Sedar atau tidak, bila kita ada bayi baharu, selalu saja anak sulung kena marah. Tiba-tiba kita jadi garang sangat dengan mereka. Tahukah anda anda sebenarnya tidak boleh terlalu garang dengan anak sulung?
Anda hanya akan buat hati anak jadi makin keras. Lagi anda garang lagi keras hatinya nanti lebih susah untuk anda bentuk dia kembali.
Kenapa mesti kita garang sangat dengan anak sulung lepas dia dapat adik? Kenapa perlu semuanya diletakkan di atas bahunya bila adik menangis dan sebagainya.
Jangan garang sangat dengan anak sulung
Menurut pengasas positive parenting circle, Mohd Fhamis Salim, tak boleh garang sangat dengan anak sulung walaupun kadang-kadang dia agak keras kepala, kuat melawan dan susah di tegur.
Tetap tegur dia dengan nada lembut. Dia bukan sengaja nak biadab tapi dia sebenarnya sedang tertekan ( stres)
Anak boleh stres dengan gelaran anak sulung
Anak sebenarnya bukan hendak berlaku biadap dengan tetapi dia stres dengan gelaran anak sulung. Lebih-lebih lagi pada usia lebih daripada 8 tahun.
Pada usia ini anak-anak sudah mula memahami erti tanggungjawab. Jadi memang tidak mustahil dia rasa stres dengan apa yang perlu dia hadapi.
Gelaran anak sulung mungkin buat anak anda stres kerana dia perlu:
- dia kena jaga adik-adik
- dia kena banyak mengalah
- dia kena tolong kerja rumah
- dia kena jadi harapan keluarga
- dia kena tunjuk teladan baik
- dia kena jaga hati orang lain
- dia kena be perfect!
Disebabkan itulah, ramai anak sulung selalu berubah sikap sejurus selepas dapat adik baru. Gelaran anak sulung ni bukan calang calang beratnya.
Jangan berkasar dengan mereka, berlembutlah…
Sebab itu la, walau teruk mana pun anak sulung kita tolong jangan berkasar dengan dia. Berlembut selembutnya dengan dia. Kita tak tahu apa tekanan perasaan yang anak pendam dalam hati.
Makin kita henyak henyak emosi dia, risau lama kelamaan makin keras hati jadinya. Amanah anak sulung ni berat, dia sangat perlukan sokongan emosi kita.
Kita mahu anak sulung boleh jadi contoh teladan yang terbaik pada adik-adik lain. Oleh itu, kita dulu kena pamerkan contoh teladan terbaik pada dia untuk di ikutinya.
Bagaimana layan anak sulung lepas dia dapat adik
Kunci utama, anda perlu sentiasa utamakan dia.
#1. Utamakan yang sulung dahulu
Sekiranya kita bekerja, dan anak-anak kita tinggal di rumah pengasuh, apabila menjemput anak-anak balik, pastikan kita panggil dan dapatkan anak kita yang sulung dulu. Apa-apa pun, dia dulu yang kita peluk dan cium. Katakan padanya yang kita rindukan dia.
Tanyakan apa dia buat hari ini. Kemudian, barulah kita dapatkan adik. Adik kan masih bayi, dia masih belum mengerti sangat apa-apa, tetapi kakak atau abang itu sudah mampu memahami tindakan dan perbuatan kita.
Tidak kiralah kita mama atau papa, pastikan kita bagi perhatian kepada anak sulung dulu bila menjemputnya untuk pulang.
#2. Masa berkualiti
Setiap hari, luangkan masa sekurang-kurangnya 15 ke 30 minit hanya dengan anak sulung kita. Tanpa ada gangguan adik. Jadi, katakan lah kita balik kerja jam 6, mama kena berikan masa 15 minit untuk anak sulung.
Buatlah apa-apa aktiviti bersama. Contoh, main Playdoh, Lego, mewarna, atau apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan. Atau kalau kita kesuntukan masa, kerana anak sulung kita itu macam mana pun mesti tidur awal, 15 ke 30 minit tu boleh digunakan untuk memandikan dia, dan menyiapkannya untuk tidur.
Anak sulung kita mahukan perhatian dan pada masa ini, kita berikan dia apa yang dia perlukan untuk merasakan diri dia penting dan mama papa masih sayangkan dia walaupun ada adik. Semasa sesi tersebut, kerjasama dari papa sangat penting. Kerana papa kena tolong jagakan adik. Tidak boleh ada gangguan dari adik. Masa inilah papa ambil masa bersama dengan adik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 5 Karakter Anak Sulung Sebenarnya Sedang Memberontak, Ini Cara Ambil Semula Hatinya
Baca juga: Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu
Baca juga: Anda Sedang Hamil, Tapi Anak Sulung Minta Dukung? Hati-Hati, Boleh Sebabkan Keguguran Tau!