertamanya sebelum menambah rempah pada dietnya adalah idea yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenis rempah untuk bayi

Tidak semua rempah adalah sama. Anda boleh mulakan dengan rempah yang lembut dan berperisa seperti:

  • bawang putih
  • halia
  • asafoetida
  • jintan manis
  • adas
  • ketumbar
  • biji sawi
  • kunyit (haldi).

Selepas usia 18 bulan, sebaik sahaja bayi anda menikmati makanan mereka dengan gembira, anda boleh menambah sedikit rempah ‘panas’ secara beransur-ansur seperti cili ataupun lada hitam.

Herba dan rempah ratus yang lembut boleh menambah rasa lebih enak pada makanan bayi. Malah ada ia juga bermanfaat untuk kesihatan dan mampu meningkatkan imuniti. Misalnya:

  1. Asafoetida, halia, jintan hitam dan jintan manis digunakan dalam ubat tradisional India untuk melegakan perut yang sakit dan membantu penghadaman.
  2. Bawang putih dan kunyit dikatakan mempunyai sifat antiseptik, anti-radang dan antioksidan.

Tips memperkenalkan rempah kepada bayi

Apabila menggunakan rempah dalam makanan bayi anda, mulakan dengan satu rempah pada satu masa dalam jumlah yang sangat kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu diingat bahawa bayi anda makan dalam kuantiti yang sedikit, jadi perlu berhati-hati agar tidak terlalu banyak.

Mulakan dengan hanya secubit rempah dalam setiap hidangan dan lihat bagaimana penerimaan si manja. Tunggu selama empat hari sebelum memperkenalkan rempah lain. Dengan cara ini, sebarang kemungkinan tindak balas alahan boleh dikesan dengan cepat.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

Baca juga: Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan